BEN ASHAARI

Monday, January 10, 2011

SINGGANG IKAN PARI ala TOM YAM.

P1240967
Salam tengah hari semua, hadoi...patutnya ni N3 dalam jam 10 tadi, tapi tiba2 ada hal yang tak dapat dielakkan. Tak pe lah, mana yang sempat lah kan, lagi pun blog masak2 ni keje dia lebih, bayangkan nak tangkap gambar, lepas tu edit, kasi letak watermark lawaa tuu (nak tempah?..klik sini...Jiya pengembala kambeng sudi melayan anda dengan mesra..kan Jiyaa!). Hari ni tekak nak sangat makan yang pedas2, masam2 dan harum2..wahh, apa kes pulak tuu. Hujan2 ni kan semuanya sedap., betul tak. Lepas tu kan mat ada pulak buat teh serai klasik, yang tu kita cerita dalam N3 akan datang nanti, mungkin malam kot, tengok lah macam mana, kalau mat sempat lah yea. Ok mari kita lihat resipi mudah ni, kalau nak ganti dengan ayam pun ok je, tak de masalah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari, kerat sederhana besar, cuci dan toskan
1 biji tomato, belah 6
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
3 keping asam gelugor
1 kiub tom yam "Maggi"
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
15 biji cili padi
3/4 camca teh lada hitam
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sediki minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan air secukupnya. Tambah asam gelugor, kiub ikan bilis (jika guna) dan kiub tom yam, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan biar mendidih hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman..

11 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

sedapp nyeee.. dah la puase hari ni T_T

kakchik@ella said...

yg ni tak penah rasa. boleh la kakchik cuba. nak harap yg en. mat masak entah lah bila. hihi ..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh cam singang tapi rasa tomyam.apasal lah CMG suka pki ikan pari..huwaaa.mlm ni juga LM nak gi cari ikan pari.rindu kat ikan pari tau.

MULAN said...

kalau dekat, bwk semangkuk dah ni..

relevan said...

Perghh Mat sedap singgang ni..suai ut diet ..ala2 tomyam lagi..'' ni mesti akak kat rumah amik resipi ni .

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam mat..
apa saja lauk pauk yg mat tunjuk mesti nampak sedapp...!!

p/s: hepi belated besday buat mat gebu... moga disihatkan badan & dipanjangkan umur agar dpt meneruskan bakti berkongsi resepi bersama2 dengan peminat setia mat gebu dalam blog ini... amin..

akuanakpahang said...

Salm CMG- pergh kalau pekena tengah hari nie mmg terangkat beb :)
Jom Singgah "Macam-macam ada jom singgah..."

Wan Ryna said...

Nampak sedap je kuah tu.lame dah tak makan ikan pari.bleh cuba ni, singgang ala tomyam..sodap2

::wan fadhilah:: said...

lapar tengok ni.. kalau kt sabah ni, ikan pari dorang selalu buat asam pedas.. huhuhu

ada award utk CMG! kat sini
http://whateverwan.blogspot.com/2011/01/lepas-ajl-25-aku-dapat-award.html

Sis-Lin said...

yuhuu..mintak semangkuk boleh...kekeke
Hujan2 ni,mkn lauk singgang sodap jugak..:)

are-za said...

slm..

boleh try nih..new resipi..tq 4 da sharing bro..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.