BEN ASHAARI

Sunday, November 21, 2010

LEMPENG PISANG OAT

P1240038
Assalammualaikum, salam Ahad. Tak kemana2 ke hujung minggu ni. Mat macam biasalah ada kerja2 rumah yang harus dibereskan. Orang mesti heran kan si mat tu tak boring ke buat2 keje rumah...Hahaha, serius cakap, bosan tu memang ada, tapi tanggungjawab beb, nak buat macam mana, apa2 pun kena ikhlas walaupun ada masa agak "ketat" untuk merasa ikhlas. Pagi tadi mat try buat lempeng pisang oat. Resipi asal nampak kat rumah kak ummi kuantan yang comel itu. Tapi macam biasalah telah berlaku perbuatan khianat terhadap resipi asal..huhu, kalau nak tengok versi asli lagi "dara" klik kat sini....

P1240042
Mat buat dalam kuali non-stick jenis comel bersaiz 4 inci, dapat lah dalam 6 keping, mat tak letak gula dalam lempeng ni kerana pisang tu sedia kala manis, kalau sesiapa nak letak pun tak de masalah. Sebab tak de gula mat makan lah dengan madu dan mentega...hmmm, memang menggebu kan. Di kesempatan ini juga mat ucapkan terima kasih pada Sisi_Linn dan keluarga dan juga kepada blogger2 yang hadir semalam pada majlis di rumah Sis_Linn di Bukit Indah Johor Baharu, ini pantun terima kasih untuk Puan Marlinn...

MEJA CANTIK BERHIAS LILIN,
TERHIDANG DENGAN MASAKAN ARAB,
TERIMA KASIH PADA PUAN MARLIN,
ATAS LAYANAN YANG SUNGGUH AKRAB...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram pisang, dilecek halus
200 ml susu segar (mat guna 100 ml susu sejat + 100 ml air)
1 cawan quaker oats
3/4 camca teh baking powder (mat tambah)
Sedikit gula jika perlu (mat tak letak)
Garam secukup rasa
Madu, untuk hiasan
Mentega, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali madu, mentega dan garam. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Rehatkan bancuhan tadi selama 5 mini, tujuan biar ianya menjadi pekat sedikit.
  2. Lenser kuali non-stick dengan sedikit minyak (mat guna paper towel bersih, celup sedikit dalam minyak dan sapu atas kuali), panaskan dengan api sederhana.
  3. Sendukkan bancuhan tadi ke dalam kuali dan leper2 kan sedikit. Tutup permukaanya, selepas 1 - 2 minit, buka dan jika permukaan kelihatan berlubang2, boleh terbalikkan lempeng. Masak sekejap lagi. Angkat dan buat kaedah yang sama untuk baki bancuhan.
  4. Hidangkan bersama mentega dan madu..Selamat mencuba untuk semua




11 comments:

Ummi said...

Salam Mat, apa kabor ko...heheee...waaah rendang dah habis ke, hidang lempeng derhaka jek tuh...cantik shape lempeng ko tuh..agak2 besauu penampauu ke..hehe, suka hati ko la nak derhaka pun asalkan tokak ko leh lolos mende alah nih...heheee, akak baru balik mlm td, hari ni biasa la setel laundry akak yg berkilo2 tuh..fuuhh..!

Mat Gebu said...

salam kak ummi darlingg!!..
Waaaa..pengsannn...hehe, rendang ada sikit lagi kak, dah beku dalam freezer, saya sendiri dah tak larat tgk daging2 tu semua. Maaf eks, resipi lempeng telah ku khianati sikit..hehehe..Pstt, streess ni mesin basuh rosakk!.

maz said...

msuk dpur cik mat nk mtak lempeng psang oat tu..ada lgi ke cik mat..kmaz lum mkn apa2 lgi ni..lapornyaa..sni bru pkul 8 pgi..waaaa kak ummi bru hbis cti..takpe2 cik abgnya rjin main nga kain2 ni..heheee..

MamaFaMi said...

Harus cuba lagi sekali ni....

Kalamhati said...

perggh!nak cubalah nnt..mak mesti suka ni!tq Cik Mat..=)

Ummi said...

Hahahaaa...mesin basuh rosak Mat? Ha, jangan rosakkan tangan halus mu itewwww...elok lah angkat 14kg punyer mcm akak tuh, agak2 kalau ko nak bersauna pun ok dlm tuh...hahahaa, luruh la segala bulu romaasss..hehee....

Mama, cubalah lagi...hehe

makdara TERdiva said...

salam CMG :),
gerammmm tgk lempeng pisang ni..dulu saya penah buat mase form 5..nak kata kek pisang pun bukan..lempeng pisang lagiiiiilah bukan..huhu!

Mat Gebu said...

salam kak maz...
Waaaa..menu apa ari ni kak, masak daging unta ke?..haha

salam mama...
Maa, kalau cairkan mama biar kejap kasi tu batter kembang, oats kan leh kembang kan.

salam KH...
Yep bagus ni utk kesihatan.

salam kak ummi..
hahaha, amboihh siap masukkan cerita tangan gebu ai lagi, mesin basuh tu nak check dulu, menci kan mesein kalau rosak...

salam MTD...
Haha, tak pe, pengalaman tuu..pstt cunnya kek MDT kat blog tuu..i likee!!.

nUmara... said...

alamak.. lmbt buka post nih...
pisang tu saye bua cekodok je...
hurm....

fawwaznuha said...
This comment has been removed by the author.
fawwaznuha said...

alahai sedihnya..kali kedua nak melempeng still x menjadi2 jugak kkecewa+kempunan betui =(..salah bancuhan ke? rasa dah ok dah..ke kuali eh? baru je beli kuali yang leper ala2 tpt goreng burger..kata nonstick npe lekat juga..CMG nk tips..T__T