BEN ASHAARI

Friday, March 4, 2011

STRAWBERRY SWISSROLL....AKU TABIK LAH!!

P1260077
Salam senja semua, maaf lewat beno masuk N3, biasalah bila demam, kerja pun ala2 siput, selow sangat, terkeseng-keseng. Mat kan mula2 macam malas nak buat apa, tapi mat gebu dan blog mana boleh dipisahkan, kecuali maut. Tu pasal mat sedaya upaya akan mencuri sedikit masa untuk memasak waima cekodok sekali pun, untuk mengisi N3 blog, bukan kejar traffic, glamer atau pun nama, cuma mat kan, perasan kalau pengunjung singgah dan n3 sama jee sepanjang hari, aduhh rasa sedikit keciwaaaa...huhu.. Ni hari mat buat strawberry swissroll, resipi asal dari "Wendy Kor", tapi mat buat 1/2 bahagian saja..

P1260079
Selain lembut, senang dibuat, ianya juga mudah digulung, tak pecah. Mat bakar dalam loyang kek berukuran 8 inci x 8 inci. Ianya memang sedikit nipis, dan itu sebab ia mudah digulung. Mat guna whipping cream sebagai inti dan ditaburi potongan segar buah strawberry. Lepas buat tu sejukkan kurang lebih 1 jam dalam peti sejuk, hmm baru lah mendapat potongan yang elok dan licin...Oh yea anda ingat "Ady Budika?"...budak media prima tu, dia ni betul2 mencabar aku sebagai blogger masak2..Tadi dia buat hal lagi, siap masak macam2, perghh...melelehhh kalau tengok...kat sini...Ady, lepas ni buat roti pulak eks...amacam?..

BAHAN A :-)
2 putih telur gred A
1/8 camca teh cream of tartar
40 gram gula halus @ castor

BAHAN B :-)
40 gram tepung halus (mat guna tepung gandum)*
1/8 camca teh baking powder*
1/2 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
20 ml minyak jagung (mat guna minyak masak)
2 kuning telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
15 ml air
25 gram gula halus @ kastor
Secubit garam

BAHAN C :-)
6 - 7 biji buah strawberry, didadu*
1 camca teh gula halus*(*disatukan dan gaul rata)
200 ml whipping cream, disejukkan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser loyang kek berukuran 8 inci x 8 inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satu kan semua bahan2 B dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. Ketepikan.
  3. Putar bahan A hingga kental, kemudian masukkan ke dalam no. 2 dan gaul dengan kaedah kaup balik hingga sebati. Tuang dalam loyang kek, ratakan dan bakar 15 minit. Keluarkan dari oven, terbalikkan kek dan buang kertas alasnya. Biar sejuk sedikit.
  4. Putar whipping cream tadi hingga kental, tapi jangan putar terlalu lama. Sapu atas kek tadi, tabur strawberry rata2 dan gulung kemas2. Simpan dalam peti sejuk 1 jam sebelum dipotong dan hidangkan..

17 comments:

yna fazlyna said...

sedapnye...nak ckit pak cik mat..

Sunah Mohammad said...

wow~ menawan hatiku la pinky2 tu~~

suruh je abang ady buat semua! buli dia, buli dia! hahaha~

Citarasa Rinduan said...

cik mat...ku bawa piring kosong..umai suka...ayu lagi suka...

AdyBudika said...

ahahahahaha..ok2..aku terima cabaran tu...nanti aku kene gi survey pembakar keke tu gak la!!! aahahahahaa..aku teruja nak wat benda macam tu...ahahahahahaha... masak sebenrnya hobi yang amat best!!!!

Siti Indrawati said...

Assalam sifu..tergodanya ..kalau ayu bawak piring,saya bawak pingganlah besar sikit hehehhee..

Faezah Hannah Al Baj said...

xpe abg mat..sy dan yg lain2 sentiasa sokOng anda~!! sb abg mat n blog mat gebu neh mg best~!!! ermm strawberry swissrol neh mesti cuba!!

(^_^)"

*silent reader.br harini nk komen* :)
Chorat Choret Chikgu

Cik Sue said...

adehhh..tetiba lapoorr tgk kek abg mat yang dah tentunya gebu itu...suka!!!! =D

A homemaker said...

masuk sini rasa semangat nk masak.. nmpk sedap2 semuanya ni, cik mat.. :)

alamanda said...

mat, ko memang terbaik lah.
akak kalau dah demam, masak air pun bleh jd tak empuk mat oi.

Cik Sara said...

Alamak, tergodanya tengok swiss roll ni..nak juga..=)

putrifayad said...

sedapnye tgk pic swiss roll tu...
boleh cube la lepas ni..:)

Beautiful Butterfly said...

kegemaran saya swiss roll,tapi tak pernah buat,selalu beli je.. =)

habsahharun said...

huhuu..nak buat kek..tapi sy takde oven..:(

Ummi said...

Waduuussss....sedapnya kek goloongggg!!! Tabik kat kooo Mat...demam2 pun sempat lgk...demam nak membesar ke, nak tumbuh gigi Mat? wakkakakaa

HaSue said...

Dah buat dah....hehe..sedappp!

http://sue-hasue.blogspot.com/2011/03/resepi-strawberry-swissroll.html

Lyana@Mely said...

en mat..yana dah buat..sedap sgt..thanks

http://lyana-adam.blogspot.com/2011/05/strawberry-swissroll-dan-cupcakes.html

Mak Amni said...

Salam Cik Mat,

Alhamdulillah..siap sudah swiss roll saya. Sedap! Terima kasih ya.!

http://pinterest.com/pin/634787147/?utm_source=sendgrid.com&utm_medium=email&utm_campaign=pinterest.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.