BEN ASHAARI

Sunday, February 20, 2011

LAUK BUDGET LAGI....PROMOT BLOG 2 - 16

P1250790
Asalammualaikum, salam petang..eh dah nak senja kala pun. Malas nak masak, tak de idea, tak de mood, dan macam2 alasan lagi lahh, tu semua sering berlegar dalam otak kita. Lagi satu yang paling tak bess bila dah masak tak habis, dahh membazir. Macam ni hari mat memang masak lauk budget2 jee, tapi kata orang, si mat tu lauk budget dia pun mewahh,....huhu, tu i no comment lah yeaa..mat guna benda biasa2 jee.. Yang penting halal, awas yeaa i guna barang halal, bukan macam seko lalat tu dulu kata mat banyak makan benda haram...huhh, habis tu, orang yang buang2 anak haram tu makan benda haramm juga ke, sampai terberanak haram?...susah punya olang....Eh lupa ni kali nak promot blog siri 2 no - 16, blogger lelaki pulak....kita lihat sapa yang kenaaa....

Ini salah sorang ahli SB yang aktif, kejap2 ada pos dia kat wall, mat selalu juga nampak ke glamour an dia kat situ, jadi tergerak hati nak up kan link blog dia kat N3 kali ni. Blog dia simple jee dan pad mat kan, senang nak loading, licinn jeee koo, kira kalau pompuan, ala2 senang nak bersalin gitu...hahhaa....ok lah klik sini kalau nak tau blog helios ni macam mana.. Masa resipi pulak yeaa anak2 semua..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji kentang, kupas dan belah 6 setiap biji, rendam
40 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga kembang
100 gram cendawan black fungus, potong jika besar, rendam
1/2 cekak soo hoon, potong dan rendam
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk hancur
Air secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Secubit gula (@serbuk perasa)
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus'
Hirisan daun bawang sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukan udang kering dan tumis hingga harum, tambah kentang (toskan dulu) gaul rata dan tuang air secukupnya. Biar mendidih.
  2. Tambah fucuk (toskan) dan juga cedawan (toskan). Masak hingga kentang empuk, letak soo hoon dan tambah garam secukup rasa.
  3. Tabur secubit gula atau serbuk perasa dan juga serbuk lada hitam, masak sekejap, rasa dan jika ok matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum menghidang....

8 comments:

taufiq helios said...

bro...thanks bangat ye..really appreciate it :) suke suke

Cikgu CTE said...

Saya paling suka lauk nie....sesuai untuk diet....

ceritera asni said...

CIK MATT! SANGAT SIMPLE.MAKAN DENGAN SAMBAL BELACAN PON SODAPPPP!!

Bayu Kenangan said...

best makan dengan sambal... mabeles

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Mat Gebu bak alamat.. nak bertandang... kekekekeke

Ayu said...

Assalam, che mat,
baru buka blog akak..ni..cuba2 click blog che mat masak apa hari ni..tak perasan ada tertera link keblog akak kat bawah tu....terus terbeliak mata akak...hehe
thank you che mat tolong promotekan
blog akak ya...

yes akak agree dengan apa che mat kata..discuss isu2 tentang teknik2 terbaru & masakan cos we can learn from each other,..Akak glad to have a friend like you!!..

Bizz said...

beberapa hari lps rasanya ternampak resepi ayam masak apa ntah tapi ada nenas kiub tu. kat mana ye...CMG tolong jap . dah beli brg ni nak masak

taufiq helios said...

hehe...bro sila klik sini ye

http://taufiqhelios.blogspot.com/2011/02/grr-gigil.html

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.