BEN ASHAARI

Saturday, February 19, 2011

CEKODOK MEE MAGGI....PROMOT BLOG 2 - 14

P1250749
Salam malam minggu..tak merempit ke malam ni?..Sebelum masuk tidur, mat letak satu N3, boleh buat modal idea untuk sarapan esok. Tapi luu ada brann macam guaa ke nak derhaka tak hengat...mee maggi aku buat cekodok?...tak tipu punya beb..Mat guna maggi perisa ayam, tapi kalau ikut tekak aku nak guna perisa kari, tapi elekk..Ini sama je macam cekodok biasa, kalau nak tambah sosej ke dalam dia pun ok, mat letak daging ayam yang didadu...

P1250752
Bila dah siap, kan rupa dia tak berapa nak macam mee maggi plak, tapi luaraan dia memang ada rupa laa, nampak macam berserabai jee, bercerancang sana sini...tapi lembutt dan sedap. Sedap dimakan bersama sos pilihan anda, tapi orang kita tak lari lah dari sos cili...Malam ni mat promot satu blog lagi, kali ni lelaki lahh, baru adil kann...mat kenal blog ni dari jiran sepagar...siapa kah dia..kita lihat bawah ni..

Blogger yang sering tinggalkan komen di blog BA dan ben sendiri ada bercerita serba sedikit pasal dia di salah satu N3 yang lepas..."Logorithm" dari blog "Just about anything"..mat pun baru nak xplore blog dia ni, jadi sama kita menerokainya....klik di sini..... Jommmmmmmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mee maggi perisa ayam, asingkan perisanya
1 biji bawang holland, didadu
1 cawan daging ayam, didadu
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air (kurang lebih)
1 camca besar baking power (mat guna jenama "ROYAL")
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 pokok daun sup, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur mee maggi tadi hingga lembut, tos dan sejukkan, kerat sedikit kemudian masukkan dalam bekas bersama2 semua bahan di atas termasuk perencah sedia ada. Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul rata hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat.
  2. Tambah sedikit garam jika perlu. Sudu atau jemputkan dengan hujung jari anda adunan tadi ke dalam minyak sederhana panas. Biar hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk lebihan adunan.
  3. Hidang bersama sos kegemaran anda..sesuia untuk sarapan atau minum petang....

29 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

wahhhhhhhhhhhh! sedap nyyyyyyyaaaaaa!!

ok..

boleh tidur dah sambil berangan makan cekodok meggi


cewahhh.. pak cik mat promote baby johnsonnnnn!!!

sukaaa diaa! tak sombong!!

fasih macam melayu!!



melelehhh~

THE LEKAT LEKIT STORY said...

aduhai kesian ibu mengandung ini... kang termengidam masakan mat gebu. huhuhuhu..

dyon said...

dapppnyeerr...tetiba jado lapar bila tgk blog che mat gebu nih.^^

ceritera asni said...

PAK CIK MATT!! OH ADE EH CEKODOK MEE MAGGI..KANG BALIK KG SOH MAK BUATLAH..

Mama Hanim II said...

blom penah bt tu.. nmpk sedap je..


Justin Bieber Mati Ditembak

Sash said...

wah.. kalau i duduk sebelah umah you, harus membina badan la. sedappp neh!!!!

zaMir said...

resepi yang menarik...boleh try kat kolej nih...hahaha...

uncle john!!! ada kat gathering ari tu...haha...=P
uncle john mmg best...!!

Citarasa Rinduan said...

sure ben suka

esok pagi2 nak buatlah..
thanks kongsi resepi cik mat

kakchik@ella said...

byk tul idea cik mat eh. murtabak maggi penah la dgr cik mat. yg ni btl2 pestaim dgr nih.

nnt free kc cuba eh. Bro Logo tu mmg bagus cik mat. dia ramah mcm cik mat jgak. rajin dia dtg blog kc bca dan komen ~ mcm cik mat jugak. haha ..

kakchik@ella said...

byk tul idea cik mat eh. murtabak maggi penah la dgr cik mat. yg ni btl2 pestaim dgr nih.

nnt free kc cuba eh. Bro Logo tu mmg bagus cik mat. dia ramah mcm cik mat jgak. rajin dia dtg blog kc bca dan komen ~ mcm cik mat jugak. haha ..

MK~ROSE said...

Hebat.. hebat.. idea sentiasa mencurah2!! tabik spring kat Mat Gebus.. :D

Tetiba rasa lapar lakss...huh

duniabarufirdaus said...

sedapnyer...nyum2 :)

cik cek said...

Assalamualaikum....cekodok maggi...lum penah buat ni....macam2 ada kat DTS ni....rajin betul cik Mat gebu kita.....memang enjoy...Enjoy Cooking....

cek chun said...

tabik spring kat cik mat. derhaka tahap agong nih.
yang bercerancang tu lah yang sedapnya.. iskk. tak leh jadi nih. kena try gak

Sunah Mohammad said...

hahahaha! terima kasih che mat sebab promote sekali blog saya! :DDDDD

che mat, da released~

Selera Sakura :D

GreenAppleKu.com said...

En. Mat, ada resepi sup miso tak? Ni sarapan orang jepun. Saya ada letak nama blog En. Mat dlm entri saya yg di bawah ni. Nanti share resepi yer.. ;)



New Entry "Japanese women dont get old or fat…"

Ismi wardah said...

as-salam..kena berguru ngan cik mat ni. ^_^ suka sgt bca resepi2 cik mat, smua sy dh save kat lappy..huhu~kat sini xde pantri..kalau ada kan best, boleh trus try rspi2 cik mat...hihi~smua nmpk sdap..

