BEN ASHAARI

Sunday, December 19, 2010

PAJERI NENAS vs URAP KACANG BOTOL.

P1240561
Assalammualaikum semua, salam pagi Ahad, kira pagi lah sebab cuaca mendung. Sedenak hujan pagi tadi, tapi biasalah mat gebu kan bangun awal, hujan ke, ribut ke, tak boleh dah nak tidur balik. Hmmm, semalam mat tidur awal, sebab lepas chat dengan kak ummi kuantan, tiba2 line seram mix down, tak boleh nak xcess dah, nasib baik dah siap N3 jam 11 malam tu, kalau tak, pagi ni lah baru masukkan. Kawasan kampung mat ni boleh dikatakan bagus, sebab tak de masalah sangat dengan seram mix. Kalau dulu yea zaman wayar copper, asyik kena curi jee, sejak depa tukar dengan fiber optic ni, tak de dah masalah, kecuali kejadian bencana alam semulajadi. Ok, ni hari mat share resipi senang2 je, ulang tayang pun yea juga. Tapi kan masak senang dan simple hasilnya lagi sedap dari lauk2 yang rumit kerjanya...

P1240566
Atas tu semua tau kan mesti lah Pajeri nenas @ nanas, yang tu patut ada letak santan, tapi mat ganti dengan susu sejat. Bukan apa, malas lah nak parut kelapa, lagi pun guna santan ciput je, dalam 1/3 cawan, tapi guna susu mat cuma letak 1/4 cawan siaa. Kerabu kacang botol tu pulak, hasil dari farmville, abang mat yang sulung tanam, tadi pi cari2 dapatlah dalam 20 biji. Hmm bila dah ada tu, projek pun berjalan lahh, jangan tatau, mat gebu memang macam tu, bila ada bahan2, mana yang boleh on, aku kasi on...lepas tu baru fikir sapa nak makan..erkk boleh ke macam tu, amalam mulia tak?. Tapi tu lah, tadi kelapa tu konon2 mat sangai sikit kasi kering, lepas tu tak sabar, masih suam aku gaul dengan kacang botol, dah leer kacang tu nampak "layu"..huhu..tak cun dahh...hmm tapi rasa, sedap lahhh (tu tekak mat gebu yang kata)....

PAJERI NENAS....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas madu, saiz sederhana
3/4 camca teh serbuk kunyit
1 1/2 camca besar rempah kari
1 camca besar kerisik
2 camca besar jus asam jawa
2 biji cili hijau, belah jangan putus setiap biji
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/3 cawan santan (mat guna 1/4 cawan susu sejat)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan nipis halia
1/4 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nenas dikupas, belah 4 dan buang empulurnya. Hiris sederhana tebal, masukkan dalam periuk bersama serbuk kunyit dan air, celur nenas tadi selama 2 minit, toskan. Rempah kari dibancuh bersama sedikit air, kacau rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang, tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan juga serbuk kari tadi, kacau rata dan tumis hingga terbit minyak. Tuang santan (atau susus), tambah gula (selalunya pajeri manis sikit), dan juga jus asam jawa. Kacau rata.
  3. Masukkan kerisik dan juga nenas tadi, gaul hingga rata. Tambah garam secukup rasa dan masak dengan api kecil hingga kuah pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan

URAP KACANG BOTOL.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 tangkai kacang botol, cuci, dan hiris sederhana halus
1 genggam ikan bilis, goreng garing
3 biji cili padi, hiris halus (optional)
1/3 cawan kelapa parut putih
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji cili merah
5 biji cili padi
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/3 inci kunyit hidup
2 inci isi cekur
1/2 inci belacan
1 camca besar udang kering, cuci dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan kelapa, bahan tumbuk halus, garam dan gula secukup rasa. Gaul hingga rata dan sebati. Masukkan dalam kuali dan goreng bancuhan kelapa tadi, sekejap dalam 1 - 2 minit saja. Sejukkan.
  2. Kemudian gaul bersama kacang botol tadi, rata2. Rasa dan jika ok boleh hidangkan dengan menabur ikan bilis goreng dan juga hirisan cili padi...makan dengan nasi hangat...penggsann!!...

10 comments:

eqbalzack said...

Ahad yang indah ni eqbal kena ngajar tuisyen...kul 3.30 ptg kang baru abes...hehe

izahdaut said...

cik mattt..urap kcg botol tu mmg saya sukeeee..feberett.. cikmat tak ke kenduri kendara org kawin ke ujung2 minggu ni?

Neny said...

mat, tumpang tanya...urap ngan kerabu sama tak?

Neny said...

mat, tumpang tanya...urap ngan kerabu sama tak?

a.samad jaafar said...

lain benar rupa pajeri nenas yg ni.. belum pernah cuba makan.. agaknya, rasa yg ni sama ke dgn pajeri nenas yg selalu saya makan.. yg dipotong semi bulatan tu..

Kak Rose said...

mat, sedapnya pajeri tu... td g kenduri ada lauk ni. suka sangat!

Norhafiza said...

wallah...ujan2 cenggini pekena lak ngan nasi panas2..pajeri tu je dh cukup No balun huhuhu...'sambil mengelamun menikmati pajeri tu'...

Mat Gebu said...

@ eq - salam tuan, huhu tak pe, khidmat anda memang2 diperlukan, anda harapan mereka...

@ izahdaut - tu lah, sedapkan urap tu. Ada juga tapi 1 tempat je, depa jemput mak abah saya jee..

@ neny - yang mat tau lah, kerabu ni tak guna kelapa (tapi ada juga yang letak kelapa goreng sikit), kalau urap, bahan utama dia kelapa yang digaul bersama bahan lain, kemudian digaul pula bersama sayur2ran..

@ a.samad - hmmmm yang tu saya tak pasti lah, tapi resipi setiap orang agak berbeza kan, apa2 pun perlu lah mencuba untuk tau kelainannya.

@ kak rose - haa, memang kena kalau dengan nasi minyak atau beriani..

@ norhafiza - haha, betul2, makan ni dgn nasi panas pun dah ok, tambah ikan goreng sikit..

Ummi said...

Waaaaaaaaaaa...piiinggsaaannn!! Hujan2 nih tengok pajeri nenas mmg leh meleleh air liur...makan dengan nasi panas2...adeeiii, terangkat montot! hehe

Mat Gebu said...

@ kak ummi - hehehe, sabau je akak nih, alah akak pengsan abg rimau ada..hehe..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.