BEN ASHAARI

Friday, March 18, 2011

UDANG DAUN BAWANG...BUKAN MAT PUNYA...

P1260299
Salam senja...betul lah kan tadi salam petang, ni salam senja pulak kan. Saja lah letak satu lagi N3, orang kann, suka tanya mat. che mat u ni masak jee kee..hmm, tak delah aku masak je, tapi memang aku masakkk saja, alah masak biasa2. Nampak mat masak kerap kan, tapi sikit2. Macam n3 yang ni, secara jujur ini bukan mat yang masak, tapi bonda ku, jadi mat saja lah minta izin dengan dia nak letak kat N3, ini feberet big boss kat rumah, abah aku pun tak madan dengan gaout, tapi nasib baik tak serius. Mat pun makan juga tadi, tapi sikit2 jee..kang ada aku bergaru sakan..mula nanti keluar ruam lampin segala..aduh tak relaaa...lagi2 kalau udang kecik2 macam ni, memang manis, dan kegatalan dia pun cepat...huhu...Resipi dia sempoi sangat2..

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram udang kertas saiz kecil, buang kepala, cuci bersih2 dan toskan
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada sulah
1 ulas bawang putih tumbuk lumat
1 pokok daun bawang, kerat kasar2

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang digaul bersama garam secukup rasa, bawang putih tumbuk dan juga serbuk lada sulah, perap 10 minit, kemudian goreng dalam minyak panas hingga udang kelihatan garing.
  2. Masukkan daun bawang dan terus goreng hingga daun bawang layu, angkat dan toskan. Letak atas beberapa helai paper towel dan biar minyaknya terserap. Hidangkan segera selagi panas....Jangan lupa makan ubat gatal lepas tu...

5 comments:

Sunah Mohammad said...

oh! pakcik mat ade alahan udang ye???

znurul said...

salam cik mat!
esok confirm saya nak buat respi ni..tp guna udang besau punya...almaklum lah kita kat sabah, udang murah bah.. :)

yna fazlyna said...

udang.. semua orang suka udang ni

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh sedap.x pe , LM x alergy udang.leh mkn byk2

Shaizhar said...

semalam melantak kat todak. ha ha ha...

ada ketam... he he he

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.