BUN JINTAN HITAM @ HABATUSSAUDA

P1240989
Assalammualaikum semua, salam malam. N3 sebelum masuk tidur malam ni mat nak share satu resipi bun yang telah diolah sedikit degan menambah jintan hitam atau lebih dikenali dengan nama "habatussauda". Mula mat tak delah nak buat sangat bun letak habatussauda ni, tapi memandangkan ada stok di dalam simpanan, makanya mat pun mengambil iniseatif mengolah salah satu resipi roti bun dengan mencampurkannya. Rasa dia sedap dan agak sedikit berempah. Dari segi perubatan pula, habastussauda banyak kelebihannya..yang tu nanti mat cerita..

P1240991
Adunan asas roti ni mat guna yang biasa mat buat. Menghasilkan 10 biji roti yang lembut. Mat bakar agak peerang sedikit, bukan apa, mat saja buat sebab hendak menikmati keraknya yang rangup dan harum. Kalau lah kata anda agak sukar nak dapat jintan hitam ini, mat syorkan guna bijan hitam sebagai ganti, boleh lah ada juga nampak bintik2 hitam dalam roti tu nanti. Jintan hitam ni rasa dia tak kuat, lite2 saja. Sebelum kita lihat resipi jom kita tengok dulu apa khasiat jintan hitam atau habatussauda ini untuk tubuh badan kita....

Kalau anda kurang pasti lah macam mana rupa jintan hitam atau habatussauda, tuu ada mat letak di telapak tangan ku. Selalunya kita dengar minyak habatussauda yang diisi dalam bekas jel lembut untuk kita makan. Di sini mat senaraikan antara kebaikkan jintan hitam @ habatusauda ialah....
  • Meningkatkan daya tahan tubuh badan.
  • Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi.
  • Meneutralkan racun dalam tubuh badan.
  • Mengatasi gangguan tidur dan stress.
  • Memperbaiki saluran pencernaan dan antibakteria
  • Melancarkan susu ibu.
  • Anti tumor.
  • Menambah nutrisi dalam badan manusia
Begitulah sedikit sebanyak khasiat habatussauda tadi..Ok jom semak resipi senang ni yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
20 gram susu tepung
125 ml air
3o gram telur (pecahan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
60 gram gula halus
7 gram instant yeast
1 camca teh jintan hitam @ habatussauda
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softener
1/4 camca teh garam
40 gram mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli sehingga mendapat doh yang lembut dan kenyal. Jika melekat, tabur sedikit tepung roti. Bulat2kan doh, letak dalam bekas besar dan tutup dengan plastik bersih, perap 1 jam. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam Bread Maker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap.
  2. UNTUK ROTI :- Kelurakan doh tadi, tabur sedikit tepung atas meja kerja. Letak doh dan tumbuk untuk membuang udara. Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian yang sama saiz. Amabil 1 bahagian dan bulat2kan. Sususn dalam bekas yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Perap roti tadi selama 45 minit atau hingga naik sekali ganda dan memenuhi bekas. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) dan tabur jintan hitam atas roti tadi. Bakar selama 20 - 25 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C..

Post a Comment

10 Comments

  1. wah..sedap nya roti tuh abg MG.. kalau dapat tuh cicah ngn milo mesti sedap..aish...

    ReplyDelete
  2. Salam Mat. First time dengar habatussauda... kita ni pantang dengar benda yg tak pernah dengar...tingin lak nak cari. Mat beli kat mana - kedai melayu ke kedai mamak...hehe? Selain buat roti, apa lagi cara kegunaan?

    ReplyDelete
  3. Waaaaaaaaaaaaaaa..montoksnya telapak tangan mu itewwww...hehehe...owh itu dia biji habatussauda eh...mcm poppy seed ke halusnya tu Mat? Weeee..kepelikan terus akak...

    ReplyDelete
  4. Salam CMG, wah best roti ni...ditambah pula dgn khasiat habatussauda tu..memang bagus ubat segala penyakit.

    ReplyDelete
  5. menu yg sihat gitu..memang baik untuk kesihatan habbatus sauda' tu..ubat segala penyakit

    ReplyDelete
  6. @ norfa - betulll..saya kan cicah dengan kuah asam pedas halba tu..

    @HK - salam along roz..habatussauda tu abg saya beli di kedai arab di KL, rasanya kan di kedai mamak ada jual. Benda tu elok dari segi kesihatan..

    @ kak ummi - montoks eks, tgk lah tapak tangan tu gebu mcm mana..wah..motif?..Biji habatussauda tu kak lebih kurang saiz macam 1/2 dari biji jintan halus. rasa dia pun tak kuat, lite2 saja..

    @ nieza - salam kak nieza, konon2nya saya ni menderhaka sebab kenangkan khasiat biji tu lahh. tapi cun juga dan rasa dia sedap..

    salam KH - Betul tu, tgh plan lagi ni nak buat apa lah dgn baki biji tu, rasanya nak try buat biskut plak.

    ReplyDelete
  7. habatussauda ada je jual dkat kdai2 kurma or kismis...sbb asal dari tnah arab...hehe..mmg baek utk ksihatan..dpat mnyembuhkn sgala pnyakit kcuali mati...wallahu'alam...cubalah..skadar prkongsian brsame..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Encik MG, saya share resepi ni boleh ye. Sangat2 bagus n praktikal resepi ni.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Encik MG, saya share resepi ni boleh ye. Sangat2 bagus n praktikal resepi ni.

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.