BEN ASHAARI

Tuesday, March 15, 2011

GULAI PEDAS NENAS DAN KUPANG.

P1260257
Waaaa..mengantuk gilaaa, sangap2 jee nih..lepas ni mat nak masak untuk kenduri pulak, tapi tak delah banyak mana sebab tugas telah diberi dan mat dipertanggungjawab masak nasi putih dan asam pedas ayam gaya "Johore", dah masak nanti mat share ok. N3 kali ni nak kongsi masakan mudah sangat, dan cepat, guna santan kotak dia, dan mat buat untuk sekali makan kami anak beranak, malas nak bertepek2, kang nampak macam tak laku jee kann..hahah, ini kira masakan ala2 nyonya pun ada, melayu pun ada..tak kesah lah, janji kita rakyat Malaysia... Ok mat tulis resipi senang sangat nihh....Jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji nenas Sarawak @ nenas madu..
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 /2 cawan pati santan (mat guna santan kotak jee)
Air secukupnya
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
2 biji buah keras*
1/2 inci belacan*
2 biji cili merah*
6 biji cili padi*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan nenas, bahan kisar halus, serai dan air secukupnya dalam periuk, kacau rata dan jerang hingga mendidih. Masukkan kupang dan juga sedikit garam serta gula. Masak hingga nenas lembut.
  2. Tuang santan tadi, kacau perlahan dan kecilkan api, biar mendidih perlahan dan tambah asam gelugor. Rasa dan jika perlu tambah garam. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam2man...

14 comments:

Alexandriana Alia said...

selalu kupang masak sambal je. hehe

resipi ni cam best. kupang n nenas dua2 sy suka

Rozita said...

nampak sedap tp suami x leh makan nenas..leh tukar lain tak ye?

Sari Yusa Ibrahim said...

isk! Mesti sedap, mau makan bertambah2 nasi ni nak2 kalu ada sambal belacan...

p/s: Cik Mat, petua kalu asyik dok sangap2 jer tu, bila agak2 Cik Mat terasa mcm nak sangap, gigit sikit hujung lidah, sure tak jadi sangap, jgn gigit kuat2 udahlah, karang putus, masuk pulak dalam gulai ayam johore tu... hehehe

y u y u Z u l a i k h a said...

PAK CIK MAT GEBUUUUUUUUUUUUUUUUU! RINDUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU! wuuuuuu T_T

PidaSanglang said...

sedappp sedap idea masak weekend ni

Miss Ran said...

sedap
pakcik mata de cadangan petang mau masak apa? gian da ni haha

::Budak Degil:: said...

wah..mcm pajeri pulak pakai nenas,,hehe

izahdaut said...

wooo sedapnya nampak dalam mangkuk tu..nak beli nenas la nanti senang nak try semua resepi nenas dlm blog cik mat ni.semua nampak glemer je..

Violet Blue said...

whoa!!
best tuh!!
terliur3..~

kakmelor said...

sedapnya....klau deman x selera..makan gulai ni boleh baik demam..kebah( kata org phg)

azlina aziz said...

Mak aihhh. Ni memang terbaik ni Che Mat. Tak sabar balik Johor, nak rasa air tangan mak. :p

Sally said...

terliurnya..tapi sedey tak berani nak makan nenas..tunggu ler dah give birth nnt ku balun habis-habisan..

Sunah Mohammad said...

kupang??? hurmmmm...mana saya nak carik kupang nehhhh...

Pak Cik Mat Da Tunjuk Belang!

gadisBunga said...

semalam mak gb beli mentarang, agak2 boleh tak buat resepi ni?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.