BEN ASHAARI

Monday, December 27, 2010

BINGKA ROTI JAGUNG dan TAHNIAH CIKGU ISZA!!..

P1240731
Salam semua, buat apa tu..waaa ada yang siap bentang toto laaa, dah nak golek2 manja jee ke..haha, tak pe lah masa untuk berehat sambil berjalan2 di alam maya. Sambil2 tu boleh juga dapat idea untuk esok. Bagi blogger2 pulak malam laah antara masa mereka mencari ilham menulis, dan mereka cipta resipi, kalau bahasa tak sedapnya digelar menderhaka resipi, macam mat gebu...kenal tak mat gebu tu siapa?...wahh, ada yang angguk, ada yang geleng pala...hehe, tak pe..mat gebu ialah seorang manusia yang biasa2 saja, tapi ada kala akan bertindak luar biasa juga...hehe, ngeri ke, releks laa, gurau jeee..kita ni easy going person laa, cuma satu mat tak suka, bila blog kita di kontroversi kan...

P1240736
Ok berbalik pada resipi kali ni, mat buat bingka roti berjagung. Asalnya tak de niat nak buat, tapi dalam peti sejuk mat gebu ada roti yang dah macam tak nak jee, mat belek dan tengok tarikh luput dia lagi 2 hari. Ok, sah2 kalau aku tak oter jadikan benda lain, terbuang punya lahh. Jadi kita magic kan dia jadi bingka roti jagung. Resipi ni mat pernah buat sekali duluuuu. kalau tak silap... Rasa dia sedap, lemak dan kaya dengan kolestrol..seramm kann, tapi mat kurangkan sikit penggunaan mentega tu.. Oh yeaa sebelum mat tulis resipi dia, dikesempatan ini mat nak mengucap kan......

(Gambar Ihsan Encik Google)

Tahniah pada kawan blogger iaitu
"Cikgu Isza" dari blog "Semekar Kasih" kerana selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang gebu dan cute...macammm mat gebu..ahak, hambik kooo...perasan jee kan, dasar tak sedar diri si mat tuuu. Terima kasih mat juga pada "Ayu" dari Citarasa Rinduan atas info pasal cikgu Isza tu yeaa....Ok jom kita semak resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor
100 g mentega, dicair dan sejukkan (mat guna 70 gram)
1/2 camca teh garam
300 g roti putih, didadu kecil2
200 g tepung gandum
1 liter santan
1 camca teh esen vanilla
200 g jangung krim dalam tin

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan telur, esen vanilla dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega cair dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan dan kacau hingga semua sebati.
  2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan aluminium foil, sapu juga aluminum tadi dengan mentega.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....
CATATAN MAT GEBU :- Resipi ini akan menghasilkan kueh bingka roti jagung berukuran 9 inci x 9 inci x 2+ inci. Kalau nak buat kecik, bahagi dua resipi diatas (untuk telur tu kalau buat 1/2 adunan, mat syorkan 1 biji telur + 1 kuning)

23 comments:

Salam sejahtera....... said...

wahh!!! saya berkenan dengan teko tu. Cantik la warnanya..

miszlullaby said...

sedapnye...nyam2..=)

Mat Gebu said...

@ salam sejahtera - hahaha, saya pun kenan, punya lah susah nak kolek, makan berbulan nak cukup, tu pun ada yang tak lengkap lagi.

@ misz - Hmmm, sedap dan mengerikankan..kolestrol..erkkk..

Nieza said...

terbang mlm singgah dapur CMG nengok bingka ni terasa lapar la pula...hehe btw memang suka kuih2 bingka..tapi yg ni lum pernah mkn lagi.

shahjiehan said...

oh..ini ke mat gebu~ hehee... nice blog bro..nnt boleh gnti sef wan.

nur said...

owh CMG..
Bingka tu nampak gebu je..

tahniah juga buat cikgu isza
ALL IN ONE

Mas said...

wooww...cantiknya garing bingka roti tu...nmpk lembut jer...compom sedappp ni...mas dah lma tak wat bingka...terliur ni...
che mat bakar guna api atas bawah kan....

suri solehah said...

salam..terliur tengok bingka tu,,kalau dah teringin kolestrol belakang kira dah en.mat :-)

akuanakpahang said...

