LEMAK CILI PADI TELUR ITIK.....LAGI!!!....

P1280193
Salam malam...sebelum tidur kita lihat satu resipi berprofile tinggi....wahh penggsann kann..huhu. Ni sebab nak menghabiskan stok telur itik Ipoh mali punya...Jadi mat masak lemak cili padi dengan belimbing. Belimbing pulak memang ada kat pokok di kawasan tanah rendah, tengah berbuah. Sesuai lah kan gandingkan dengan telur itik. Kuah dia nampak kemerahan kan sebab mat guna cili padi merah Thai dan kunyit dia agak kurang...huhu, tapi sedap lah, ada rasa masam2 dan lemak dan pedas serta haruman serai dan daun kunyit...hmm teringat sorang teman blog mat yang suka juga makan gulai telur itik ni. Tapi kan kalau bonda masak, rasa dia lagi sedap lahh, mungkin air tangan masing2 kann...Sebelum tidur tu jommm vote DTS kat sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur itik, cuci bersih2
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat2
10-15 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tak putus untuk setiap biji
1 keping asam gelugor, jika perlu
700 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
30 biji cili padi merah thai*
1/2 inci kunyit hidup*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan bahan tumbuk halus, santan cair, serai titik dan masak hingga mendidih. Perlahankan api. Pecah kan telur itik satu persatu dalam kuah, pastikan ianya tidah bertindih antara satu sama lain. Masal dengan api perlahan hingga telur mengeras, berhati2 kacau perlahan2.
  2. Tambah santan pekat, asam gelugor dan perasakan dengan garam secukupnya dan juga secubit gula. Biar mendidih dengan api kecil. Masukkan asam belimbing dan daun kunyit, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh mati. Hidangkan bersama nasi hangat...

Post a Comment

18 Comments

  1. Kena sangat belimbing buluh dan telur itik...best!

    Cik Mat, saya dah undi Cik Mat..semoga berjaya dan terus berjaya!

    ReplyDelete
  2. hai cik mat...sudi la kiranya cik mat jenguk blog kak ina ye :)

    ReplyDelete
  3. kalau derhaka sikit guna telur rebus boleh tak abg mat??

    ReplyDelete
  4. huarghh!!!
    patut makin kurang telur2 dekat blog nad!!!!
    huhuhu

    ReplyDelete
  5. feveret kakchik ni cik mat. ari-ari pun tak pe. hihi

    ReplyDelete
  6. salam tengah mlm cik mat!hah,tlor itik masak cili padi ngan blimbing?harusssss k.jah c0ba bes0ksbb telor itik n blimbing dok sengih2 dah kat dapo tuh..tengkiu cik mat..k.jah amek resepi taw..gud nite..take care!

    ReplyDelete
  7. waah sedapnya tetiba lapar memlm cmni la nak try buat guna itik selalu buat ayam ja :)

    ReplyDelete
  8. Assalamulaikum Mat

    belum pernah masak telur itik selama ni mat, ko percaya tak..?? sebab kak ct tek pernah makan telur itik yang dimasak, kecuali dah dibuat telur asin jer.. hihihi

    ReplyDelete
  9. memang tinggi profile nya,sedapnya aduh lapaarrr

    ReplyDelete
  10. aduii meleleh air liur tgk gulai lemak pepagi hari. percaya dak saya penah buat gulai lemak telur masin kerana ku sangkakan telur itik bese..first time org kawen letak telur masin jadi bunga telur ihihih

    ReplyDelete
  11. telur itik gulai.....sedap ngat...

    ReplyDelete
  12. Cik Mat.. kalu ada byk lg belimbing buluh tu.. blh buat Sambal Hitam.. sedap amat.. =)

    ReplyDelete
  13. CMG...
    alahaiii...telor itik mmg sedap buat masak mcm gini...bila la angsa sy nak betelur lg ni...addehhh...

    p/s sgt terharu nih sbb CM dtg ke blog sy dan komen...huhuhuhu...

    ReplyDelete
  14. telur lagi che mat...sedap tuh! lunch jap lagi nak cari msk lemak telur itik...^^

    ReplyDelete
  15. Saya suka ni masak lemak telor itik. Dah lama betul tak makan. Tapi stail Cik Mat masak ni special sikit. Tak pernah rasa lagi camni.
    Nanti nak pegi rumah cik mat la, nak rasa sikit... ;)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.