BEN ASHAARI

Thursday, February 10, 2011

HAPPY BIRTHDAY ABANG AND KAK ZAH!...

Salam morning pagi semua, N3 pertama pagi ini, 10.02.2011. Pada tarikh ini 22 tahun yang lalu, lahir seorang bayi lelaki comel dan merupakan waris pertama dalam generasi kami. Mohd Hafiz Faiq Bin Hamzah, nama yang telah diberikan oleh kedua ibu dan abah nya. Bonda mat turut rasa suka teramat sangat bila menatap wajah cucu bertama beliau, rasa hilang penat segala kerja. Sebagai cucu sulung dalam waris kami, dia memang seorang anak yang amat mendengar kata, dan setia dalam berkawan....macam mana mat gebu tau, dah tentu lah, ni kan anak buah aku...

Orangnya agak pendiam dan ada kala sukar untuk membaca fikirannya. Tapi itu adalah ciptaan Allah yang maha esa pada setiap insan. Dipelihara dengan penuh kasih sayang, di beri segala kesenangan, namun begitu dia cukup bijak mengurus apa yang dia dapat..cermat pun yea, satu mat perhatikan dia ni, kasih sayang dia pada seseorang jarang diluahkan tapi akan ditunjuk dengan perbuatan....correct me if i am wrong yeaa....

Satu lagi mat nak tulis, dari apa yang mat nampak, dari segi perhubungan sesama teman, dia ni amat setia dan cukup menjaga hati rakan, masa bersekolah di Sedenak dulu, pernah dia diiniaya oleh seorang budak, dasar manusia, ada tu sedari kecik sudah ada sikap moral yang keji, dan mengambik kesempatan atas kejujuran anak buah ku. Nasib baik budak tu telah dibagi pengaran secukupnya... Pada abang pak usu ucapkan selamat hari lahir, moga panjang usia, murah rezeki dan dipermudahkan hidup mu di dunia dan akhirat kelak..Pak Usu doakan abang berjaya dalam hidup yeaa....Aminnnn......

Dannn sebelum mat tamatkan N3 ni, dalam kesempatan yang sama juga, mat gebu @ adnan bin ibrahim, mengucapkan Selamat Hari Lahir juga padan Puan Hajjah Azizah Bt Din, moga panjang usia, murah rezeki, sihat walafiat, kekal muda dan ber"getah"....moga Allah merahmati Kak Zah...aminnn....Sapa pulak Kak Zah tu?...Dia tu lah kakak ipar mat gebu dan juga bonda pada birthday boy kat atas tuuu dan juga "anak dara" yang ini...depa sama tarikh hari lahir 10.02.2011... Akhir kata salam sayang dari DTS-Mat Gebu, insya allahh N3 resipi akan menyusul nanti.....

6 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

hamboii~ ensem abang kepada abang mat gebu dulu dulu...

cam chinese..

Hafiz Faiq said...

ahaha thanks pak usu ! :)

Mat Gebu said...

@ yuyu - ehem ehem....

@ hafiz - sama2....

akuanakpahang said...

Salam CMG, Allah selamatkan mereke x 3 semoga panjang umo dan dimurahkan rezeki.
New Entry "Wanita bogel berdayung rentasi Lautan Atlantik"

ilahjy said...

sebaya anak kak ilah yg sulung lah nii tapi najihah lahir bulan nov... masih belajar tahun akhir di UMP pahang.. tempat hubby hana jepun...bekerja...
kacak orgnya.. sampaikan ucapan selamat hari lahir ya... nak berbesan apa salahnya hehehe.. gurau jer c.mat

Melati Qistyna's Mummy said...

encem nyer abangggg.... slmt hr lahir yea, moga terus membesar jd kebanggan mak ayah.... x lupa buat ibunya sekali....moga bahagia sentiasa...Ameennn

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.