P1240731
Salam semua, buat apa tu..waaa ada yang siap bentang toto laaa, dah nak golek2 manja jee ke..haha, tak pe lah masa untuk berehat sambil berjalan2 di alam maya. Sambil2 tu boleh juga dapat idea untuk esok. Bagi blogger2 pulak malam laah antara masa mereka mencari ilham menulis, dan mereka cipta resipi, kalau bahasa tak sedapnya digelar menderhaka resipi, macam mat gebu...kenal tak mat gebu tu siapa?...wahh, ada yang angguk, ada yang geleng pala...hehe, tak pe..mat gebu ialah seorang manusia yang biasa2 saja, tapi ada kala akan bertindak luar biasa juga...hehe, ngeri ke, releks laa, gurau jeee..kita ni easy going person laa, cuma satu mat tak suka, bila blog kita di kontroversi kan...

P1240736
Ok berbalik pada resipi kali ni, mat buat bingka roti berjagung. Asalnya tak de niat nak buat, tapi dalam peti sejuk mat gebu ada roti yang dah macam tak nak jee, mat belek dan tengok tarikh luput dia lagi 2 hari. Ok, sah2 kalau aku tak oter jadikan benda lain, terbuang punya lahh. Jadi kita magic kan dia jadi bingka roti jagung. Resipi ni mat pernah buat sekali duluuuu. kalau tak silap... Rasa dia sedap, lemak dan kaya dengan kolestrol..seramm kann, tapi mat kurangkan sikit penggunaan mentega tu.. Oh yeaa sebelum mat tulis resipi dia, dikesempatan ini mat nak mengucap kan......

(Gambar Ihsan Encik Google)

Tahniah pada kawan blogger iaitu
"Cikgu Isza" dari blog "Semekar Kasih" kerana selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang gebu dan cute...macammm mat gebu..ahak, hambik kooo...perasan jee kan, dasar tak sedar diri si mat tuuu. Terima kasih mat juga pada "Ayu" dari Citarasa Rinduan atas info pasal cikgu Isza tu yeaa....Ok jom kita semak resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor
100 g mentega, dicair dan sejukkan (mat guna 70 gram)
1/2 camca teh garam
300 g roti putih, didadu kecil2
200 g tepung gandum
1 liter santan
1 camca teh esen vanilla
200 g jangung krim dalam tin

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan telur, esen vanilla dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega cair dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan dan kacau hingga semua sebati.
  2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan aluminium foil, sapu juga aluminum tadi dengan mentega.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....
CATATAN MAT GEBU :- Resipi ini akan menghasilkan kueh bingka roti jagung berukuran 9 inci x 9 inci x 2+ inci. Kalau nak buat kecik, bahagi dua resipi diatas (untuk telur tu kalau buat 1/2 adunan, mat syorkan 1 biji telur + 1 kuning)