BEN ASHAARI

Tuesday, May 3, 2011

MAKARONI DALAM SUP AYAM..

P1270969
Salam mornig Selasa buat semua warga2 blogger... Dah sarapan ke semua. Pagi ni kan mat makan makaroni dengan sup ayam semalam. Masak masa untuk bonda berbuka puasa, ada berbaki dan mat jadikan lah sarapan. Kalau semalam rebus mi laksa, pagi ni guna makaroni siaa...Oh yea tu hari ada sorang bertanya pada mat di ruang komentar. "che mat "siaaa" tu apa?"..Yang tu singkatan perkataan "saja", orang2 peranakan baba nyonya memang cakap macam tu. Hmm, macam mana yea, mat perlu tak letak resipi sup ni..sebab resipi mat buat sup memang sama je...kita lihat je lah kat bawah ni

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam tua @ pencen (kurang lebih 1kg)
4 biji kentang
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya, anggaran 2.5 liter
1/2 inci lengkuas, dititik
Garam secukup rasa
1 kiub pati ayam "Maggi" (jika suka)

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 keping hirisan nipis kunyit hidup
1 1/4 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca besar lada hitam biji

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN LAIN :-)
Makaroni secukupnya, rebus hingga lembut, tos dan gaul dgn sedikit minyak masak
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Taugeh, dibuang ekornya
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong kecil, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap satu, cuci dan rendam. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, tambah bahan kisar halus dan tumis hingga wangi, gunakan api kecil. Tambah ayam, gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  3. Tuang air secukupnya. Masukkan bawang goreng dan juga daun sup, kacau. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecil kan api, Masukkan kiub pati ayam (jika guna) kacau dan biar masak hingga 3/4 ayam empuk. Masukkan kentang, masak hingga kentang dan ayam empuk.
  4. Rasa dan jika kurang garam tambah. Hidangkan bersama makaroni dan bahan2 lain. Sedap dimakan selagi panas

11 comments:

Nur said...

Assalamualaikum encik mat: tahniah sebab berkongsi ilmu masak-memasak.
sedap makaroni sup ni:)

mama ju, said...

Aslkm anakanda

Selmat pagi.
Dahlah pandai memasak. pandai pulak ambil gambar masak dgn cantiknya!Syabas..

akuanakpahang said...

Salam CMG, pergh pagi2 dah pekena sup mmg best :)
New Entry "Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain kahwin Julai."

Sis-Lin said...

sedapnyaaaaaaaaa ni menu diet ni Mat..bagus bagus...klu anak aku nampak ni, mesti terus mntk suruh buat..hehehehhe

yatie Awang said...

nampak mcm best je, tp tak pernah mkn kalau yg bersangkut paut dengan makaroni....nak cubalah sekali....

Cik Nana Serindit said...

salam....

im ur new follower...

sedap nya nmpak semua mknn2 kat sini

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

terjawab jugak makna perkataan tu yer..thanks che mat...^__^

sedap makaroni sup tuh...byk idea kat sini...bagus!

klik sini

Sunah Mohammad said...

recycle ke ni pcm? ops...:p

Kisah Sufi said...

wahh..nampak cedap jer..harus cuba nie..

Bayu Kenangan said...

menu sihat... nice

Mat Gebu said...

@ nur - terima kasih, resipi biasa2 saja...

@ mama ju - salam dan terima kasih sudi singgah, masak yang mudah tu insya allah, boleh...

@ AAP - hehe, pssttt, sup semalam.. hehe..

@ sis_linn - linn, ala tongkeng dia lupa masukkan pulak tadi..huhu.

@ yatie awang - nanti cuba try makan sup dengan makaroni pulak.

@ cik nana - terima kasih sudi follow...

@ cik puan izan - hehe, harap dpt membantu yeaa..

@ sunah - hahaha, ambooihhh...

@ kisah sufi - yeahh harusss..

@ bayu kenangan - begitu lah kekdahnyaa..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.