BEN ASHAARI

Monday, October 4, 2010

PULUT KUNING BERKAT

Pulut Kuning Berkat
.....dann jawapan untuk N3 lepas tu, kalau dah ada rendang ayam mesti adaa, pulut kuning..hehe, alaaa biasa lah kan orang melayu kita (eh baba nyonya pun ada tau macam ni). Pulut kuning ni pun banyaknya dalam 3 kilo macam tu, tapi yg ni mat letak versi yang mat pernah buat dulu, sama je teknik dia. Orang kita kalau ada majlis yang mengingatkan sesuatu peristiwa contohnya, hari lahir, khatam quran, cukur jambul dan banyak lagi, ada yang membuat pulut kuning sebagai tanda kesyukuran. Ini kira menjadi tradisi kita. Bonda mat penggemar pulut, sebab dia pernah menetap di Rembau dulu masa kecik2, jadi orang2 sana memang suka makan pulut. Ok dah sediaa, nanti bila2 nak buat boleh lah rujuk resipi ni sebagai panduan, mat kopipes resipi yang dulu jee..hehehe..Selamat hari raya pada bonda ku juga.

Bahan-Bahannya :-)
850 g beras pulut
3 inci kunyit hidup, atau
2 camca teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
2 cawan santan + 1 1/2 camca teh garam, kacau rata
1 helai daun pandan, disimpul

Cara membuatnya :-)
  1. Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur 1 camca teh air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam 8 - 9 jam.
  2. Kemudian toskan pulat tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 10 minit. Kemudian alihkan pulut yang 1/2 masak tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 15 - 20 minit.
  3. Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh dialihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ayam, kari atau lauk2 kegemaran...

7 comments:

z.r.k.z said...

lawa pulut dipotong2.. ape teknik x bg melekat pd pisau. cikmat letak minyak ye?

-zaza

suzzsuzie said...

alahai...sedapnya pulut..kena letak asam gelugor ye...

Ibu Mifzal Arsyad said...

aduhai...my favorite...mmg menjilat jari ni..

Ciao Annin-sama said...

Comel sungguh pulut nih!

Aishah@Ariffin@Aqil said...

comel betui pulut tu xsen....leh wat org nengok telan air liur je...

PRSB said...

assalamualaikum...

terima kasih atas resipi2 cik mat yang sekalu menjadi ni hehehe.... banyak ilmu saya dapat dari blog ini... nak tanya kalau saya masak terus dalam periuk nasik boleh ke, masak 10 minit pastu tambah santan macam resipi ini...

terima kasih...

Lieza said...

cdapnya cikmat..mitak halal, nk share kt wall liza ye

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.