BEN ASHAARI

Monday, May 16, 2011

IKAN DORY BERSOS PLUM

P1280282
Salam semua, selamat petang....Pernah makan "dory" nya fillet?. Tu hari mat try test beli dan masak ala2 sweet sour tapi guna plum sos. Tapi ikan tu mat goreng dulu, yang tu nanti kita cerita yea. Mulakan mat tatau apa tu ikan dory, seorang teman masak2 mat yang menetap di Australia cerita, yang fillet depa suami isteri makan rupanya dari ikan patin..tuu dia, bila ikan dah ada nama kat IC, terus kita semua tataukan nama kampung dia, tapinya dia sedap. Mat saja try masak dalam 500 gram fillet dia...enak dimakan panas sejurus lepas dimasak...ok mat tulis resipi mudah ini...Jommm semak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram fillet ikan dory (boleh beli kat pasaraya)
1 biji telur, ambik putih sahaja
Tepung beras secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam "aji-shio"
1/4 red capsicum, didadu
1/4 green capsicum, didadu
1/4 yellow capsicum, didadu
1 batang saleri, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris kasar
4 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
2 camca besar sos plum
1/2 cawan air
Sedikit garam dan gula
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan diperap bersama jus limau kasturi sekejap, cuci kembali dan lap kering, kemudian potong kiub saiz sederhana besar, tabur serbuk lada hitam berperisa rata2. Golek2kan atas tepung kemudian masukkan dalam putih telur, toskan dan golek sekali lagi dengan tepung beras rata2. Goreng terendam dalam minyak hingga garing, pastikan api jangan terlalu besar. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan saleri, tumis hingga harum. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos oplum, kacau rata dan tuang air. Masukkan semua casicum tadi dan masak sekejap.
  3. Bila kuah hampir pekat, masukkan ikan dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikah api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah sebelum dihidangkan..;.

11 comments:

AKO @ retna said...

hhehehehe ko g je kat kedai2 masakan ala thai, konpom ada jual masakan camni hehe :p

psstt ako tau makan je, nak soh masak erkkk alamatnya kena tgu ntah bila kan :p

Mat Gebu said...

@ retna - haha, alahh ko sorang, apa kesah, pi makan kat hotel jee...

kakchik@ella said...

molek sgt la tu cik mat. kena betul 'timing' cik mat nih sbb dlm peti es kakchik mmg ada ikan dory dan sos plum.

cik mat ,,, esok kakchik nak balik segamat.

Ummi said...

Mat, waaaaaaaa...pandai ke abah n makYah makan ikan dowry nih..hehehe..akak x pandai...

نور فريحان عزيزان said...

sedap ni...xsgka senang je masak...ingtkan susah. hee.

Mas said...

mas suka lauk ala2 sos plum ni...
sedappppp

ShashaCatering said...

Terima kasih di atas resipi yang sedap dan istimewa ini. Saya suka ni.
Lagipun fillet takder kepala, jadi ia bagus untuk otak kita. Semua orang tahu kepala ikan tak bagus untuk otak kan.

Peace... ;)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

suka mkn...tq mat gebu.baru tau dia pki ikan dori.cam best jek klu dapat buat kan ?nak cuba lah..tq!!!

kasihredha said...

mat beli kat mana ikan dory ni? Adakah ia ikan patin?
kalau guna ikan lain boleh tak?
fuhhh banyak tanya ni...agak2 mat jawab tak ye?...tanya lagi...hihi

aima said...

i like ...

alamanda said...

mat,
lauk kita sama la.
tp mat punye tarap diva diva.
akaknye tarap makcik makcik je.
hihihihi.
sedapnye versi mat niiii.
kalau akak tak nak letak sos plum, tp letak plum je terus agaknye sedap tak? boleh le kan.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.