BEN ASHAARI

Saturday, April 16, 2011

SINGGANG IKAN CENDAWAN TIRAM..

P1270507
Uikk dah senja...sat yeaa, tutup tingkap dulu, kata orang2 tua masa ni makhluk2 halus sedang bersiap untuk keluar merempit, takut mereka tersesat pulak ke dalam rumah kita...eerrrr..takutnyaaaa!!!..kann. Relekss, meh sini tengok N3 pakcik mat dulu yea. Tapi N3 sempoi je lah..alahh dah malam2 macam ni, kalau nak masak biarlah yang senang dan cepat. Cuma mat tak boleh nak jamin anda menyukainya. Kadang selera kita ni ikut negeri dan juga apa yang telah kita makan sejak dari kecil. Kalau Penang mari, kari adalah hidangan utama, belah Johor atau Melaka, asam pedas lah...Negeri Sembilan semestinya Lemak cili padi. Belah pantai timur pulak selain nasi dagang, gulai kawah juga menjadi pilihan...kan, tak kesah, lagi banyak lagi meriah untuk kita cuba...Pstt....anda dah join contest hebat hebat tu ke belum?...klik sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan saiz sederhana, apa2 ikan berdaging, kerat 4 dan cuci bersih, toskan
1 batang leek, bersihkan dan kerat2..rendam
6 keping cendawan tiram, kalau besar, belah 2
1/4 cawan jus asam jawa
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/4 camca teh serbuk kunyit
6 biji cili padi siam merah, dibelah 2 setiap satu
1 kiub ikan bilis "maggi"
Air secukupnya (anggaran 1 liter)
Garam secukup rasa
Hirisan daun kuchai untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan serbuk kunyit hingga harum, tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan kiub ikan bili dan jus asam jawa, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Tambah ikan, leek (toskan) dan juga cili padi, masak dengan api sederhana hingga ikan masak. Masukkan cendawan, perasankan dengan garam secukupnya. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun kuchai sebelum dihidangkan....

8 comments:

fashah84 said...

sedapnyer abg mat...ngancan jer rupanyer...terasa kat tekak kuahnye yg masam2 tu..;-)

akuanakpahang said...

Musim panas-panas nie best kalau pekena singgang :)
Jom Singgah : " AKUANAKPAHANG "

Mas said...

perhhh..menitik air liur mas tengok singgang tu...
sedappnya..

NURUL NADIAH MAMAT said...

kalo ada tempoyak yg ditumbuk ngan cili merah lagi mantap.....hoho....

umUMRA said...

first time tgk singgang ltk cendawan..huhu..
leh suh mak try nih..hihi..anak dia bila ntah nk try...wweeee~

yana halim said...

huhu....kena try sbb belom penah tengok cenggini....

Pembawa_Wacana said...

Saya memang hantu singgang... kene try nih..:)

risa said...

makan ngan nasi panas2...huiiii mau2 dua tiga pinggan!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.