BOK CHOY GORENG & SOTONG.

P1230797
Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia. Ni hari masak simple. Sebab lauk2 semalam kan ada, jadi ni hari goreng sayur dengan sotong...wahh ubat gatal lagi, tapi alhamdulillah, sejak ada pil ni, ok lah kot, tapi tak de lah melantak sakan, kolestrol beb..dah leer aku ni gebu. Kang tak menjamah, si sotong melambai2 seksi manggil mat gebu, aduhh tergoda ai. Sebenarnya kan masakan ni ke hidang segera, tapi ni hari sebab mat gebu malas, nak terburu2, aku masak je awal sikit. Tapi kan kalau bok choy tu sapa tak suka, tak makan atau tak jumpa, boleh ganti dengan apa sayur yang anda suka....Ok, walaupun resipi senang gila, guaa letak juga resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 pokok sawi bok choy, cuci, asingkan daun dan tangkai, siang dan toskan
2 biji cili merah, hiris
3 ekor sotong saiz sederhana, hiris bulat, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga layu, tambah sos tiram dan sedikit air. Kacau rata dan masukkan sedikit garam.
  2. Tambah sotong, masak sekejap dan masukkan batang sawi bok choy, masak hingga lembut dan tambah daunnya, besarkan api dan kacau pantas. Bila daun kelihatan sedikit layu, matikan api. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat.

Post a Comment

6 Comments

  1. nape erk.. asl tgk menu CMG mesti ak terliur.. jeles sungguh.. yg simple pon sedap jer.. err.. amek jd pembantu tukang masak nak x? ekekeke.jgn mare ye.

    ReplyDelete
  2. Salam...bila agaknya dapat merasa air tangan CMG ni....?

    ReplyDelete
  3. salam che mat, dapat kt mas, ratah jer ni..he..he...

    ReplyDelete
  4. yeay! nak cuba..slalu mkn kt kedai, tp bila msk sdiri cam x menjadi plak..hihii... tapi kan che mat...bok choy tu sama je kan ngan pak choy?

    ReplyDelete
  5. salam aloy...
    Erkkk..hehehehe..

    salam eddie...
    Tak pe, nanti ikut Ben singgah Sedenak...

    salam momochan...
    Yess, peberet saya juga.

    salam mas...
    Waaaa, tebiat kita sama rupanya.

    salam mamazara...
    Mat rasa ianya seakan sama, kalau tak silap, bok choy batang dia kecik, pak choy batang dia agak besar dan sedikit keputihan warnanya.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.