BEN ASHAARI

Thursday, November 11, 2010

GULAI AYAM REMPAH CAMPUR..

P1230780
Salam petang Khamis, pening lah kepala, mat kan sejak2 ni rasa macam banyak berfikir pulak, selalunya aku ni jenis easy going person, happy go lucky but sometimes tak lucky pun aku lucky kan jugak sendirik..haha boleh gitu?..Alahh malas lah nak fikir. Ok petang ni mat share masakan gulai ayam rempah campur..kenapa rempah campur.hmm begini lah al kesahnya, mat gebu nak masak kurma ayam, sekali rempah kurma tinggal 1 camca besar, jadi selongkar selagi ada rempah, tak jumpa pun rempah kurma, dengan berat hari mat gebu mencampurkan rempah gulai cap rose, ni kira gamble je lahh, tapi kan syukur alhamdulillah, sedapp koo jadinya, tu mat yang rasa, orang lain nya tekak waa tak tau, jadi maaf banyak2 yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan (mat guna ayam kampunga)
4 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji, rendam
2 biji cili merah, belah 2 setiap satu tapi tak putus
2 keping asam gelugor
300 ml santan pekat
1 liter santan cair
1 camca besar gula melaka
2 batang serai, dititik
Garam secukup rasa
1 camca besar rempah kurma
2 camca besar rempah gulai cap rose (yang ni mudah dapat kat belah pantai timur)
3 camca besar cili kisar

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 camca teh lada hitam

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan, disimpul
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan rempah kurma, rempah gulai cap rose dan bahan kisar halus, kacau sebati. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis, serai titik dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah campuran rempah dan bahan kisar tadi, kacau hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan kentang, gaul rata dan biar ayam kecut. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Biar mendidih hingga kentang lembut dan ayam empuk. Masukkan pati santan. Kacau dan biar mendidih perlahan.
  3. Perasakan dengan garam dan gula melaka, akhir sekali masukkan belahan cili merah, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau roti canai...

2 comments:

Siti Indrawati said...

Selamat petang Cik Mat..sedapnya dapat makan gulai dikala mendung begini..mintak 2 ssenduk boleh? hehheeh..

Mat Gebu said...

salam siti...
Hmm betul2..ada lempeng pekak pun sedap kann cicah kuah dia tu..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.