BEN ASHAARI

Wednesday, May 18, 2011

ASAM KARI IKAN PARI...LAGI!!..

P1280325
Salamm semuaa...apa buat tu, masih duduk termenung kaa, tu ada yang melopong, ishh tutup mulut nanti masuk lalat...Tak pe dari boring, meh sini tengok entri masak2 guaaa...kus smangat. ada yang macam nak pengsan tengok resipi ulang tayang..betul tak?..Haha tak kesah lah, janji blog guaa ada entri baru walaupun lamanya resipi. Ni masakan biasa2 saja, kalau masak asam pedas dah berpuluh kali resipi tu kat DTS, masak kari kang, santan lagi, mana tahan weyy, aku ni dah leer gebu. Jadi mat masak asam kari, yang ni tak guna santan. Ikan tu boleh guna apa siaa ikan yang luu orang suka, nak ikan pari ok, ikan tuna boleh, ikan kembong pun sesuai kalau guna ayam pun rasanya pun boleh juga......tak jadi hal..

P1280326
Tapi mat masak ni hari, ada satu kurang lah, huhu, bunga kantan tak de, dah tak sempurna,tapi rasa ok lagi. Tu pun tadi dah nak panik, cari2 dalam peti sejuk, buah keras tak jumpa, tatau mana lah sudah terselit, nasib baik ada simpan sikit dalam peti masak2 yang lain..fuhh selamatt. Bukan apa, kadang2 kalau satu dua bahan kita abaikan, mesti ada lari dianya rasa walaupun sikit, terutama kalau rempah ratus dia, macam serai kaa atau lengkuas kita tak guna. Ok semak resipi dan jangan lupa mana yang belum vote tu, sudi2 kan lah ke sini yeaa...terima kasihh..ehh kena pantun sikit...dengey pantun guaa yea..

DARI MELAKA SINGGAH KE PEKAN,
SINGGAH DI PEKAN JUMPA CIK SARA,
BABA NYONYA ORANG PERANAKAN,
KAUM ISTIMEWA DI NUSANTARA..


BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan pari helang (jenis daging lembut)
1 biji terung kari
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
1 genggam daun kesom
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan (tak letak..huhu)
1/2 cawan cili kisar
1 1/2 camca besar rempah kari ikan (mat guna jenama baba's)
1 1/2 cawan jus asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari, dipotong pada saiz sederhana, perap bersama garam dan jus limau nipis selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Terung kari, dikupas sedikit kulitnya, belah enam dan rendam. Sementara itu rempah kari dibancuh bersama bahan kisar halus hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan serai hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah bancuhan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Tuang air secukupnya dan kacau. Bila mendidih, masukkan ikan, masak sekejap, tambah jus asam jawa, bunga kantan, daun kesom dan terung (toskan). Kacau dan bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man..

13 comments:

Rozuan Ismail said...

sedapnya.goyah iman tgk.asam ikan mak paling best !nak suruh mak cuba versi mat gebu punya

Mat Gebu said...

@ rozuan - terima kasih, yg ni typical peranakan baba nyonya nya lauk pauk..

miszlullaby said...

ML tengah batuk teruk ni...tak le nk mkn pedas2.rindunyeee kt ikan pari.isk2...

Mat Gebu said...

@ ML - ala ala ala kesianyaa....jaga diri yeaa elok2..

Sari Yusa Ibrahim said...

dah pengsan 10x, hik3... mana ada CMG, suka tngok gbr2 kat sini, tyg 100x pun tak jemulah..

CMG, sy mintak izin tepek gbr tiffin biru tu kat Alam Sari, entri khas utk DTS... terima ksh tlebih dahulu krn byk mmberikan ilmu kek pd sy yg jahil ini..

Pembawa_Wacana said...

masak ikan pari.....dah lama tak makan ikan pari.... rasa nak makan la pulak.....T_T

FATIN HIDAYAH MUHAMAD said...

FUYoooooooooooo.....SUARE MASOK RADIO ERA

sweetazezah said...

salam CMG!!k.jah dok tengah dengar sora cikmat kat ERA ngan paknil..tahniaahhhh!

kakchik@ella said...

Baru je makan asam pedas ikan pari kat kg sg siput aritu, masa balik kg. masa makan tu kan, teringat kat cik mat. hihi

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

dah lama tak pekena asam pedas... terasa rasa masam2 kat lidah... nampaknya lunch nti kena cari asam pedas...

Mylady said...

salam CMG...sedapnye tengok asam pedas CMG...teringat penangan asam pedas kat Anjung Muara Sungai Duyung, Melaka..memang asam pedas Baba & Nyonya terbaek!!..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Rindu dan ngidam nak ikan pari..huk3

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Mat..minta izin copy resepi gulai rebung yer..makasih

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.