BEN ASHAARI

Friday, August 6, 2010

ROLL TUNA SANDWICH

Roll Tuna Sandwich
Salam semua, arghh malasnyaa hari ni, macam lemau jeee....Ehh tak boleh...mana boleh malas2, tak bagusss...Tapikan malas2 pun menjadi juga koo roti. Alah saja, kat sini cuaca mendung dan hujan sekali sekala...waahh, dah macam penyampai ramalan cuaca pulak gamaknya.., jadi bosan nyaa..Bila dah bosan mula lah gatal nak buat memacam benda, sebab mat ada angan2 menderhaka, jadi terlaksalah sudah. Resipi ni asalnya dari resipi "cinnamon roll", tapi kita oter letak isi tuna ala2 tuna sandwich tu...hmm i tell u bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi sedappp.....mat makan 2 ketul koo, habis laa bertambah gebu, lepas tu yang lain aku dah pi hijrah kan pada anak2 buah ku...

Roll Tuna Sandwich
Mat rasakan, roll tuna sandwich ni sesuai untuk anak2. Kalau masa2 puasa pun bess juga buat ni, yelah kalau dikampung kan ada acara tukar2 juadah dengan jiran2..jadi yang ni sesuai, sebab juadah berbuka ni, kita lebih fikirkan anak2..betul tak?. Roti ni lembut dan gebu. Lagi satu kan muai pulak, cuma guna 250 g tepung roti + bahan2 lain, dapat 10 ketul roll tuna sandwich...Berbaloi ceQ oiii!!!.....

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya....

7 comments:

Ummi said...

Wawawaaaahhhhh...gebussss n montoksss padat sekali roti koo...seksi gitu!! Kalau agak 2 ketuii telan ni mau terlentang mcm ular sawa tak Mat? Hehehee...okayy akak salin resepi la teruss..kalau rajin esok pg kita sergah cik BM tu..dah lama tul x kerja..hehehee.. Akak baru jek buat marble banana muffin nih..saja la nak wat kudap2 kot parents n adik dtg esok..ngeeee

cek chun said...

adehhh... hari2 dok tengok blog mat. tapi tangan takmo pon jadi rajin meroti macam cekmat. harap2 aku dapat hidayah malam nih. tergoda tengok roti tuna ni cekmat oiiii :P

sonata anak kancil said...

sedapnya ! mintak N & P resepi...buat tak jugak! TK cmg

Siti Indrawati said...

Salam Pagi Sabtu Cik Mat..wow memang mengeramkanlah roti Cik Mat ni..yea saya akan buat mungkin untuk juadah berbuka puasa..insyaALLAH..

Mat Gebu said...

salam kak ummi...
hehehe, saya tunggu aka buat pulak..pasti kan roti akak tu tak melompat..toingg!!..toingg!!..okey!!..

salam cek chun..
Hahaha, saya pun doakan sama utk anda..hahaha, lawak leer..

salam sonata...
Silakan, alah kalau tgk resipi yg saya kopi kuss semangat, ada tu dah tukar kaler jadi mcm kopi O, masih tak buat lagi..macam mana tu?.

salam siti...
Yeaa betul, sesuai ni utk budak dibulan puasa nanti..pstt org tua pun sesuai..

niksifu said...

assalamualaikum,

ada substitute tak utk bread softener & bread improver?

TQ

MamaFaMi said...

Ganazzz aar Ummi nyer komen... seremmm kita! Hahahaha...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.