BEN ASHAARI

Tuesday, May 3, 2011

MAKARONI PEDAS.....STOK PENGHABISAN.

P1270996
N3 sebelum masuk tidur ni jom kita cuci mata dengan menu petang tadi. Saja lah nak habiskan stok. Pagi tadi mat rebus makan dengan sup ayam, lepas tu ada baki lagi sikit, petang tu goreng jelah dengan apa bahan2 yang ada. Selamat dah, pos ke rumah anak2 buah dan dalam mangkuk tu pak cik mat yang telan...kena pulak hujan lebat tadi..grrrr...Kadang2 idea memasak ni boleh kering juga, walaupun kita letak resipi seakan2 ulang tayang, hakikatnya bahan2 ada perbezaan setiap kali kita membuatnya. Ini mat guna daging ayam kisar dan sedikit sayur2ran, tu saja.. Ok jom semak resipi, boleh buat untuk sarapan esok..Mat bukan nak puji lah kesungguhan blogger ini, sanggup menyahut cabaran masakan, pergh
kelass.


BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram makaroni yang belum direbus
1/2 cawan daging kisar, mat guna daging ayam
1/4 biji red capsicum
1/4 biji green capsicum
1/4 biji yellow capsicum
1 batang leek, hiris dan rendam
1/2 camca teh jintan manis, tumbuk kasar
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
5 biji cili padi, hiris halus
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 cawan air rebusan makaroni
Garam secukup rasa
Bawang goreng untuk hiasan
Hirisan daun bawang/daun sup untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus makaroni hingga lembut, toskan dan asing air rebusan. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, jintan manis dan cili padi hingga harum. Masukkan sos cili dan sos tiram, kacau . Tambah daging cincang, kacau dan tuang air. Biar mendidih.
  2. Masukkan kesemua capsicum tadi dan juga leek, kacau rata. Tambah makaroni dan gaul pantas. Perasakan dengan garam secukupnya dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan bawang goreng dan hirisan daun bawang/daun sup sebagai hiasan..

8 comments:

Sis-Lin said...

Kalau uma kau bt macaroni pun..aku pun dpt semangkuk mcm ko Mat...huhuhuhu

Mat Gebu said...

@sis_linn- haha, of coz..

Sunah Mohammad said...

nakkkk...nak sarap niii...

CT Delima said...

Assalamulaikum Mat

ada sebungkus dalam simpanan, dah lama beli tapi tak masak2 sampai ler ni... hihihi

azila said...

idea kt sama la en mat..zla pon ingatnya nak buat macaroni goreng gak ptg ni:)...

Budak Botak said...

nyum2, kdg2 tukar selera best jgk, xda la tiap2 hari mkn nasi...

Entry terbaru -> Gaun Pengantin Kate Middleton Sudah Ditiru Di China... (",)

mynameismy said...

nak sarapan kat siniiii

Nur said...

menarik kek oren nie. en. mat nak minta petua boleh? ada tak petua yg jadikan kita tidak sakit tekak selepas makan petai? minum air banyak dah tp tak jadi juga. terima kasih atas bantuan.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.