KERABU BUAH KUININ.

P1280315
Waaaa...hmmni sedap, makan dengan nasi...aduhh bertambah, tapi bagi yang suka, kalau tak, suka makan lah benda lain pulak yeaa. Ini atas permintaan bonda, dia gemar sangat makan kerabu buah kunin yang diletak santan macam dalam gambar tu. Buat dia teramat lah senang dan sedap dimakan segera atau dibiarkan sekejap. Selalunya buah kuinin digunakan, buah bacang juga boleh, tapi ianya agak berserat....Pstt dah vote ke DTS-MAT GEBU....kalau belum dan rasa macam dan teringin lah nak vote, sila klik sini yeaa...Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji buah kunin, cuci, kupas dan hiris nipis isinya,
1 biji bawang besar, hiris halus2
1 cawan santan
1/2 inci belacan, dibakar
1 camca besar lada hitam
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tumbuk halus lada hitam, kemudian masukkan belacan dan tumbuk hingga sebati. Cedok keluar dan masukkan dalam santan. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gula. Kacau rata.
  2. Masukkan hirisan buah kuinin dan hirisan halus bawang besar, kacau rata dan rasa, jika ok boleh hidangkan atau simpan dalam peti sejuk sebentar sebelum dihidangkan...Selamat mencuba..

Post a Comment

10 Comments

  1. cik mattttttttt,adeh.leleh2 dah air liur ni hah..harap2 ada lah buah kuinin di pasar tani esok.
    kalau di rembau kita panggil lawa kuinin..sedap kan?

    eh!tahniah ya mat....!:)

    ReplyDelete
  2. huh!........... manalah nak cari kuinin ni

    ReplyDelete
  3. Weeeeeyyyy kijaammnya tuan tanah tayang buah kuini....ngencesss tengok...Mat, hantar sini 5 bijik kuini...

    ReplyDelete
  4. argghh , mesti sedapp ni ! nak jgk ! mntk sikit boleh ? ^^

    ReplyDelete
  5. SaLaM aBG MaT...


    1ST TiMe TeNGoK KeRaBu YanG BeRKuaH... HuHu!~ (^_____^)V

    ReplyDelete
  6. wah meleleh air liur...yummy ;-)

    ReplyDelete
  7. br makan

    buah kuinin is da best

    ReplyDelete
  8. tp omak den panggil lauk nie 'lawa'..ehhehehe..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.