GADGETS UNTUK TAT DAN BISKUT DAHLIA.

Salam semua, ok atas permintaan dari beberapa pengunjung blog, mat share alat yang mat gunakan untuk membentuk biskut dahlia dan juga tat nenas gulung. Rasa2nya benda ni ada jual di pasar2raya dan juga kedai2 baking...kedai2 biasa pun ada juga. Mat beli ni kalau tak silap tahun 2007, dan amat berguna untuk setiap kali hari raya dan masa2 diperlukan.

Terdiri dari 7 bahagian yang berlainan corak (tah2 8 kot, tatau mana hilang satu lagi..hmm eh.memang 7 laaa....). Biasanya mat guna yang bentuk macam gergaji tu untuk kulit tat gulung dan juga kuih semprit. Mana kala sebelah dia tu, untuk biskut dahlia. Cepat koo guna alat nih, lagi lah kalau yang menekan tu jenis tenaga 'power root". (macam mat gebu)..serius ni, tu pasal, mat cadangkan, kalau buat biskut yang guna alat tekan2 ni, ajak leer suami anda (bagi isteri2 laaa....gila koo!!, yang lelaki nak ajak "suami"...nak kiamat dunia!!)..

Lagi satu kan, apa yang mat perhatikan, jika adunan untuk biskut dahlia tu anda guna mentega berkualiti, insya allahh adunan akan mudah ditekan dan tidak cepat mengeras. Apa yang penting, doh mesti ditutup dengan tuala bersih yang lembap. Menarik juga alat ini anda sendiri boleh ber eksperimen menggunakan jenis2 corak yang anda sukai....Harap dapat membantu yeaa...Salam untuk semuaa...

Post a Comment

10 Comments

  1. taun ni xtolong pun mak buat kuih raya
    tlg makan je

    ReplyDelete
  2. Salam Joe...
    Tak payah tolongg....hulur je 3-4-5-6-7 keping yang kaler pepel tu.

    ReplyDelete
  3. macam menarik je..nanti saya nak cari la bagi kat mak saya..saya tak reti buat kuih,tapi mak saya yang reti..heheh

    ReplyDelete
  4. salam che mattttttttttttttt...nak cri gak la..acuan tu..brapa rm tu,,

    ReplyDelete
  5. menariknye acuan tu!sblm ni gi kedai baking tak plak jumpa sebijik cam cik mat punye, dah habis stock kot? senang ek kalo ade mende ni..patut la cik mat slalu laju jee wat kukis ek!heheh

    ReplyDelete
  6. mana nak cari brand mat gebu ni?.........jgn mare posa2 ni mat....apa2pun selamat hari raya.

    ReplyDelete
  7. Salam berkenalan Cik Mat, sudah lama saya mahu cuba biskut dahlia ini, I'm baking choc chip cookies right now and will try ur biskut dahlia right after! I have the same gadget as u have and i have 8 nozzles :))) so that means u lost one :P anyways, will let u know how my dahlia turns out!

    ReplyDelete
  8. Akak pun nak carilah jugak kat sini, Mat. Tapi rasanya tak ada. Kalau ada pun, mahal nak mampus. Ari tu kami pergi cari capati box tu, supaya capati yang dimasak terus panas, dia orang kat sini jual sampai 40 dollar. Kalau beli kat India, lebih kurang 5 dollar aje harganya. Hampeh betul. Balik ke Malaysia nanti, akak nak boronglah alat-alat memasak ni. Dah haku pandai masak dah sekarang, ala-ala CMG aje rasanya. Ha ha ha.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.