BEN ASHAARI

Saturday, April 23, 2011

KANGKUNG BELACAN....I LIKEE !!...

P1270736
Cakkkk...wahh nak senja dahh. Jom makan kangkung belacan. Lama juga tak makan nih, bukan apa, sejak mat sakit siku tu hari, pantang makan kangkung. Kata orang2 tua sayur kangkung sejenis sayur berunsur sejuk, jadi tak berapa elok untuk yang sakit sendi. Kangkung antara sayur versatile kan, boleh dibuat rojak, goreng belacan, celur dan makan dengan air asam, gulai dengan keledek dan juga orang2 peranakan mencampurkan kangkung celur dalam mee udang mereka. Kalau dulu2 kami dikampung, kangkung boleh petik dipaya, tapi yang tu memang kena cuci bersih2...kang takut ada anasir luar pulak..hehehe...Hmm nak singgah blog sapa pulak kan...kali ni kita melancong pulak ke bumi Kangaroo ..toing!!...toing!!...LG..bukak pintu...di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ikat kangkung
1/2 cawan air
1 biji bawang besar, hiris halus
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
1 camca besar ikan bilis, kupas dan rendam, toskan*(*ditumbuk halus)
Sos ikan dan secubit gula (@serbuk perasa)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kangkung diasingkan daun dan batangnya, hiris batang kangkung, ambik yang bahagian lembut saja. Rendam dan toskan berasingan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan batang kangkung, kacau dan tuang air. Masak hingga batang kangkung lembut. Tambah daun dan kacau rata, gunakan api besar.
  3. Tambah secubit gula, sos ikan secukup rasa dan bawang besar hiris, gaul rata. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas2 bersama nasi...

14 comments:

||aLeaSaRa|| said...

i like tooooooo!sedap makan ngan bubr panas2 dgn telur masin sekali.perghhh betul2 kawwwww!!!lapolah huwaaaaa!!!

mary ann ;) said...

suka makan kangkung belacan nieh..sdap! ;)

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

makan ngan nasi panas2, telur dadar dan smbal blacan..blh menangis oooo abg mattttt ;D

Norhafiza said...

No pun sukaaaa sangat!..resepi pun same leeee hihihi...

betul tu abgMat..dlu ada ayoh tanam kangkung kat kebun mini No tu..kena bersihkan sbb sll tengok ada siput khinzir dan siput bulat yg kecik2 tu duk bertandang huhuhu..tp No dah buang cz tak cukup air (jenis 'rajin' nak siram)..keras le batangnya, penat mengunyah hahahaha

miszlullaby said...

i pon like ^__^
hehe

mcm ni lah said...

best nyeer kalau taknak kangkung tu keras siang je cara petik,. petik kat pucuk jer buang batang lah,.

Kak Rose said...

mat!!!! td kak rose pun wat goreng kangkung... tp ngan udang kering... best makan dengan nasik panas2.

Izamir Ridzwan said...

First time IR dipromote oleh PCM dlm entri kangkong belacan jugak.. hehehe

Belog MTT said...

loikee loikeee..lapa terus jadi nye niyh..hehe

Fazie... said...

saya pun suka nih....antara sayur peberet.senang dan cepat nak disediakan.best2 :)

Sunah Mohammad said...

kalo kat tempat saya, suma sayur letak belacan..ahahahha~

SiS NaD said...

SalaM aBG MaT...

WoW!~ BeLaCaNN!~ SaYa SuKa SaMBaL BeLaCaN!~ TaKDe KeNa MeNGeNaKaN? HeHe!~

mamawana said...

Sedapnya kangkung belacan...

http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/04/bertemu-imam-mesjidil-haram-makkah.html

ShashaCatering said...

Saya pun suka kangkung goreng belacan. Sedapnya cik maaaatt... ;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.