BEN ASHAARI

Wednesday, December 15, 2010

ENGLISH COTTAGE BREAD

P1240486
Salam senja semua, wahh dah senja baru masuk N3, maklumlah baru sempat tulis. Sedenak hujan sekarang ni, hujan rahmat. Hmm, mat susah hati lah, sekarang ni kan kawasan kampung kami sibuk dengan kes pecah rumah. Nak tinggal rumah memang tak boleh dah, tu pun nasib juga rumah kami dilengkapi sistem alarm, at least rasa terjamin sikit. Petang tadi mat saja, buat roti dari buku roti Alex Goh. Tapi mat buat 1/2 dari resipi asal. Rasanya sedap dan sesuai untuk minum petang dan sarapan. Makan dengan jem atau seri kaya pun sedap, cicah kopi O atau teh susu pun enak juga. Mat memang sejak dari hari perginya arwah abang, hati ni rasa berat dan mood untuk berblog atau masak hilang separuh dari jiwa...masak pun tak mood, ada je yang terlupa nak masukkan, walhal dan semak resipi 3-4 kali..huhu...

P1240491
Resipi "english cottage bread" pada mat ianya agak ringan, ringan disini maksudnya tak guna banyak bahan sangat. Kalau dimakan begitu sahaja pun sedap dengan rangup kerak2nya. Perasan tak roti tu potongan dia tak senonoh sikit, hmm tu lah sebab nak cepat, roti tu masih suam sebenarnya. Pada mat, kalau potong roti guna pisau bergerigi akan menghasilkan potongan yang cantik dan kemas. Tapi tu cuma mat yang kata, kalau tak de, belasah guna pisau siang sayur pun boleh..tak de masalah..Ok jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
30 gram gula halus
5 gram garam halus
10 gram susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1 3/4 camca teh instant yeast
30 gram telur (kacau 1 biji telur, dan timbang)
130 ml air sejuk (dari peti ais)
30 gram mentega
Sedikit mentega, untuk disapu*
Sedikit gula untuk ditabur*

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan diatas kecuali yang bertanda (*) dan mentega. Gaul hingga semua sebati dan menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan bungkus bekas tadi dengan plastik, perap 1 jam atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam Breadmaker, kecuali bahan bertanda (*). Pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap.
  2. Gris acuan berukuran 8 inci x 5 inci x 5 inci dengan mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Kemudian gulung doh tadi seperti swiss roll, kemaskan dan masukkan ke dalam acuan tadi. Biar kan selama 45 minit hingga naik.
  3. Dengan menggunakan pisau tajam, toreh memanjang permukaan roti tadi. Sapu sedikit mentega dan tabur dengan gula. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 30 minit atau kuning keemasan bergantung pada oven masing2.
  4. Bila roti masak, keluar dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya...

14 comments:

Rozuan Ismail said...

makanan org putih ke ni?x pernah try lg tp mcm best je..mat,nk tnya sikit,,bread improver tu apa benda? x fahamlah.. serbuk penaik ke?

Ayuni said...

hm, klau garlic bread plak camne ek? dh lamer cr resepi tu....kt internet yg western punye bnyk guna alcohol...

CT said...

Hujan2 makan camni mmg sesuwei...cicah kopi panas...marbeles!

Anawahid said...

haiyahhhhh loti lagiii... makin sihat la jwpnya den ni mat oiii... mat nk tnya gulam tuk ditabur tu mendanya... jakun ni, 1st time dgr... huhuhu

Mat Gebu said...

@ rozuan - BI tu kalau ikut resipi asal tak letak..boleh abaikan..

@ ayuni - maksud ayuni, garlic bread yg makan dengan sup cendawan tu yea. Kalau yg tu, ayuni beli roti perancis, hiris serong lepas tu sapu mentega yang dicampur bawang putih tumbuk, kalau nak campur parsley sikit dalam mentega tu pun boleh juga. Lepas tu panggang dalam kuali tak melekat sampai perang...

@ CT - setuju sangat dengan cadangan puan tu..

@ anawahid - hahahaha, dah edit balik, aku mcm nak terkucil gelak bila baca balik "gulam"..dah mcm nama benggali..

Citarasa Rinduan said...

salam cik mat..

hujan petang hari nie, lain macam sikitlah cik mat...saya asyik lapor jer...

nasib lah kita agak jauh..kalau dekat..ayu dah bawa piring kosong...hehehehe


psst, kalau ayukan,..cecah dengan milo panas..

Kalamhati said...

saya memula sekali nmpak enlene concerntrate coklat tu!hihi suka sgt..

perggh!cicah dgn kopi kaw ni memang tak hengat donia ni..hehe

MahaMahu said...

Salam singgah tghari kat sini nak jemput semua blogger untuk menjawab servay in my blog thanks..

Eyriqazz said...

nyam2..mat gebu buat saya terasa lapar di malam hari...huk3..

Melur Jelita said...

Salam en Mat,
Takziah dan al fatihah untuk arwah abang. maaf baru tahu sebab dah lama tak ber on line...brok selalu kong..

nana cHan said...

nak mintak tolong.boleh tak nanti tunjukkan resipi macam mana nak buat royal icing utk cupcakes. hehehe.

Peri PiA said...

salam CMG

Weh,rase mcm kat london la :)

Mat Gebu said...

@ citarasa rinduan - Hahah, boleh sangat ayu, ni ha kami makan buat sarapan dengan kopi O..

@ KH - erkk, mcm kuiz cari barang tersembunyi pulak..tapi tak tersembunyi kan.

@ mahumahu - ok, insya allahh...terima kasih sudi komen.

@ eyriqazz - Erkk. saya terlebih goda ke..haha, ni ada skndal pulak kang...

@ melur jelita - terima kasih, hmm masalah juga kan brok tu, saya guna seram mix, setakat ni ok lahhh..

@ nana - hmm royal ising ke atau buttercream?..

@ peri-peri - hahaha, Kampung London di Sedenak...boleh gitu?..

Cikgu Geo said...

kalu xde breadmaker, mcm mana?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.