BEN ASHAARI

Tuesday, January 11, 2011

ASAM PEDAS HALBA IKAN SEMBILANG

P1240986
Salam petang, hmm, malas nak masukkan N3 asam pedas ni, tapi rasa sayang pulak, sebab dah penat masak2 tadi. Ikan sembilang segar ni kena dimasak cepat untuk memelihra rasa manis isi ikan tadi. Selalunya ikan sembilang kalau kita siang, isi perutnya bersih, insya allah, rasa isi ikan memang sedap, sebaliknya kalau isi perutnya terisi dengan anak2 ikan kecil atau teritip, ada kemungkinan rasa isi ikan sedikit berbau. Apa2 pun pada mat, ikan sembilang segar akan memberi rasa pada masakan kita, walaupun dalam cara masakan yang amat mudah. Kali ni mat masak asam pedas ikan sembilang dicampur sedikit halba. Lepas tu letak pulak sawi jeruk sebagai penyedap rasa...Ok, jom kita layamnnnn..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan sembilang
1 paket sawi jeruk (optional)
1 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
1 genggam daun kesom, cuci dan toskan
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 camca teh halba
1 camca teh lada hitam
1 inci belacan
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan sembilag disiang, cuci bersih dan perap dengan garam dan jus limau kasturi, kemudian cuci kembali dan toskan. Sawi jeruk dicuci, kerat dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan sawi jeruk (toskan), kacau rata dan tuang air secukupnya. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan, daun kesom dan tuang jus asam jawa, jika kurang kuah tambah air sedikit lagi. Biar mendidih perlahan. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Jika nak guna serbuk perasa pun ok. Masak sekejap lagi hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...

9 comments:

aida mn said...

Adeehhhh Cik Mat, sembilang-sembilang dan yang seangkatan dengannya memang menikam kalbu dan sanubari ( bukan pinggan antik je tau..ahaks ). Dibuat pulak asam pedas waduuhh..akak hali-hali pun sanggup makan camni..pecal lele..asam pedas...waaaa..sodappp.. ( lapar dah ni )

kakchik@ella said...

En. Mat, asam pedas berhalba tu masakan org Melaka, kan? kalau tak silap kakchik la kot? hihi ..

Nieza said...

wah sedapnya ikan sembilang...tumpang mkn sini lah CMG...hehe

Yours Truly said...

sedapnyaaaa mat!!!

Sis-Lin said...

aku klu bg makan asam pedas hari2 pun takpe mat..memang aku suka...
ikan sembilang klu yg bru mancing tu..perghh terasa kemanisannya..kan? klu masak kari sedap ke sembilang tu mat???

akuanakpahang said...

Salam CMG, pergh! lama tak pekena ikan sembilang mmg best:)
New Entry "Agar Pucuk Paku tidak berbisa."

ain itu mata. =) said...

acik mat gebu...teringin nak mkn ikan sembilang. kalo kat subang ni nak carik kat mane pon tak tau. huhu

AKO @ retna said...

weiii klasss watermark ko ;p

Mat Gebu said...

@ aida - wahhh, akak pun feberet eks, ikan sembilang...boleh geng dengan abah saya..dia kan lauk ni kalau 2 hari pun boleh lalu lagi..huhu..

@ kak chik - ada kemungkinan kak chik, sebab ala2 berempah sikit kan..

@ nieza - alaaa, kesiannya akak, kalau dekat apa salahnyaa..boleh sangat2..

@ yours truly - hehe, ma kasih, ikan segar kalau masak apa pun inysa allah sedap, kan..

@ sis_linn - yeaaa betull...lagi2 isi dalam tureen antik's makcik rosnah..wahh tiba2 nama makcik jadi sebutan..

@ AAP - erkk..kalau lama2 tak merasa, boleh jadi rindu dendam.

@ ain - hmmmm, kalau ada yang jual tu dah tak segar, tatau mati dah berapa lama. Try cari kat Pasar Tani..kot2 lah ada.

@ retna - Ma kasih...cun eks, aku pun suka..yang buat tu pandai lah..