PECAL JAWA....TAK BERAPA NAK JAWA...

P1270497
Salam petang Sabtu...Jomm makan pecal, aku ngidam nihh..Semalam kan "period" ..aduhh..merudum semua perasaan, sampai tak bercakap kat rumah. Kalau mat gebu cuti cakap, alamat nya hanya kedengaran detikan jarum saat jee lah, sunyi sepi. Alhamdulillahh ni hari mat dah ok 90%.. selebihnya hanya mereka2 saja yang tau. Hari ni tiba2 teringin nak makan pecal, walaupun bahan2 tak cukup, aku tak kesah, janji ada rasa ke pecal annya. Tapi tu lah bahan utama dia pulak tu yang tak de, huhu..tempe dan taugeh. Dah macam kurang ngam jee pecal jawa..tu pasal jadi tak berapa nak jawa sudah..

P1270490
Kalau orang dulu2kan, mereka buat taugeh sendiri guna kacang hijau untuk pecal mereka. Tapi sekarang kita beli jee...Mungkin taugeh kacang hijau tu lagi berperisa. Pada mat, kalau pecal wajib ada cekur sebagai penambah aroma dalam kuahnya. Pucuk ubi antara bahan utama selain kacang panjang, taugeh, tauhu, timun, sengkuang dan tempe. Pucuk ubi kalau kat kampung2, kita kutip kat farmville di tanah rendah, atau yang banyak tumbuh melata. Tapi mat pasti ramai orang2 kampung tanam sendiri di rumah atau kebun mereka.. Ok kita semak resipi pulak...Jommm...

BAHAN-BAHAN PECAL (ANGGARAN SAHAJA) :-)
Pucuk ubi, dicelur lembut, tos dan bila sejuk perah airnya
Kacang panjang, kerat2 1inci dan celur sekejap, toskan
Timun, hiris memanjang
Senkuang, hiris memanjang
Tauhu, goreng dan hiris
Tempe, goreng dan hiris (tak de stok)
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan (tak de stok)

BAHAN KUAH :-)
150 g kacang tanah
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci isi cekur
1 inci belacan, dibakar
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
10 tangaki cili kering, kerat dan cuci, toskan
10 - 15 biji cili padi (optional)
Jus asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Kacang tanah, disangai hingga rangup, buang kulit dan kisar hingga hancur. Udang kering digoreng, angkat dan toskan, bawang merah dan bawang putih, digoreng, angkat dan toskan. Goreng juga cili kering dan cili padi, angkat dan toskan. Kemudian kisar bahan untuk kuah kecuali jus asam jawa, kacang tanah, garam dan gula. Kemudian gaul bahan kisar tadi dengan kacang tanah, tambah air asam secukupnya, tabah garam dan gula secukup rasa, jika perlu tambah air. Kuah perlu sederhana cair dan perlu ada rasa pedas, masam, masin dan manis (manis kena lebih sikit). Kacau rata dan ketepikan.
  2. UNTUK PECAL :- Susun semua bahan2 sayur untuk pecal dalam bekas sesuai, tuang kuah secukupnya dan gaul rata. Hidangkan segera sebagai pembuka selera. Dalam gambar diatas, ada antara sayur tu ditutup dek kuah dan ada yang tidak kelihatan...harap maklum yeaa...

Post a Comment

14 Comments

  1. Fevorite nih...Pecal jawa..pedas lg sedap...

    ReplyDelete
  2. perghhh pecal jawa lagi pedas lagi la laju suapan tu,. nasi tambah berpinggan2 semua kasi licin munyer

    ReplyDelete
  3. ohhh... taugeh tu namanya kecambah. kencur mmg wajib ada, baru naik aromanya...

    ReplyDelete
  4. cmg..tengok jerk dah terliur ni..
    meh sepinggan, kuah kacang tu letak lebih tau..he..he..

    ReplyDelete
  5. feberet maklong jugak ni..
    sebab maklong pun memang jowo..

    ReplyDelete
  6. wah~cik mat buat sendiri kuah pecalnye? sedapnyeee~

    ReplyDelete
  7. OMG! mak bila nk buat cmnie? ;p

    ReplyDelete
  8. Ha! Camni la Cik Mat. Ada posting lagi, semoga bertambah maju jaya dan rezeki melimpah ruah di masa depan.

    Senang hati saya tengok Cik Mat berblogging semula. Oh ya, lain kali kalau Cik Mat ada apa2 masalah,cari saya ya, saya sudi berkongsinya dengan Cik Mat.

    Keep up the good job... ;)

    ReplyDelete
  9. Minat masakan pedas ni...mesti cuba...thanks.

    ReplyDelete
  10. @ pada semua - Kalau mencuba jangan lupa tempe dan taugeh..okehh... terima kasihh..

    ReplyDelete
  11. fuh..dasat...
    bikin lapar je nih....
    gurlp...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.