BEN ASHAARI

Saturday, October 23, 2010

MEE SUP LAKSA....RAKYAT "FB" WAJIB TAU!..

mee sup laksa
Assalammualaikum, selamat petang semua...dah minum petang?..Tradisi minum petang ni rasa mat orang2 Inggeris yang mulakan. Tapi kita orang2 melayu pun ada, minum petang dengan kopi, ubi rebus dan sambal tumis.. Ok hari ni jom makan mee sup laksa. Sebenarnya tadi mat masak sup ayam kampung, nak sedap, guna ayam kampung jenis betina, kalau ayam dara lagi sedap. Lepas tu makan lah dengan mee laksa. Ini resipi mudah, semua orang boleh buat, tak de alasan kata susah.

Oh yea satu lagi yang perlu mat war-war kan, tadi Ben Ashaari ada bagi tau mat satu kempen di FaceBook ---> "Zero Negativity Day - 15th"...bukan kempan jual barang tupperware, atau pasal parti politik tapi ini mengenai satu kempen bagi mereka2 yang gemar ber FB, meluangkan 1 hari setiap 15 haribulan dengan tidak menulis pekara2 negatif pada wall masing2..mat gebu nak cerita banyak pun tak reti, tu cuma serba sedikit...lebih lanjut boleh lunsuri benashaari.com . Dah jom kita tengok resipi petang ni pulak..

BAHAN SUP AYAM :-)
1 ekor ayam kampung, potong kecil
4 biji kentang saiz sederhana, potong 4 setiap satu
1 pokok daun sup, potong kasar
2 kuntum bunga kobis, potong kecil
2 batang putij jagung, hiris serong
1/2 batang lobak merah, belah 2 dan hiris serong
1 camca besar bawang goreng
1/2 inci lengkuas, dititik
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1 camca teh lada hitam biji
1/3 inci kunyit hidup
4 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 inci halia

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN LAIN :-)
Mee laksa, rendam dan rebus hingga lembut
Tauhu, goreng dan hiris
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Taugeh, dibuang ekor (lupa letak.hehe)
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK SUP AYAM :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga wangi, masukkan bahan kisar halus dan tumis sekejap. Masukkan ayam tadi, gaul rata dan tuang air secukupnya. Biar mendidih, masukkan daun sup dan bawang goreng. Kacau rata dan masak hingga ayam empuk. Tambah kentang dan masak lagi hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa. Masukkan jagung muda, hirisan lobak merah dan bunga kobis. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK MEE SUP LAKSA :- Letak mee dalam mangkuk sesuai, tuang kuah bersama isi ayam atas mee tadi. Letak hirisan tauhu, tabur dengan bawang goreng, daun sup/daun bawang dan taugeh. Sajikan bersama sambal kicap. Hidangkan segera. Selamat mencuba untuk semua.

6 comments:

Kak Rose said...

mat, sup laksa yang sangat menggoda jiwa dan raga.... bila la nak rajin buat nih...

tentang fb tu... kalau selamanya tulis yang elok2 kan lagi bagus... tak yah nak adakan "zero negativity day" tu bagai...betul tak?

anymz said...

s/thing baru bagi akak ni cik mat..suka laksa dan suka jugak sup..boleh try buat nanti nih..toce2 for the recipe ya mat..:)

Sis-Lin said...

1st time ni aku tau mee sup laksa..ermm nmpk mudah dn senang lg sedap..nnti aku cuba oke.. :)

fara dean said...

Salam cik mat..
terima kasih juta2..sebb sudi jadi follower..
cik mat..tak penah try guna mee laksa utk buat sup..cik mat bole bukak kopitiam la..confirm halalan toiyyiban!

Mat Gebu said...

salam kak rose...
kak, yang ni mudah je, bila akak buat sup ayam tu, celur sikit mee laksa...dah boleh makan sama sup..

salam anymz...
Sama2 dan buat pengetahuan puan, bonda saya, feberet dia sup makan dengan mee laksa.

salam linn...
Yess patut cuba, aku kan beli mee laksa kat tesco, nama apa eks, kalau tak silap jenama tweety...

salam fara dean...
sama2..haha, adehh betul gak kan kopitiam..hmm boleh letak teko antik kat kedai tu..wahh..terus angan2 nihh..

ohoeya858.blogspot.com said...

tak tercapai akal ku sebelum ni nak mkn sup dgn laksa hehe3.. klu wt resepi ni insya'ALLAH jd.. t q C'Mat :)