BEN ASHAARI

Wednesday, December 22, 2010

MAKARONI BAKAR BERTUNA & CENDAWAN

P1240622
Assalammualaikum, selamat pagi Rabu..wahh dah Rabu saja...oh yea sebelum tu mat nak ucapkan selamat maju jaya pada Ben Ashaari...moga hari ini anda lebih berkeyakinan dan sebagai titik tolak untuk melangkah lebih jauh dalam dunia berblog..sebab apa mat kata gitu.. ..hmm, mat tak boleh lah nak cerita, nanti tak seperiseeee..hahaha, anda tunggu dan lihat saja nanti yeaa. Dah sarapan ke semua. Exceli kan mat buat makaroni bakar tuna dan cendawan ni malam tadi. Sebab ada lebih kurang 250 gram lebihan makaroni yang mat masak tu hari, di sini. Jadi aku tengok macam menyemak jee dok dalam panty, berikat2 getah bagai. Hmm, terus ni buat (lagi pun terbaca komen "eelobor" kat N3 tu, dapat gak idea..hehe). Lepas siap, mat ambik yang mana nak makan, lebih telah dihijrahkan ke rumah anak2 buah ku.

P1240627
Resipi ni mudah dan senang disediakan, mat nak habiskan stok dalam peti sejuk pun yea, ada 1/2 ketul keju mozarella, jadi mat hiris nipis dan susun atas dia, kalau nak parut dan tabur pun ok, tak de masalah. Sedap dihidangkan panas, tapi kalau dah sejuk pun ok, boleh juga nak panaskan dalam microwave, tak de hal punya. Hidangkan dengan sos pilihan anda, nak lagi balance buat sikit "salad" dan boleh santap sama2 salad...hmmm sedap. Pasal pemilihan pasta, pada mat makaroni paling sesuai, sebab iakan berlubang ala2 getah paip, jadi ianya cepat lembut, dan perisa2 boleh serap masuk celah lubang2 tu...bila makan, hmm terasa lembap dan berperisa, resipi ni mat buat sendiri, aku hetam jee koo, tak de sukatan yang agak jitu, tapi mat tulis ikut apa yang mat buat...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram makaroni yang belum direbus
125 gram keju mozarella, hiris nipis (nak parut pun boleh)..atau guna keju pilihan anda
1 tin cendawan butang, ditoskan (mat guna cap "ayam")
1 tin tuna, tos kan
1 biji tomato merah, cincang halus
1 biji bawang holland, dadu (belasah guna bawang biasa pun boleh)
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 helai bay leaf
1 camca besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

BAHAN KASTARD :-)
5 biji telur
50 ml susu sejat
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus makaroni tadi dalam air yang dimasukkan sedikit garam, hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun, sejukkan. Cendawan butang tadi dibahagi dua, satu bahagian hiris kasar dan satu bahagian lagi hiris nipis. Panaskan oven pada suhu 175C. Sediakan belas berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci, lenser dengan sedikit mentega dan alas dengan aluminium foil, lenser juga aluminium tadi. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan bay leaf hingga harum, masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau rata dan tuang sedikit air. Tambah lada hitam dan juga cendawan. Masak sekejap, masukkan tuna, pecah2 kan isi ikan tuna tadi dan gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh angkat. Kelurakan bay leaf tadi dan ketepikan.
  3. UNTUK MAKARONI BAKAR :- Bancuh semua bahan kastard dan pukul dengan whisk hingga sebati. Masukkan makaroni yang telah sejuk tadi dan gaul rata. Tuang 1/2 bahagian ke dalam tin yang telah disediakan tadi. Tuang pula no. 2 atasnya dan ratakan. Lapis dengan makaroni yang selebihnya. Susun cendawan yang dihiris nipis atas makaroni tadi. Kemudian susun pula keju mozarella (atau keju pilihan anda). Tekan2 sedikit dan bakar 30 - 35 minit. Bila masak boleh dihidangkan.Pada mat hidangkan masa panas lagi sedap ....Selamat mencuba!!..
CATATAN MAT GEBU :- Satu nak pesan, resipi ni perlu penggunaan garam yang agak sedikit, apa2 pun ikut citarasa masing, yang penting anda rasa dulu, jangan main lambak saja. Lagi satu penggunaan keju lain selain mozarella juga akan memberi kesan pada rasa masin..itu saja..salam sayang dari DTS - Mat Gebu...