Salam En Mat, kita ingat labu aje boleh buat binka roti pun boleh ya :)
Jom Jalan-jalan ke Pahang "Jom berkenalan dgn orang Pahang!"

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnya mat... akak pun penah wt sekali dulu bingka roti berjagung.. resepi yg kak rinnchan kongsikan dari majalah.. mmg sedap.. akak pulak baru buat puding roti.. sama gak nak ngabiskan roti yg dah hampir expired.. hehehe..

Mama Zara said...

adehh...mama pon berkenan kat teko tu jugak...bukan makanannya...hihi..menawan hati sungguh la set itu...


Entry Terkini:
Ragam Keluarga Inchik Moza - Perfume apakah yang paling best?
Dunia Aku Ibu Muda - Ke'prihatin'an rakyat Malaysia di jalanraya & Cantik sangat ke bonggol unta itu?

Norhafiza said...

oh bingka rotiku sedapnyeeeee...klo bahase bando dorang sebut puding kan abgMat, sebab bahan2 lebih kurang je tu kan..

izahdaut said...

cik mat..lewat entry baru tuk hari selasa ni? saya mintak izin copy resepi talam suji.memang pingsannn makan kuih itu..huhu

water lily said...

wow! sedapnya ... Wow! cantiknya piring dan teko tu. Tu yang tak jemu2 singgah ke tiffinbiru ni. Saya tolong promote blog CMG yang dah sedia glamour ni dalam blog saya: http://my-recipies-collection.blogspot.com/ ... wassalam

NaniRostam said...

Salam Mat apa khabar? Nampak memang cun...ni kena cuba buat.thanks for sharing.

Anak Ulu Cheka said...

salam best2 boleh cuba pas nihh

Citarasa Rinduan said...

salam tengahari..

tu dia...
hasil dari jari yang pakar..
tak sangka roti yang tersimpan lama menjadi tersangat menarik perhatian ayu..

cik mat..ayu nak try...tq yer kongsi resepi

PS: jua salam tahniah utk cikgu isza....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam mat...
1st of all.. nak ucap terima kasih byk2 utk mat sebab dah masukkan akak dlm blog list mat tu ye.. rasa mcm nak menitik air mata ni tauu.. hehehe... terharu sangat.. tak sangka lak luahan hati akak (yg ala2 bergurau tu) mat tak pandang sepi... tq byk2 mat sudi add akak kat blogger masak2 tu ye... !

hana said...

salam mat..
tetiba aku TERlapoo.. nak buat gak ah! roti esok expired! hahahahaa

Mat Gebu said...

@ nieza - pada saya kan, binga ni masa bahagian atas dia ranngup tu, hmm sedap kan main..hehe..

@ shahjiehan - terima kasih tuan, erkk, tak de lah sampai mcm tu, cuma suka2 nak share sedikit ilmu yg ada.

@ nur - haha, ngikut sapa yg buat.

@ mas - memang garing atas dia, saya guna api atas dan bawah, tapi letak kat rak no 2 dari bawah.

@ suri - hehehe, tu lah, tapi saya ngeri nak makan, hmm rembat juga lahhh 1-2-3 macam tu.

@ AAP - yea tuan, roti pun boleh..

@ madiha - yang ni pun mmg resipi kak rin...

@ mama - haha tak pe, set rose hijau tu susah nak dapat, specially teko dia...

@ izah - erkk sila2, dah buat eks, nak skodeng nanti..

@ water lily - terima kasih, saya skodeng sat blog anda..tungguu...

@ nani rositam - salam kak nani, saya ok-ok saja...terima kasih sudi singgah..

@ AUC - mesti cuba punya yea..sedap tu..

@ CR - ha ni lah yg saya cita tu hari ayu....

@ madiha - sama2 kak, minta maaf sebab saya terlepas pandang dulu..huhu..

@ hana - erkk koo ada gak eks roti nak xpired..

Kak Eiza said...

sedapnya.. nak buat le esokkk.. tak sabau nak rasa ni!

Hati Riang said...

sedapnya. saya dah buat tadi. keraknya rangup. saya gantikan santan dengan susu.

Hati Riang said...

sedapnya. saya dah buat tadi. keraknya rangup. saya gantikan santan dengan susu.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.