CT @ Acik Na said...

salam...
errrkkk... maggi wat cekodok bang mat? biar betul.... camna bang mat leh terpk menu cenggini?? ish ish ish... suspect bang mat ni tau.... errr...respek.... hhehehe...
esok pagi leh ler sy cuba wat cekodok ni... harap2 menjadi..... mekaseh sbb sudi kongsi resepi nih ye.....

iqbalhakimi said...

first time dengar..best2..tp cne nak suh mak masak.jauh ..huhu

HomeKreation said...

Salam Mat,
Best gak idea ni Mat, nanti bila ada mood Along cuba ya.

kd-gardens said...

ya arr CMG...tak terpikirlah plk.....macam best jerr...ada kelainan...nanti senang nak cuba lerr...anak2 mesti syok giler nyerr...tq CMG...bravooo.

Bizz said...

wah! so kreatifff. Nangis Chef Wan nnti huuhhu

wana_wani said...

BOLEH COBA NIE...MENARIK LAH MAT

Bayu Kenangan said...

biasanya buat murtabak maggi... emmmmm nak cuba mesti anak-anak suka

shah-kayrul said...

tak pernah try lagi.selalu murtabak maggi jer...

logorithm said...

Waaaa! TQ Mat Gebu!

Sorry malam tadik tak online sebab nak tengok TV. Tengok punya tengok terus terlelap kat sofa sampai sekarang baru nak bangun tido. Sakit jugak belakang nih. Hehe...

Korang mesti rasa pelik jugak kan... pasal I nyer header tertulis Sunahsukasakura.com. Klik untuk baca citernye... :-p

I nak bersiap ke untuk ke wedding Nazri nih. Bersambung nanti... ;-)

mia.lia said...

waaaa..sngnye..nk drhaka rsipi ni bole?ahahah..larikkk

CheKiah said...

Assalammualaikum Encik Mat.
terpesona i ngan resepi u kali ni sbb ada juga trfikir leh ker buat cekodok..tp tu lah xbuat2 juga..tks sbb melonjakkan smgt chekiah utk menorai :)

Jo3-ChefKU said...

waaa rupa2nya resipi ni dah ada org cipta... baru pagi ni saya update kat fb pasal buat resipi cekodok maggi... begini ceritanya di wall saye:

Pagi2 lagi aku dah buat sarapan sendiri.. ye la.. nenek x sehat, slalu bab2 sarapan dia je buat...malam semalam plak makan laksa je semata2... alih2 nak buat sarapan.. tgk kat dapoq ada maggi sepeket.. haish dah lapar ni.. tggal maggi plak.. mana cukup kan? jadi... nak di jadikan cerita... teringat plak kisah Baginda s.a.w yg mengwasiatkan 10 perkara kepada Fatimah r.a ,2 daripada wasiat tu berkisarkan tepung


1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan derajat wanita itu.

2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.


ini harta mutiara untuk kaum perempuan.. tapi aku ni lelaki.. so terfikir sekilas pasal combination maggi + cekodok ... pergh...
kalau la futurewife aku amalkan buat bende ni.. byk rahmat dan pahala dia dpt.. subahanallah...

Bahan-bahanya:
1.Maggi(cap cintan)
2.Tepung Gandum
3.Cili Giling
4.Bawang kecil 2~3 biji (nak letak 10 ulas pun x pe.. pada yg suka kemanisan bwg)
5.Ikan bilis
6.Telur sebiji
7.Serbuk perasa (Maggi secukup rasa)
8.Garam Secukup Rasa
9.Air sejuk
*perencah maggi jangan masok basket


Cara-Caranya:

1.Maggi direbus (sebelum tu hancurkan sedikit kecil,jgn kecil2 sgt.. nanti gigit2 cekodok tu x rasa magginyer)
2.amik sedikit perencah Maggi tdi sesudu kecil teh.gaul rata pada Maggi yg siap direbus tadi..
3.Tepung agak2 la dalam kurang dari setengah gram kampit tepung tu
4.Masukkan cili giling dalam 3 sudu besar,(nak pedas letak 10 sudu)
5.Telo tu digaul tanpa menggunakan air.. sebati dgn cili dan tepung
6.Bawang kecil tdi di hiris sedang halus, nak mayang pun bole
7.Serbuk perasa dlm setengah sudu teh,garam secukup rasa..
8 Air sejuk tu letak la agak2 teksture tepung tu cair cair kenyal.. jgn likat nanti digorang hasilnya liat..jgn cair sgt.. nanti digorang meresap minyak dan muak
9.Akhir sekali.. Ikan bilis ni jgn dibasuh ye.. buang je taik2 tu...masukkan ikan bilis ni setelah semua bahan2 ni sebati gaulanya...taburkan ikan bilis ni secara rawak dan gaul ala kadar sebati..(tujuanya x nak ikan bilis tu terlalu meresap air.. dan bila siap goreng nanti hasilnya ikan bilis tu ranggup2)

goreng dlm 4~5 min dgn api yg sederhana.. tapi bile dah kuning2 ke-emasan...tiba masa utk diangkat kan? besarkan api tu sebesar2 yg boleh.. tggu agak2 50 saat kot.. pastu angkat..(tujuanya.. mengejutkan tepung yg nyenyak berendam minyak dan tersedar lalu terkeluar sikit minyak2 dlm isi tepung tu) ^_^


P/S: ni apa yg chef aku dulu ajar...
1.AIR SEJUK bagus digaul kepada tepung yg dijadikan makanan gorengan.. ini kerana kurangnya penyerapan minyak ke dalam tepung tu
2.Telur tu aku tambah2 je...sebab bile letak telor.. terasa lemak dlm cekodok disamping tekstur luar yg ranggup dan dlm yg empuk

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.