BEN ASHAARI

Sunday, February 20, 2011

STICKY CARAMEL CHICKEN WINGS....PROMOT BLOG 2 - 15

P1250783
Assalammualaikum semua, dah makan tengah hari?.Hmm mat tak rajin nak masak, tapi masaklah juga yang mudah2, lauk bodo-bodo katanya, huhh ada ke lauk bodo2 pulak kann. Sticky Caramel Chicken Wings atau dalam bahasa melayu nyaa...huhh panjang sangat, ko orang pepandai lahhh letak, kalau tatau tengok kamus eks. Resipi mat ambik dari blog Kak Ayu Singapore di sini.. dia ni geng masak2, kira dah jadi teman alam cyber ni dah lama dulu. Kadang2kan bukan mat nak puji lah blogger masak2 ni. Kami macam ada satu "bonding" antara satu sama lain, sebab bila chat ke apa, bukan isu traffic, UV atau benda2 lain yang kami kerap cerita, cuma bincang isu2 berkaitan masakan dan teknik2 terbaru... Ok lah puji lebih2 kang lalat singgah pulak...ok nak promot lagi satu blog, kali ni geng masak2 dan antik yang mat tau agak lama juga....

Kalau sebut kak Ina KL, sapa tak kenal, sorang blogger wanita yang aktif dengan iklan nuffnang, disamping tu kak Ina ada gak menjalankan perniagaan biskut coklat chip..hadoii tergoda ai bila dengar...apa2 pun kalau anda nak tau lah apa cerr blog kak ina KL. sudi2kan lah singgah, klik sini... Ok masa untuk semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 keping kepak ayam (kalau besar kerat dua), cuci bersih dan toskan
2 camca besar minyak masak
3 ulas bawang putih, dititik dengan kulit2nya, tak payah kupas
1 camca besar cincangan halia
1 camca besar sos ikan
1 camca besar kicap
1 camca besar sos cili
7 - 8 camca besar madu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan kepak ayam, gaul rata dan masak dengan api sederhana selama 5 - 6 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap dan tutup kuali. Kacau sekali sekala hingga kepak ayam kelihatan bersalut, masak kurang lebih 15 minit. Biar hingga pekat dan warnanya bertukar perang keemasan. Angkat dan hidangkan...

23 comments:

Sunah Mohammad said...

sangat melaparkan!

Hairul @ Kay said...

1st time nak komen!!! sangat mengghairahkan!!! damn! trus ke tesco beli kepak ayam sekilo! siap kau!

bun said...

SEDAPPPPPPPPPPPPPPPP

lapa pulak

mak masakkan macam nie :))

Bizz said...

yeaayyy...update jugak akhirnya. tangan tu mesti gatal2 kalau tak update kan :P

Mama Kembar 3 said...

nampak sgt sedap.. and cam senang ja nak buat kan? bahannya tak complicated.. menarik nih utk menu next weekend hehe

Bizz said...

CMG nak tanya..kenapa tak yah buang kulit bwg putih tu ye ?

Kancilbiru said...

CMG...saya dah cuba resipi ni..memang sedappp sangat! Dan simple..

yna fazlyna said...

woow! sangat menyelerakan. tapi tah bila boleh cuba ni..

Zullism said...

waaa nak menangis tengok kepak salut tu...yam-yam....

Fathiah Rosdi said...

pergh...sdp nye..mglhkn ayam kenny rogers..uhu..
cnfirm..nk try nnt alek uma..

.:hanna radzi:. said...

adusss....yumyumyum...!!!

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaa...melekit=lekit eh...i liiiikeeeee....menjilat jari...hehee

mamawana said...

sungguh meliurkan...ihiiikkks

Anitafasha said...

Mat gebu.. Garam tak payah letak eh?

Mat Gebu said...

@ anitafasha - tak, sebab kicap ikan dah masin, kicap dah masin, dan sos cili pun dah ada sikit garam.

shashacatering.com said...

Sedap, sedap. Nak try lah;-)

habsahharun said...

terus rasa lapar..nak pegi pasar malam ni..nak gi beli lah :p

MERAH said...

mak aihhh terlapar terus tgh mlm.

DYRatu said...

abg mat... boleh tny? kalau takde sos ikan / udg /sotong, nk ganti dgn apa ye? sos2 sebgitu rupa tak laku kat rumah... jd takde stok.. mekasih daun keladi....

lina daniel said...

Firstly saya nak ucapkan billion terima kasih kerana disebabkan blog DAPUR TANPA SEMPADAN telah memberi semula suntikan semangat memasak yang lama terkubur selepas perginya arwah suami ke rahmatulah.
Dulu arwah suami adalah orang yang paling gembira bila saya memasak.Tak lekang dari mulut arwah memuji masakan saya dan di canang ke semua rakan-rakan.Selepas arwah meninggal saya tak da mood nak masak kerana bila masak terkenang akan arwah.
Tapi setelah surf blog mat gebu yang telah dirakamen oleh teman terus semangat memasak berkobar2 demi anak2 pulak.
TERIMA KASIH MAT GEBU..anak-anak hari-hari bertanya mama nak masak apaya? Mat gebu masak apa ya?

afsal_8281 said...

nak tnya...kalo tak letak sos ikan boleh tak?? tak tau nak cari kt mana dan tak pasti kehalalannya... ada kt kedai tp tu la tak tau halal ke tak..

tlg jwb boleh?

Ana Sue Saila said...

tgh2 morning sickness teruk (xbole mkn&minum)ni,bile je jenguk2 dapur che mat gebu terasa sume nk buat bile dah ok nti..suke blog ni!!

biskut chipmore said...

abang mat, mintak izin nak kongsi resipi ni kat blog.. boleh ye? terima kasih..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.