BEN ASHAARI

Saturday, March 26, 2011

URAP PEDAS DAUN TURI....

P1260699
Assalammualaikum warrahmatullah hiwabarukatuhhh...haaa, salam sejahtera puan2 dan tuan2 semua, haha, yelah puan2 dulu sebab majoriti pompuan yang kerap singgah DTS, kemudian baru tuan2...kannn. Ni hari mat gebu akan menulis dengan penuh sopan, tertip dan berhemah. Apa khabar semua, harap anda sihat. Dah makan tengah hari..apa menu istimewa hari ini?.. Kali ni mat gebu akan berkongsi bersama anda pengunjung2 DTS yang disayangi sejenis masakan ala2 Jawa, urap daun turi. Sebelum ni memang telah mat letak resipi nya di DTS, tapi ada kemungkinan ianya berbeza dari segi bahan2 dan sebagainya. Ada yang tanya, mat, apa beza kerabu dengan urap..hmm mat pun tak berapa pasti, tapi selalunya kerabu proses dia lebih ringkas cuma campur dan gaul serta diberi perisa, urap pulak sedikit lain caranya...Tu hari kan kat YM...ada lagi yang tanya.."Che Mat...selalu sebut2 nama Ben Ashaari..kenapa?...huhu mat tak de jawapan, anda baca yang ini dan ini....ok...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak daun turi yang muda bersama bunga2nya sekali
1 cawan kelapa parut putih, pilih yang muda sikit
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar saiz sederhana*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 inci isi ubi cekur*
1/3 inci kunyit hidup*
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan*
1/2 inci belacan*
2 biji cili merah*
8 biji cili padi merah*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan daun dan bunga turi dari batangnya, cuci, toskan dan ramas sedikit. Letak dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Gaul bahan tumbuk lumat bersama kelapa parut, tambah garam dan gula secukup rasa (jika sesiapa nak guna serbuk perasa pun boleh). Kemudian, gaulkan dengan daun turi tadi rata2.
  3. Panaskan kuali, masukkan no. 2 tadi dan goreng tanpa minyakl hingga daun turi lembut, angkat dan boleh dihidangkan sebagai pembuka selera. Jika tak habis, simpan dalam peti sejuk untuk mengelakkan ianya basi..

7 comments:

akuanakpahang said...

Assalam CMB, pergh mmg best lawan pulak ngan ikan masim terangkat :)
New Entry "Warna-warni erti kehidupan."

Mat Gebu said...

@ AAP - betul2...hmm sedap..

penaGlow said...

adoiyai..terliur!! bole buat lupa trus earth hour mlm ni!! hehehee..

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Bestnya kalau dapat makan ngan nasi panas2 gitu.

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

xpernah makan urappp..nak try gak arhh...lapowwww!!

hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

ilahjy said...

sedapnyeee urap ni dulu kita bual pasal urap beremi.. wah hari ni ada urap daun turi pula a.k.a daun geti org kedah pangil.. nanti kak mesti tanam pokok ni di kebun kak kat melaka...

ss said...

memula nak thanks a lot pada MAT GEBU sbb bagi resepi daun turi ni....tk pernah makan dan tengok pun daun ni...nnti nak pegi cari jugak la kat pasar tani....TERIMA KASIH MAT GEBU

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.