BEN ASHAARI

Saturday, May 21, 2011

BUN PANDAN GEBU...

P1280390
Salam petang Sabtu semua, buat apa? Dah minum petang?. Mat tadi sajalah menderhaka resipi dari blog Kak Ummi Kuantan yang telah ku buat tu hari, alah yang hasil dia tak berapa nak lawa tapi sedap tuu, ingat tak?..Yang ini, cuba klik sini... Tapi kali ni test guna pes pandan pulak dan susu dia mat ganti dengan santan. Hmm sedap lah, harum satu rumah bau dia ketika dibakar dalam oven. Mat tabur kelapa kering dalam tin atas dia sebelum dibakar, kalau anda suka, nak paipkan seri kaya pun ok juga, lagi sedap....

P1280395
Roti ini teksture dia lembut hingga keesokkan hari, walaupun tidak dibungkus dalam plastik, tapi seelok2nya mat sarankan bila ianya sejuk, bungkus dalam plastik atau letak dalam tupperware. Selain menjamin kebersihan, kelembutannya juga insya Allah akan berkekalan. Sedap dimakan sambil menikmati kopi atau teh samada untuk minum petang atau sarapan.. Ok kita semak resipi yeaa...Jommmm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
190 gram tepung roti (high protein flour)
70 gram gula halus
1/4 camca teh garam
6 gram instat yeast
1/2 camca teh bread improver
1 kuning telur
50 gram santan kelapa (boleh letak susu segar)
1/2 camca teh pes pandan
80 gram water roux (resipi kat sini...)
30 gram mentega
Kelapa kering secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali kelapa kering, dalam breadmaker. Pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagikan kepada 9 bahagian sama besar, kurang lebih 50 gram setiap satu. Bulat2kan dan susun dalam tin yang telah disapu mentega (mat guna tin 8 inci x 8 inci x 2 inci)
  3. Biar naik sekali ganda, kurang lebih 50 minit. Sapu permukaan doh dengan putih telur dan tabur dengan kelapa kering rata. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180c selama 25 minit atau hingga kuning keemasan...Sejukkan sebelum dihidangkan...

10 comments:

Haris Kaito said...

sedapnyerrrrr


JOM JOIN BLOGLIST HARIS!!

Mas said...

waaahhh....lembut gebunya roti tu....
cicah ngan milo sodappp tu....

hani said...

ijo..!!! i like...

~...AmALinA....~ said...

perghhhhhh dah la tgh lapa nihhh

Ummi said...

Wooooowww...lagi menggoda...jeleesss hakaakkkk...menciiiss laaaa..x dpt nak rasa...xpa esok kita buat jgk...x kira...hahaa

Muhamad Luqman Hakim Mahmud said...

terbaik!

halila Ibrahim said...

sedapnya... rasa lapar la..

Liana said...

salam alaiki kak, pes pandan macam mana dibuat?

tolong jawab kalau boleh.. sgt2 hargai. shukran!

jzkk kongsi resipi.

wslm

Cik said...

yang resepi ari tu (yang tak berapa nak lawa tapi sedap tu..) lain sikit resepi die
water roux 60 gram
susu mat guna 80 gram..

tapi ari ni santan 60 gram
water roux 80 gram..

selalunyer saya try resepi kat sini tak pernah mengeciwakan... tp nape semalam tak jadik.. try resepi bun perisa mocha tu tapi lembik ler doh dier.. tullluuuunggg. tak puas ati tul lah.. nanti nak try yg ni plak.

amalina aziz said...

Che mat, tq bagi resepi Alhamdulillah menjadi akhirnye..semoga che mat sentiasa dimurahkan rezeki!😉

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.