BEN ASHAARI

Thursday, April 14, 2011

SUP BAYAM DAN CENDAWAN...

P1270448
Salam semua, petang sudah..panas lahh, lepas tu bosann jee...hadoi blogg..pakkal jee aku sayang kat koo, kalau tak aku tinggal kan ko jauh-juah...hmmm. Petang ni memang idea zero langsungg, mat rasa macam malas nak post N3, sebab apa...sebab tuu nampak tak, menu dia...jenis teramat biasa2..Tapi ok lahh, panas2 elok makan yang lite2 macam tu. sup bayam tu nama nak masuk blog, kalau kat kampung panggil tumis air. Bayam tu murah je 1 ikat RM 1, lepas tu nak bes, letak cendawan tiram sikit..bertambah lah manis. .Ok semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ikat bayam hijau, siang berasingan daun dan batangnya, cuci dan toskan
6 kuntum cendawan tiram, potong kecil
1/2 camca besar udang kering, rendam dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, dititik
Air secukupnya
Garam dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga harum, tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
  2. Letak bayang bayam dan masak hingga lembut, tambah daunnya dan juga cendawan tadi. Perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan segera. Sedap dimakan begitu sahaja..

13 comments:

Kjee said...

tekak kita sama jer Cik Mat. sebab tu dua2 gebu kan? hehehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kegemaranku bayam ni..cendawan tiram juga..wahh campur keduanya pun sedap juga ye CMG..nak cuba lah nnt..nyum2

CIKU said...

banyaknya resepi..kita suka makan.kita nak print mat gebu nya resepi roti roti tu yek..boleh ye..tq

ilahjy said...

salam cek mat.. kak suka kalua cendawan tu di garam kunyitkan kemudian ditumis dgn bawang taruk sikit air utk empukkannya.. sedapppp rasa ori cendawan.. manisss... cuba la ringkas sgt

mamaijat said...

...saya mmg suka makan yg jenis2 sup..
bayam pulak,sayur fevret!!!!
uurrmm,esok nak buatlah....

mcm ni lah said...

fuiyoooo menyelerakan lah,. bile blh masak kt aku ni?,. emmmmm

kha said...

bh2 simple je,hasil..erm..nampk best je..:)

kha said...
This comment has been removed by the author.
Isteri @ Ibu Cute said...

Ermmm..Sdapnya...besok saya nak try buat la...My sons mesti suka...

aeshcame said...

oh mudah dan nmpak sedap..harus cuba nih,,thx for sharing~

MamaIeta said...

Alahai sedapnya cendawan.... nak sikit boleh?

alexa yussida said...

sdap ni dpt ratah..okilah nak g ratah kimchi..heee jgn jeless :P

Nazz@Purple said...

adik selalu buat..dia ratah cicah ngan sambal belacan..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.