BEN ASHAARI

Thursday, April 7, 2011

AKU KETAGIH JUGA....TAK BOLEH TAHAN..

P1270145
Salam morning pagi Khamis...Uikk Khamis jee..cepatnya, rasa macam baru semalam hari Jumaat. Semalam mat tidur lewat, jam 3 pagi, lepas tu kan...kan..kan...jam 5.15 aku sedar...erkk, terus tak ngantuk..hmm nasib baik mata tak bengkak, kan ada kalau orang kurang tidur mata depa bengkak kat bawah mata tu, apa kebenda eks tu nama dia, eye bag ke?.,.betul eks?..Ishh mat tatau sangat. Pagi2 aku dah ketagih nak makan mee hoon. Goreng ringkas saja, guna apa yang ada. Tau lah benda2 ni masa kita nak guna, tak de, kalau masa tak nak guna melambak pulak wujud. Mat goreng sesempoi yang boleh. Guna sambal tumis siap sedia yang mat pernah buat dulu, ala2 ready made punya laaa...kononnnnnn.. Ok jomm sarapan..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mee hoon, rendam atau celur hingga lembut sedikit
2 genggam taugeh, cuci dan toskan
4 batang jejari ketam, potong kecik
2 keping chicken meat loaf, hiris halus
1 keping tauhu, dadu kecil dan goreng
2 1/2 sambal tumis (resipi di sini)
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili thai
1 camca besar sos tomato
2 biji telur, dibuat telur hancur
Sos ikan secukupnya
1 cawan air
2 ulas bawang putih, cincang halus
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan cili hijau/merah, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis, kacau dan tambah sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau dan tuang air. Masuk tauhu, jejari ketam dan chicken meat loaf tadi. Masak sekejap.
  2. Masukkan telur dan mee hoon, gaul hingga semua rata. Tambah taugeh dan gaul lagi. Rasa dan jika kurang masin, renjiskan dengan sos ikan. Masak sekejap dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur dengan hirisan daun sup, cili merah/hijau dan bawang goreng sebelum dihidangkan sebagai sarapan atau minum petang....

15 comments:

Rozita said...

peberet i ni cik mat!

meh antor sini sikit...

YaYaNsMuM said...

Sedapnyer...tetiba jadik lapar pulak...padahal baru je makan cekodok bilis tadi...hehehe

Miss Ran said...

pcm mmg dalm peti penuh barang ke? gembire mihun die..tak layak pgil meehon goreng bodoh=P

risa said...

meehun tu peberet saye!

☼ r A t U ● t U r Q u o i S e ☼ said...

Yang uni nampak hanya tauhu .. tergolek-golek haa tauhu dia .. haha ..

Sari Yusa Ibrahim said...

aiseh... goreng sikit jer ke.. baru nak dtg..

mynameismy said...

Morning PCM! sedapnyeeeeeeee

mrs Gee :) said...

owh.. my peberet.. beehoon..

fienaz said...

sedapnyer....mat gebu masuk la masterchef malaysia....mat pandai masak...saya sokong mat gebu...hee...(^_^)

faizah---sweetcake johor said...

meriah mee honn tu cik mat kata simple..aduh....bila nk lunch ni

akuanakpahang said...

Salam CMG, mmg terliur abis kita :)
New Entry "Jangan main-main dengan telur"

izahdaut said...

tu dia... banyak isi tu yg best

gadisBunga said...

dap nyer~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

aduhh laparnyer cik mat bila tgk gmbr ni

Cicak Biru said...

Macam tu punya goreng, sapa tak ketagih, En. Mat oi..........

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.