BEN ASHAARI

Monday, March 28, 2011

PUFF BERINTI KASTARD DURIAN.....N3 TERAKHIR...

P1260801
Assalammualaikum, N3 terakhir malam ni mat nak kongsi satu resipi mudah. Sebab petang tadi hujan, walau pun tangan sakit kan, tapi keinginan tu tak sakit, masih boleh merancang macam2 benda. Susah jadi mat gebu ni, kadang kalau tak isi blog, mat tak boleh nak tidur, dok teringat2. Kira aku ni normal ke tak eks?..huhu. Mat buat tak banyak dalam 10 biji jee..tapi mat terap guna acuan kueh tat yang saiz 2 inci tu. Untuk kastard pulak mat, derhakakan resipi kastard untuk teacake kak Ida 1001resipi..hehe, sori kak Ida, mintak halal yeaa...

P1260809
Hmmmm, tadi mat ada ambik gambar langkah demi langkah..tapi kan alahh ada masalah plak tak boleh nak transfer ke laptop..huhu, tapi tak pe, ada boleh rujuk sini... Mata mat kan dan ngantuk, tapi nanti bukan boleh tidur, dok terkebil2 manjang. macam semalam, last jam 2 pagi juga baru tidur. Oh yea sebelum mat tulis resipi, kastard ni kalau tak habis, simpan dalam peti sejuk, boleh guna untuk creampuff, kalau keras, tuang sedikit air atau susu suam dan kacau sehingga mendapat kepekatan yang diinginkan....

BAHAN KASTARD :-)
2 ulas isi durian, ambil isinya
2/3 cawan susu segar (mat guna susu sejat + sedikit air)
1 camca besar gula
1 1/3 camca besar tepung kastard
1/2 camca teh mentega

BAHAN LAIN :-)
5 keping puff pastry jenama Kawan
Telur untuk disapu
Gula aising untuk hiasan
Ceri merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PASTRY :- Terap sekeping puff pastry dengan acuan tat bersaiz 1.5 inci (bahagian luar) sebanyak 4 keping. 2 keping lagi diterap dengan acuan bentuk bulat bersaiz 1 inci. Kemudian sapu sedikit telur pada bahagian yang tidah berlobang, berhati2 letakkan bahagian berlobang atasnya. Tekan2 sedikit dan alih ke dalam loyang pembakar, buat hingga siap. Bakar pada suhu 190C selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard dalam blender kecuali mentega. Kisar halus dan tuang dalam periuk masak hingga kental, masukkan mentaga, kacau rata dan matikan api. Biar sejuk.
  3. UNTUK PUFF BERINTI KASTARD DURIAN :- Ambik 1 puff tadi, tekan sikit tengahnya. Isi dengan kastard hingga penuh, letak sehiris ceri merah. Sejukkan sebelum dihidangkan atau boleh dihidangkan segera.



20 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

SobbbSobbb! sedapppp nyaa~ menderita perot saya!!

Bella Bell said...

sedapnya......!!!!!huhuu

NiSha said...

sob.. sob.. sob.. sedihnya.. sy tak makan durian la..

Along Maklong said...

maklong berkenan kat tea set CMG..
kuihnya pun maklong berkenan.. hehehe..

IQBAL ZARIN said...

aloh sedap nampak... tp sy x mkn durian... huhuhu... x pe. resipi ni bakal diderhakakan. bole kan? ehehehehe...

Izamir Ridzwan said...

menjilat lidah ni

penaGlow said...

sedapnyer....gebunyerrr jari...ekekeeee...

Mas said...

perhhhh..sedappnya...
rasa nak pengsan tengok...

Miss Ran said...

cik mat kompom sdp..de lagi pastri itu dirumah..tguu org mengerjakan je

ida @ 1001resepi said...

salam mat,
takpa kakida halalkan....
mat nak campur apa pun boleh asalkan jangan campur serbuk belacan je sudahlah yek...:)

ida @ 1001resepi said...

kakida gurau je mat...jangan kecik hati ye...:)

Mat Gebu said...

@ kak ida - haha, releks kak ida, saya ok jee..terima kasih sebab sudi berkongsi resipi...

Nieza said...

wahh resepi kastard lagi cik mat...i like! baru jer buat kastard teacake resepi kak Ida tapi versi derhaka hehehe... btw memang sedap tq sharing:)

Bee said...

Assalamualaikum Che Mat, dah musim durian yek..mesti sedap kalau letak dlm cream puff kannn!!! tima kasih bg idea nih...:)

SyaZZ said...

wow sedapnya tengok...

dunia maiza said...

sedap gak yg ni,,mana nak cari durian ni..T_T

beeha ben said...

hihi..feberet ni cik mat!

Adzriel AB said...

sekejap je habis tu... sedap musim durian ni. cantiknya MG buat.

izee said...

en mat dah banyak kali la saya pergi tesco nk cari pastry jenama kawan x ada la... kulit popia banyak la....x dapat la saya nak buat pastry ni...

Kak Ungku Betty said...

Assalam Che Mat Gebu....saya banyak mempelajari jenis2 pastri dari blog Che Mat Gebu. Bila masak, rajinlah masukkan gambar kat blog dan FB saya. Ramai yang terkeliuq dan bertanyakan resipinya. So saya rekomenkan mereka semua pergi ke blog Mat Gebu esp part menu untuk PASRTI...suka mereka.

Terima kasih Che Mat Gebu kerana berkongsi resipi dengan kami...suami saya suka sangat pastri2 yang saya masak, pahala besar tuuu ;D

Saya suka sangat blog DAPUR TANPA SEMPADAN ni....BEST!