BEN ASHAARI

Saturday, April 23, 2011

GULAI JANTUNG PISANG KAPAS...

P1270744
Salam..dah makan ke?...Tak de apa N3 yang bes hari ni, cuma masakan biasa2 saja. Abah mat pagi tadi ambik jantung pisang kapas.. Mat tanya, nak masak apa?..dan seperti biasalah..masak lemak dengan ikan masin. Dah kata macam tu, mat masak je lah. Tu hari nampak Hana masak kat blog dia, tiba2 ni hari mat pulak masak. Jantung pisang kapas ni mat guna 2 biji, dan kalau nak masak lemak tak payah celur, cuma kita rebus empuk dengan santan kemancar @ santan cair. Ini masakan kampung yang amat sinonim dengan masyarakat melayu kita. Orang melayu ni kan manfaatkan apa saja benda2 halal yang ada disekitar kawasan rumah, termasuk jantung pisang..pstt, jantung pisang hutan pun sedap...seriuss!..Eh jomm kita singgah Kuantan kejap..rumah tukang masak femes nih..kat sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji jantung pisang kapas
2 ekor ikan masin kembong jenis besar
1 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
700 ml santan cair
200 ml pati santan
Garam jika perlu
Secubit gula

BAHAN KISAR HALUS :-)
25 biji cili padi kampung jenis hijau
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
2 inci ubi cekur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jantung pisang dikupas kulit luar hingga jumpa bahagian cerah, rendam. Ikan masin kembong dikerat dua dan rendam. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan santan cair, asam gelugor, bahan kisar halus dan didihkan. Sementara itu, belah 4 setiap jantung pisang, dan masukkan ke dalam santan yang mendidih tadi. Kecil kan api dan masak hingga jantung lembut.
  3. Masukkan ikan masin (toskan) dan tuang pati santan dan masak dengan api perlahan dan kacau sekali sekala. Tambah sedikit gula dan rasa, jika perlu, baru tambah garam. Masak sekejap dan matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...

4 comments:

Alexandriana Alia said...

dulu masa kecik2 mak suka masak jantung pisang ni. mmg sedapppp!

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

oo baru tau yg pasal kena rebus empuk ngan santan..biasanye mmg celur..gud info abg mat..tQ ;)

cik cek said...

CMG...
Kalau jantung pisang masak cam gini..memang tak tolak...peberet kak cek ni....

Ummi said...

Waaaaaaahhh....kalau ko singgah sini..bawakkan sekali gulai jantung pisang tu eh....jantung hati akak xnak...ko simpan je la...hehehe... tq Mat backlink tuh..tetiba jek terharu...huhuuu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.