BEN ASHAARI

Sunday, March 6, 2011

BANANA CASHEWNUT MUFFIN....AWEK BLOGGER MEMASAK?..

P1260109
Assalammualaikum, selamat malammm, ala2 pezal tahir. Malam ni mat nak share satu resipi muffin pisang yang punya asal dari FP kak liza. Tapi mat dah derhakakan sikit, biasalah aku kan ikut kesesuaian bahan2 yang ada kat rumah. Sebenarnya kan mat guna pisang nipah buat kek ni, sebab pisang tu dah masak ranum sangat nak goreng pun tak boleh. Dari terbuang mat ambik lah dalam 5 biji macam tu, cuma satu kekurangan pisang ni, bau ke pisangan dia kurang, jadi kenalah letak esen pisang sedikit, kalau pisang berangan atau rastali ke, bau pisang dia agak kuat dan harum. Tapi kita buat dia kan, jadi tak de masalah. Satu lagi mat guna tepung naik sendiri, kalau resipi asal guna tepung gandum..dan mat tambah sedikit soda bicarbonate dalam dia....

P1260113
Menghasilkan 12 biji muffin saiz sederhana, lembut dan tak manis sebab guna sepenuhnya gula perang atau brown sugar. Kalau resipi asal ada chocolate rice, tapi mat ganti dengan cincangan kacang gajus yang mat panggang, hmm sedap. Ok sebab dah macam kering pala otak aku nak menulis sampai tak de apa bijik putik lagi..jadi mat lansungkan dengan resipi dia yang senang dan mudah sangat..eh tunggu2...haa nak khabar sikit, ada sorang blogger dah mula jangkit memasak, tapi dia ni perempuan, manis dan ayu lagi....kalau perempuan masak, mat gebu tak delah rasa tercabar..yea tak?..Blogger Adish Shida memasak ni hari kat sini....ehem ehem, boleh tumpang santap?...Ok resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
70 gram mentega
1 biji telur
1/2 cawan isi pisang yang telah dilecek (kurang lebih 2 biji pisang berangan)
1/2 cawan gula perang @ brown sugar (mat ceduk keluar 1 camca besar)
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1 camca besar susu tepung*
1/4 camca teh garam halus*
1/4 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 genggam kacang gajus, panggang jingga wangi dan cincang kasar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula perang hingga gula hancur. Masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah pisang lecek dan esen pisang, putar rata.
  3. Pada kelajuan sederhana masukkan tepung yang telah diayak tadi, dan diakhiri dengan 1/2 bahagian cincangan kacang gajus.
  4. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan tadi dan tabur baki kacang gajus, buat hingga siap. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..

14 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

resepi ini akan ku buat besok!! ^^ hahahah~

y u y u Z u l a i k h a said...

ehh lupaaa! melelehhhh ^^

yatie's EPISODE said...

mcm sng je nak buat nihh. nak try! hihi

LadyComot said...

wah best yer..sumanya dekat sini nampak sangat sedap..kalau singgah sini memang buat perut rasa lapar.. nyum nyum

akuanakpahang said...

Salam CMG, kalau awek yang buat tentu best :)
New Entry "Keputusan PRK Dun Merlimau dan Kerdau"

AdyBudika said...

aku suke makanan macam neh berbanding lauk pauk mat..nanti sediakn abnyak2 untuk aku k..nak yang leh tapaw balik same k... :)

man yusoef said...

nak tanye..adakah resepi MG ni fresh...mksudnye baru tadi masak, pastu post kat blog?? so hari2 masak benda sedap2 lah??? perghh!!! kecur

Sunah Mohammad said...

hummmmmmmmmmmmm~~~ saya dapat hidu bau muffin dari speaker laptop...:D

Warna Warni Kehidupan said...

perhh...sedapppppp nyee....masuk kat sini terus lapa...rasa nak makan pun mengebu2 jek...aiesh...

Mat Gebu said...

@ man yusoef - Yep dan lepas tu aku rembat lah sebiji dua, yang lain antau pi rumah kanak2 rabena....

Hanieqha said...

suke benor la mak cik kalu mapin2 nih.. hahahaha...

gonna try this.

TRY NI KT MICROSOFT WORD ANDA."

aDisH.sHidA said...

en mat.....nak muffin sebji dua...cantik la muffin nie...tgok la sapa buat kan....eh eh jgn bg kat ady n sunah tu yer....bg kat shida je...suka makan kek pisang muffin ni adik beradik kek la kan...hehehe

Cik Sue said...

sedappppp dan sentiasa menggebukan selera anak tekak cik sue wahai abg mat gebu..... =D

Sheila said...

Cik Mat.. I wanna become your follower! Boleh yer.. and try your bakings. I like your presentations as well. Cantik.. Cik Mat mana nak beli muffin cup yg cantik cam tu ek?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.