BEN ASHAARI

Monday, February 14, 2011

PANDAN MARBLE BUN.....SALAM MAULIDUR RASUL.

P1250637
Dahh malamm....kann, sekejap je masa, rasa macam baru kejap tadi letak N3 pagi, ni dah muncul pulak N3 malam, kira penutup hari Isnin. Hmmm, cuaca panas, dan masa agak ketat hari ni, dengan kerja yang menunggu. Tu rumah lama yang ber"hantu" tuu, kena dikemas kan, sebab nak dirobohkan, tak siap2 kemas lagi..huhh penat wooo, barang kus smangat, maklumlah barang sejak tahun 60-an pun ada, dah lah tu tebiat depa2 ni suka sangat pi hangkut tah hapa2 bawak balik, last2 rumah penuh, kalau barang mat gebu cuma teko buruk dan benda2 masak siaa, itu small matter.. huhh nak beleter pun tak guna, baik buat je diam2, tapi tu lah kalau mat tak curi2 masa, mesti blog ni tak de N3. Memang nampak selalu mat on di YM, tapi ada kala tak de kat situ...

P1250641
Hari ni nak kongsi, satu resipi derhaka yang mat buat guna dari resipi di sini, tapi mat oter jadi kan bun marble pandan. Sesuai untuk minum petang, sambil2 minum kopi atau teh lemon madu. Mat buat saiz comel2 dan dapat dalam 16 biji macam tu. Boleh juga dimakan bersama jem kegemaran. ....

Oh yea esok 12 Rabiul Awal 1432 Hijriah bersamaan 15 hb February 2011, ialah hari keputeraan Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W...DTS-Mat Gebu mengucap kan salam maulidur rasul pada semua umat Islam....Ok jom kita lihat resipi mudah ni pulak...zaasssss....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram tepung gandum
20 gram susu tepung
125 ml air
3o gram telur (pecahan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
60 gram gula halus
8 gram instant yeast
1 camca teh pandan paste
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softener
1/4 camca teh garam
40 gram mentega
Bijan untuk ditabur atas roti
2 camca besar tepung roti (jika perlu)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 di atas kecuali mentega, paste pandan dan 2 camca besar tepung roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli sehingga mendapat doh yang lembut dan kenyal. Jika melekat, tabur sedikit tepung roti. Bulat2kan doh, letak dalam bekas besar dan tutup dengan plastik bersih, perap 1 jam. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam Bread Maker, kecuali 2 camca besar tepung roti dan pandan paste, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap.
  2. UNTUK ROTI :- Keluarkan doh tadi, tabur sedikit tepung atas meja kerja. Letak doh dan tumbuk untuk membuang udara. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian yang sama saiz. Amabil 1 bahagian dan letak pandan paste, uli hingga rata, jika melekat, tambah tepung sedikit dari 2 camca besar tepung roti tadi. Kemudian bagi dua lagi adunan hijau tadi. Adunan tanpa warna pun dibagi kepada 2 bahagian juga.
  3. Ambil 1 bahagian hijau dan 1 bahagian yang kosong, gelek menjadi panjang kurang lebih 30 cm setiap satu. Lilitkan menjadi seakan2 tali, seperti dalam gambar. Kerat kepada 8 bahagian sama besar. Ambil setiap bahagian dan bulat2 kan, Susun dalam bekas yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Lakukan kaedah yang sama untuk baki adunan..
  4. Perap roti tadi selama 45 minit atau hingga naik sekali ganda dan memenuhi bekas. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) dan tabur bijan atas roti tadi. Bakar selama 20 - 25 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

19 comments:

~...AmALinA....~ said...

wah sedapnye!!! pakcik mat mintak ckit....

ceritera asni said...

CIK MAT!!!SEDAPNYA BUN TUH..
COMEL PON ADE..

Ummi said...

Woooowww cantiknya marble ijo n putih n yg si tampuk manggis gitu...keless ko Mat...hehehe, mesti sedap nih...

y u y u Z u l a i k h a said...

saya harap saya mimpi benda ni.,.. :(

Mummy Zenty said...

mat gebu rajin betul you.....sentiasa ade idea...

akuanakpahang said...

Semoga hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. dapat kita hayati dengan penuh keinsafan dan kasih sayang terhadap junjungan besar kita. Bersama kita berselawat dan salam buat junjungan yang mulia amin.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 Hijrah daripada saya dan blog akauanakpahang.

Citarasa Rinduan said...

salam menyambut maulidul rasul...

cik mat...lawanya...esok sure kenyang makan bun hijau bertompok2 tu....kelass ko..

Sunah Mohammad said...

salam~ oh no~ che mat buat saya lapar di pagi hari maulidur rasul ni~~

salam maulidur rasul~

eqbalzack said...

menarik! boleh cuba ni MG...

Bizz said...

wallawehhh...so creative. sukaaaa ~

Hafriz Mohamad said...

fuyyo~~
tema ijau putih lagi tu..hihi ^_^

Siti Indrawati said...

Selamat pagi sifu,sarapan kita pagi samalah cuma saya x marble hanya bun pandan biasa jer..

Adzriel AB said...

selamat menyambut maulidur rasul buat MG. sarapan roti juga tapi beli kat kedai. dah ada resepi rahsia MG ni, boleh le try.

azila said...

Selamat Menyambut Maulidur Rasul juga utk en.mat...wah, roti ni harus dicuba sbb just guna oven jer, kalo guna bread maker..harus kena tunggu dulu:)

konspeed said...

selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W ..
erm....yummy bun nie..nanti kite nak try la...tp kalau bakar pintal-pintal mcm tu pun cantek gak kan..

konspeed said...

selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W ..
erm....yummy bun nie..nanti kite nak try la...tp kalau bakar pintal-pintal mcm tu pun cantek gak kan..

Mas said...

sedappnya nasi goreng...
cantik nasi goreng tu kekuningan..

AngahSayang2314 said...

mat gebu thanks yer... angah ambil resepi nie buat...apa pun thanks banyak2 menjadi woooooo

Love 4 ever said...

SiLau mata tgk warna nyer..tp mEsti stiLl sEdap n uMmm..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.