BEN ASHAARI

Sunday, August 8, 2010

SUP TELUR

Sup Telur
Salam hujung minggu semua, bessnya kan bermalas2 di hujung minggu, sebab dah bermalas2, masak pun ala2 malas juga. Kalau sebut sup telur, semua orang tau dah, kira lauk hujung bulan, lauk orang demam, lauk kanak2 dan juga..haaa, lauk sesuai waktu berbuka dan bersahur...serius nihh...kalau bulan2 puasa, makan sup2 bagus, elakkan makan yang pedas (cakap jeee, mat sendiri makan yang pedas2 koo masa berbuka..erkkk..cakap tak serupa bikin). Lagi satu kan, anda boleh tambah apa saja yang disukai, macam mat letak tahu dan cendawan. Kalau suka, nak campur bebola ikan, bebola ayam atau udang, semua ok, ikut suka hati memasing yeaa. Oh yea nak khabar sikit, resipi ni mat guna kiub ayam "Maggi", kalau sapa2 yang tak nak guna tu boleh guna stok ayam dengan merebus, rangka atau kaki ayam tadi untuk beberapa ketika, tapis air rebusan dan boleh gunakan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur gred "B"
1 keping tauhu keras, didadu
10 keping cendawan "black fungus" , cuci bersih dan toskan
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 cekak soo hoon, kerat dan rendam
2 pelepah daun sup, kerat kasar
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
1 liter air
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasa
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih hiris hingga harum dan keperangan. Tuang air, masukkan kiub ayam dan lada hitam serbuk, kacau dan biar mendidih.
  2. Perlahan kan api pada peringkat paling kecil. Pecah kan telur satu persatu dalam kuah tadi. Pastikan tidak bertindih. Biar masak perlahan sehingga telur mengeras. Kemudian kacau perlahan2.
  3. Masukkan cendawan, tauhu dan soo hoon (toskan dahulu). Tambah garam secukup rasa. Biar mendidih pada api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang dan bawang goreng. Sedap dimakan bersama nasi atau dihirup begitu saja..hmmm nyaamaann..
CATATAN MAT GEBU :- Kenapa mat guna telur gred B?, sebab telur gred A mengandungi banyak air, jadi agak sukar untuk mendapat keadaan telur yang molek jika kita buat sup, ia akan hancur terutama telur putihnya. Selamat mencuba untuk semua...

11 comments:

norinaomar said...

sedapnya sup telur..tak pernah terpikir nak bubuh tauhu dengan mushroom dalam sup telur..boleh try untuk sahur..

aZLiNa aZiZ said...

Tengok resepi ni, teringat masa puasa dulu2. Uh2...

Sedap sup ni, tak banyak guna bahan. Murah, jimat dan yang penting...sedap!! ;p

Mat, akhirnya saya tau jugak perbezaan telur gred A dan B ni. Dulu, ingatkan gred A tu telur yang sampai tahap bagus. heheheh...

Ciao Annin-sama said...

Tambah tauhu, cendawan ngan sayur2 pun dah cukup kenyang. Makan camtu je pun gerenti sodap! :D

Kak Rose said...

mat, macih kasi tau pasal gred telur tu... selama ni main belasah jer....

Rinnchan said...

Sluurrrrpppppp..... Ni Kak Rinn hirup sesaja.
Nasi tak tengok daaaah !!

Salam Di Ambang Ramadhan. Kak Rinn mohon maaf zahir dan batin ye Mat sempena bulan posa yg mulia niii.....

Sharinginfoz said...

maggie memang sedap kena pulak waktu demam

Frust dengan akhbar English

Mat Gebu said...

salam norinaomar...
Memang betul, selain tu nak letak fish ball pun ok, atau bebola ayammas..

salam azlina...
Sesuaikan untuk bersahur, telur gred A kalau kita masak mcm ni, dia tak mo jadi elok, bersepai tang putih dia tu..kalau gred B insya allahh.

salam anim...
Yeaa betul, kalau makan macam tu saja kan, kena tambah sambal kicap..hmm lagi besss..

salam kak rose...
sama2 kasih..

salam kak rinn...
psstt kita pun sama style akak, hadap tu saja, siap letak sambal kicap..hehe..selamat menyambut ramadhan juga utk kak rin sekeluarga..

salam sharinginfoz...
hahaha, betui2...

Sabrina said...

Matt,
Sedapnya nampak sup telur ni.. bila Sab tgk ni terus rasa nak marah pada diri sendiri sebab tak pandai nak masak mcm ni.. bila baca bahan-bahan tu Matt taip 'tahu keras' .. tertanya2 mcm mana rupanya.. cendawan black fungus tu pulak mcm mana rupanya,.. semua tak tahu.. sedih betul.. tapi sup ni mmg buat Sab terliur la..

Peri PiA said...

salam

ha'ah tu ler,tak tau pulak gred2 telur ayam ni ehehe

ingtkan A lagi baik dari B

♥S@R@♥ said...

salam en.mat

saya nak try resepi ni for berbuka..

** sy minta izin tepek gambar ni kt blog sy ea

thanks for sharing

NadiRah said...

nad ambik resepi ni utk amali masak... =)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.