BEN ASHAARI

Sunday, March 27, 2011

MENU MUDAH UNTUK HARI TAK RAJIN....

P1260746
Salam petang semua...hadoii rasa tak rajin lah nak update..lenguh ni tangan sampai ke bahu, alaa tak bessnya rasa. Tapi tak pe lah update juga dengan masakan orang tak berapa nak rajin masak. Tapi kan selalunya lauk2 tak rajin ni sedapp..kann..tu macam singgang rebus ikan cekik leher atau ikan selar kuning, punya lahh sedapp pakcik mat hidup2 kuah dia..nasib baik masih beradap makan, tapi kan bunyi macam itik pulak tadi...erkk...hehe. Selain ikan selar kuning, ikan kembong batu pun sedap masak macam ni. Kalau dapat titik kan cili padi barang 4-5 tangkai, aduhh boleh pengsann..Yang ni mat guna belahan cili hijau dengan merah siaa...Ok lepas tu kan, mat masakk.....

P1260749
Satu jenis lagi, yang ni ala2 cap cai ada, senang cerita sayur campur lahh... Guna sotong sebagai perencah. Yang ni masak senang dan mudah, paling sedap dihidangkan panas2. Kalau nak guna udang pun ok, guna daging ayam pun ok, kalau budget rasa ada 25 juta, boleh guna ketiga2 sekali, sotong, udang dan ayam..meriah kann.. Ok jom kita lihat resipi cikai2 ni, alah mat gebu yang masak, of coz sempoii kannn..

SINGGANG REBUS IKAN CEKIK LEHER...

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 ekor ikan cekik leher @ selar kuning, disiang, cuci dan toskan
1 keping asam gelugor
800 ml air (atau secukupnya)
1 biji cili merah, belah
1 biji cili hijau, belah
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)
Garam secukup rasa dan secubit gula
3 biji bawang merah, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci kunyit hidup, dihiris dan diketuk sikit

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan air, bawang merah, bawang putih, kiub ikan bilis, kunyit dan asam gelugor. Masak hingga mendidih. Masukkan ikan dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  2. Tambah belahan cili merah dan hijau, masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi, sambal belacan dan ulam..

SAYUR CAMPUR...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor sotong saiz sederhana, hiris bulat, cuci dan toskan
10 tangkai kancang buncis, hiris serong
1 ketul tofu keras, didadu dan goreng, toskan
6 kelopak cendawan black fungus segar, cuci dan hiris
4 batang putik jagung, hiris serong
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sediki minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan hijau hingga harum. Masukkan sos tiram, kacau dan masukkan sotong bersama putih jaging hiris, cendawan dan tofu, kacau rata dan tuang air.
  2. Masukkan kacang buncis dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera....Sedap dimakan sekagi hangat..

19 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

Pak cik mat gebuuu! saye kat ward ni.. doa kan saye cepat sembuh yaa...

T_T

Mat Gebu said...

@ yuyu - haaaa..laaaa sampai masuk ward..alahh kesiannya..mudah2an yuyu cepat sembuh yea..pcm doakan..

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

err..xsuka sangat lauk singgan =P

Izamir Ridzwan said...

yuyu parah dah ni.. air masuk ikut tgn dh...

IQBAL ZARIN said...

sotong je. bukan ke allergik? hehe..

~...AmALinA....~ said...

pakcik mattt!! menaip lagi?? mana la tangan tu tak lenguh..=p dah2 g rehat cepat...=)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sayur tu...sedapppp

enyusnizarmysmallworld said...

singgang tu Kalau buat dengan ikan tongkol pun sedap ni kan...

Mat Gebu said...

@ sotong jee kan....stok ubat "miang" bru beli,jadi boleh lah makan sikit2...huhu

Along Maklong said...

apa pulak tk rajin.. lauk punya banyak.. kalau maklong malas kan.. goreng telur je.. tercekek cucu maklong makan tak ada kuah.. huhu..

Yatie said...

sejak2 ni mcm lemau je nak update blog...mcmana ni Mat...tapi bila nmpk singgang ni...waduhhhh terliur je...lauk kegemara suami akak ni...sedap..

KOKOLÀIT Enterprise (001975488-K) said...

Tu diaaaa... Che Mat.. salah eja lagi.. 'hidup2 kuah dia'.. saya dok la fikir camne lah pulak kuah Che Mat ni boleh 'hidup'.. hahaha...

Jgn mare eh..

alexa yussida said...

nampak je simple tp bile makan..hurm bertambah 2-3 pinggan..saya suke singgang lagi2 kalo masam n pedass..mnjilat kuah:D

fahmie firas said...

blog ni hebat..
wanna be like u someday..
my idol
Salam Kenal..
Nice blog sahabat..
best dapat follow ur blog..
keep moving on..
klu free singgah ke blog saye..
http://purplebloggerboyz.blogspot.co

FARISZ@AZ.Com said...

Walaupum rebus tapi kalau dah lapar mesti selera.

3 Bahagian Sabar

Miss Ran said...

cik mat..skit2 bwk berehatla ye..rajen no updte

Dawa said...

sayur tu mmg sgt menyelerakan. tapau satu ke perlis!

Jaja said...

Salam CM, rehat-rehatkan la diri tu... tgn kan sakit... nnti bigboss marah lg, asyik blog, blog, n blog...hehehe... penah dgr tak Carpal Tunnel Syndrome... cuba searching kt internet... mana tau.. cegah lebih baik daripada mengubati...

MamaIeta said...

Salam MG. Sedapnya lauk-lauk tu.... hari ni ieta makan cendawan tahun masak air. sedap sangat. MG mesti penah makan kan? postlah resepi. mesti ramai yang tak penah makan.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.