BEN ASHAARI

Tuesday, August 3, 2010

SUP LABU DENGAN KUCHAI

Sup Labu Dengan Kuchai
Luncai terjun bersama labu-labunyaa...biarkan..biarkan...tapi kan si luncai tah macam mana tercicir koo sebiji labu dalam sampan dia. Maka hanyut lah sampai ke tepi muara...dann tiba2 labu si luncai tertonggok di dapur mat gebu..ahaks...Assalammualaikum semua...dah tamat dah cerita dongeng tu. Tadi saja2 lah belek labu, plan nak buat sesuatu, tanya pada kak ummi kuantan pasal "sup labu" dia kata no idea sebab kat office penuh dengan kertas kerja, kalau kat rumah dia di kelilingi dengan periuk semua, jadi idea melimpah2 gitu..betul jugak kan...eh tiba2 rabbit melompat di "garden' mat gebu laaahh... dia masuk dalam pokok serai...haha...

Sup Labu Dengan Kuchai
Ni mat buat sikit je, mungkin 3 orang makan macam tu. Roti garlic bread tu pun..hmm macam roti tak dak mood saja, exceli tu roti bai, dah yang tu je ada, aku belasah jee lah. Nak buat dah tak sempat..Rasa dia kan macam mana nak kata yea...ala2 mushroom sup tapi manis sedikit kerana labu dan ada bau harum kuchai, sesuai sungguh makan dengan garlic bread tu. Kalau pekat anda boleh lah tambah sedikit air lagi. Kata kak ummi, labu ni kalau makan, banyak angin..hmm macam tu kenalah letak lada hitam lebih sikit masa makan, bagi buang angin...hehehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan isi labu manis yang telah didadu kecil
1 inci kulit kayu manis (optional)
1 camca besar mentega
800 mililiter stok ayam
200 ml susu sejat "IDEAL"
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang
Serbuk lada hitam secukupnya
1 pokok kuchai, cuci bersih, lap kering dan hiris halus2
Roti perancis, hiris serong
1 camca besar mentega*
1 ulas bawang putih, cincang halus*
1/2 camca teh hirisan parsley*(*disatukan dan kacau rata2)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan mentega, masukkan kayu manis, bawang besar dan bawang putih, masak hingga layu, masukkan labu dan goreng sekejap. Tuang stok ayam dan biar mendidih hingga labu lembut. Keluarkan kayu manis dan biar suam. Kisar dalam blender hingga halus.
  2. Tuang dalam periuk, masukkan susu cair, serbuk lada hitam dan kuchai, kacau rata dan jika pekat masukkan sedikit air. Biar mendidih. Tambah garam secukup rasa dan biar masak sekejap dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Sapu hirisan roti perancis tadi dengan bancuhan mentega + bawang putih + parsley, rata dan panggang dalam frying pan hingga harum dan keperangan. Hidangkan bersama sup labu tadi....

9 comments:

KayNisa said...

dulu dah try resepi sup labu Encik Mat, sedap. housemate yg tak makan labu pun siap menambah. ^-^

Sally said...

sedapnya.. boleh cuba, biasa Sally stim tabur gula jer dan makan dgn coconut milk sebagai desert..best ni.

ohoeya858.blogspot.com said...

Salam. ala.. ala.. pepagi dh trgoda u.. Sup labu dgn garlic bread lagiii.. npk sedap btoll Che Mat..

Ummi said...

Weeyyy Mat...sup labu koooo...terliur tgk...mesti ngam dgn roti ni eh...kalau akak makan, agak2 berangin badan x? Heheee...ada2 jek idea ko ni Mat...Terus up status labu bila ko supkan dia..kelesss gitu!

PearlnScarf said...

sedap nya.. cik mat kalu leatk whipped cream boleh x?

~~zAnAfAhMi~~ said...

sup labu? belum pernah makan ni! laki akak takleh mkn labu...haaangin katanya..tapi..mcm sedap pulak.
pi lantak la dia hangin, nak cuba gak nnti.

Aishamirafiq said...

Mat... boleh tanya? which type of labu yg Mat pilih untuk buat soup nie? Byk type tau... Aisha nie tak pernah beli apalagi makan labu... Tengok mat punya soup... tergoda saya!!! Nak buat... Tapi mat tolong tau... terima kasih...

Janna Rusly said...

Salam En Mat Gebu.. memang GEBU semua masakan u.. apa kata u buat makan2 di rumah u? u masak..than chargela RM.... per pax.. teringin sangat nak makan masakan Mat Gebu ni..bulan puasa ni amat sesuai sesangat....amacam?

haslina razali said...

ya allah thanks so much for this recipe has been thinking about what to do dgn labu lagi sebiji dalam peti ais tu hahahahahhaha sure akan buat balik nanti

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.