BEN ASHAARI

Wednesday, August 18, 2010

SINGGANG IKAN ASAM JAWA

Singgang Ikan Asam Jawa
Salam sahur semua, ngantuk kan..tak pe sabar... Kalau tak sahur nanti tak de tenaga, lagi2 yang bekerja. Dalam hati mat tiba2 rasa macam malas nak berblog..macam jemu..muak dan rasa tak bess...tapi sebab, berblog masak2 ni ibarat salah satu anggota minda, mat terus berusaha untuk memberi yang terbaik walau pun masakan simple dan ada tu dah berpuluh ratus kali ulang tayang. Mat berterima kasih pada semua, sebab tak putus berkunjung ke blog nih...Ok mat share hidangan bersahur, lauk ringkas2 jeee....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kerisi
1 biji cili merah, belah tapi jangan putus
1 biji cili hijau, belah tapi jangan putus
1/4 camca teh serbuk kunyit
1/2 cawan jus asam jawa
1 kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional, tak paksa letak yeaa...anda sendiri faham!!)
Garam secukup rasa
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Air secukupnya, yang ni agak2 yea..

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibuang sisik, siang, cuci bersih. Lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam rata2. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih. Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan kiub ikan bilis, jus asam jawa dan ikan. Biar mendidih dan tambah garam, secukup rasa. Akhir sekali masukkan cili merah dan hijau. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas..

8 comments:

kak ina mail said...

akak suka makan singgang ikan.kalau akak buat singgang ikan, mesti buat sambal belacan.cam berbuka nak buat singgang ikan plak.

azila said...

baru jer 2 hari lps buat singgang ikan ni..mmg besttttttt:)

Kerull said...

Salam CMG..apa je CMG masak mmg jadik sedap...singgang ni pun nampak mengliurkan..he he he

Fareen said...

Abg Mat, kalau kat tempat saya (Alor Gajah - Tampin) masakan macam ni dipanggil asam pindang. So ada asam tumis, asam rebus n asam pindang. Baru tau asam pindang tu sama masakannya dengan singgang.

Semalam saya dah try resepi abg mat, kembong masak sambal tempoyak. Walaupun ada derhakanya sikit, tapi saya tak rasa pun asam garam masa memasak sebab kita puasa kan. Bila berbuka, alhamdulillah, sedap sampaikan en. hubby makan nasi semula lepas tarawih. Terima kasih abg mat. Skrg dah ada idea apa nak buat dengan ikan goreng yang tak abis.

Chempaqa said...

mat..singgang lauk faveret hubby..kalu singgang tongkol mesti gang dgn budu , ulaman celu, petai & telur dadar..perghhhhhhhhh..kurus puasaku..sbb dah kecur liur..hihiihihih
nie nak cuba singgang asam jawa plak..wat bsahur best nieh..

armouris said...

info tentang asam jawa di SIHAT SELALU - Asam Jawa : Kegunaan dan Khasiat

theblabber. said...

sya confuse dgn satu lagi yg ada taruk daun kunyit tu..sama ke eh? and ada certain org letak tempoyak. tu singgang gak kan?

haishh

mommy khalisya rania said...

hehe..akhirnya ade idea nak masak pe arini...TQVM abg mat :D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.