BEN ASHAARI

Tuesday, May 10, 2011

ASAM REBUS TEMPOYAK BERPETAI

P1280167
Salam tengah petang, dah makan..mat saja letak resipi ringkas. Yang anda lihat ni, ialah lauk santapan mat gebu dan bonda, orang lain tak moo, sebab ada tempoyak dalam dia. Lepas tu kan nak lagi menarik, mat letak petai..pengsan okehh. Guna ikan kembong saja, kalau nak guna ikan lain pun ok, tak de masalah. Resipi ni mat guna cili padi, mana yang tak tahan pedas, boleh ganti cili merah saja, tapi kan, kurang kick kalau tak pedas...Ok lah lauk ringkas, cerita pun patut ringkas... Jom kita tengok resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan kembong, siang cuci bersih dan toskan
2 papan petai, ambik isinya
1 biji terung bulat, buang sedikit kulit dan belah 6
1 keping asam gelugor
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 1/2 camca besar tempoyak
25 biji cili padi merah thai*
4 biji bawang merah*
1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris
2 ulas bawang putih, dititik

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan tumbuk halus, bawang hiris, bawang putih, tempoyak, asam gelugor dan air secukupnya. Kacau hingga sebati dan didihkan. Masukkan terung petai dan ikan tadi. Biar mendidih perlahan.
  2. Tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan bunga kantan. Masak hingga ikan masak, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih..

11 comments:

bersama kak Es said...

fulamaaakkk!! ni yang sedap ni.

Mat, kalau guna ikan susu sedap tak?
sini pun musim doyan.
boleh cuba nih :)

RaraPuing said...

wahhh sedap ni ! adoii tergugat iman hehehe

yatie Awang said...

maaf akak tak makan petai hehe...

Lina said...

alamak sedapnyer...kecur air liur dah nih huhu

Haida said...

asam rebus + tempoyak + PETAI = TERANGKAT... peehhhhhh..!!!!!

Melur Jelita said...

Kena sangat ni..petai dan doyan...eh kak Es jelita ada kat sini jugak....macam berjanji kita..doyannn tu...hehehe

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

siap ada petai lagi...siaplah toilet berbau lps ni..hahaha...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

siap ada petai lg tu..mmg berkhasiat

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaaaa...petai ada, pewangi tandas tuh...hahaha..Mat ko sental tandas pasal2 sikit pasni eh...hehehehe, letak haruman 1 botol..hehe

mas saari said...

petai...my favourite!

mamawana said...

Dapat hirup kuah tempoyak nih pun sadappppppp...........

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.