BEN ASHAARI

Thursday, March 10, 2011

ANGLE HAIR WIF GREEN PASTE...NOT SO GREEN LAH!

P1260182
Aduhh......aku sudah pening, haha, assalammualaikumm, bz-bz, tu pasal baru sempat update blog. Baru balik beli barang sikit..aku geramm tau dengan ady budika...nanti koo ady, tak pe, ada ubi ada batas, tak menoreh kita menebas yea, aku dera koo pi ladang aku kat Sedenak nanti..siapp!!!. Hari ni pagi mat masak spaghetti angle hair guna paste hijau dari resipi Kak Ummi Kuantan Jelita..dari majalah Jelita lagi..tapi aku biasa lah, kalau tak derhaka mana boleh kannn... Waa kalau ikut kan hari ni, mat nak tulis satu cerita, sebab ada kesah "Isteri" berlagak bagus tadi aku nampak nkoo, hadoii...tu cerita lain kali lahh yeaa.. Ok sekarang kita semak resipi...Jommmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak angel spaghetti
1 keping dada ayam, didadu
Taugeh secukupnya, dicuci dan toskan
1 keping tauhu, dadu kecil dan goreng kekuningan
1 biji telur, dikacau sedikit
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar sos ikan
Secubit gula
1 biji bawang besar saiz sederhana*
2 ulas bawang putih*
2 biji cili hijau*
1 biji tomato hijau*
1 kiub pati ayam MAGGI*(*dikisar halus)
Sedikit air
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili padi merah, untuk hiasan

CARA MEMBUTANYA :-)
  1. Rebus spaghetti dalam air mendidih bergaram hingga lembut, tos dan gaul dengan minyak. Ayam didadu, perap dengan sedikt garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan sos tiram ayam dan sos ikan, kacau rata. Masukkan tauhu, kacau rata dan tolak ketepi kuali, masukkan telur dan biar mengeras, kacau rata dan masukkan sedikit air.
  3. Masukkan spaghetti dan gaul rata. Masukkan taugeh dan kacau hingga sekata. Rasa dan jika kurang masin, renjis sedikit sos ikan. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan hirisan daun bawang dan cili padi hiris...

14 comments:

miszlullaby said...

Sedap nih buat breakfast. Tapi paste hijau tu ape ye cik mat?

Eyrique Ettiqaz. said...

nmpk mcm sedap.

Nak tanya CMG ni full time blogger ker?Dr pg->ptg->mlm-> gigih sediakan menu utk keluarga...

azila said...

heheh...tau sbb apa en mat geram kat ady budika tus...:)

AngahSayang2314 said...

sedapnyerrrrrrrrr

AdyBudika said...

err..nape marah2 ni mat...jangan macam nie...

aku doakn ko sihat eh..take care tau...

kakmelor said...

kretif2 masakn mat ni...

akmall said...

mat...
angel bukn angle...hehehe

gadisBunga said...

angel hair ni goreng ganti bihun pun sodap kan?

Sunah Mohammad said...

tak ijau pon che mat!!!! nak ijau, nak ijau!!!

MamaFaMi said...

Terusssss je lapau perut ni...

Mrs.Zack said...

Mat....
Yalahhhhh kenapa tak ijau...tak setara dgn namanya :)

Kau tau matt ada ke patut orang Kluang tak tau Sedenak kat mana rasa nak sekel je anak2 dara ku itu

Sis-Lin said...

isteri berlagak bagusss???? panasssssss nnti cite ek..:)

zaMir said...

saya lebih suka guna angle hair nih...sebab dia halus...x cepat kenyang jika nak dbandingkan denga spaghetti biasa....kan2??

srikandi cinta said...

follow me back :)
tq.heeheee

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.