22 comments:

KayNisa said...

one of makanan yg paling mudah nak disediakan dan menjadi kgemaran ramai...

Sepatu Hijau said...

salam

abg mat syira nak sikit :)

salam pagi rabu yang indah :)

Heidi Shafiq said...

stiap kali dtg blog ni mesti rs lapar.. menu ni sgt mantap.. :)

rina said...

Salam kenal.. i adore u sgt.. jgn salah faham ye.. maksud saya hasil kerja tangan u memasak.. :P Tiap pagi masuk ofis mesti i clik ur link dulu pastu leleh air liur.. hehe

zaMir said...

sedap2...bahn2 dia pun x susah nak cari...nak try la nnt...hehe..

Masrini Karim said...

WAH..SEDAPNYE...cik mat..teruja sungguh dengan gambar tu..hihi..aik?hijrahkan pd anak buah..singgah sat bandar tenggara..hijrahkan pada saya juge..hehe...

yusparisa said...

salam cik mat,

sedap nampak resipi ni, nk tryla, tp kalau buat dgn makaroni yg kecik skit tu mesti kemas lg kan?

biasa gak wat makaroni bakar, tp xletak keju, cendawan&tuna...mesti try ni..aa, keju mozarella agak tawar kan.

TQ for sharing the recipe..semoga lepas2 ni, dikurniakan ilham utk resipi2 yg lg sedap..

Norhafiza said...

ye la..bahan pun mudah je kan..mmm beli 1pek leh wat dua menu..mesti anak2 suka ni..terasa cam nak try lak..karang Abang balik nak p cari bahan..yahuuuuu..

Fatimah Mohd. Asri said...

Salam en. mat

Nak bagi tau....selain masakan, saya juga sangat sangatlah menghayati set-set teapot yang dipaparkan.... cantik cantik belaka, bikin jeles :)

Mohon nakk copy resipi dan gambarnya sekali untuk anak yg berada di cairo. Bolehkan.

hana said...

matttt... miss u toooo! opssss skandal skandal! mampohhh! hahahahaaa

Sari Yusa Ibrahim said...

yang ni buatku betol2 tergoda... i like macaroni, cik mat. Len kali hijrahkan juga ke rumahku, bukan jauh pun, stakat kat kagkar pulai jer..

Aku Ibu Muda said...

salam cik mat..nk tanya ni, AIM memang biasa buat makaroni bakar kalo kt umah mak. ni kat umah sendiri xde oven plak huhu...

agak2 kalau kukus menjadi tak? (tuka nama jd makaroni kukus..hihiii)

Entry terkini:
Kemalangan? Apa nak buat ni???
Kehidupan seorang callman siri I

p/s: lama jiran sepagar tak update entry? ke mana menghilang tu...?

MamaYatie said...

ya allah..sedapnya...dah ler perut lapar..

aiDieNa said...

Wah.. nampak sedap lar Abg Mat.. harus terai nie.. selalu buat makaroni tak pernah pon taruk ikan tuna..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnyer CMG..klu pki cheddar leh ke?ada tu je kat umah ni..huhu

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nampak sedap sungguh! bahan2 yg tersenarai semua ada kat rumah kecuali keju tu aje.. tp keju slice byk..! antara rajin dgn tidak aje ni.... tiupkan sikit kerajinan tu kak akak ni mat! hehe...

akuanakpahang said...

Salam En Mat..meh antar rumah kita sepinggan :) hehehe best betul gayanya. Jom Singgah : "Tak kenal..tak cinta - akuanakpahang"

eelobor said...

hehehe, masa baca tajuk ni dah terlintas dalam hati sebab pernah komen mengenai makaroni bakar. hehehehe, tapi yang mat buat lagi nampak menarik & best

momochan said...

alaaa semalam baru try buat..tapi tak menjadi T__T

bukan bakar try wat carbonara.and rasanya sangat pelik huhuhu

Peri PiA said...

pengsan lagi hihi

Mimy said...

slm..
CMG sedapnyer walah... lapola pulak..
ni nk bg suggestion pe kata gune lagsanea... taruk cheese lebih ++ cendawan... CMG lalupun tak nampak.. he!!!!

Aziela said...

As salam Cik Mat. Maaflah kita mengganggu. Kita nak minta halal resepi yer..walaupun kita dah godak jadik amatur produk. Tapi kita belajar tetap dari Cik Mat nie. Kita share dalam blog kita. Terima kasih.

http://therainbowjourney.blogspot.com/2011/06/homemade-baked-pasta.html

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.