BEN ASHAARI

Tuesday, August 10, 2010

NEOPOLITAN STRAWBERRY LAYERED CAKE

Neopolitan Strawberry Layered Cake
Assalammualaikum semua, salam Selasa...Jika diizinkan Allah s.w.t, insya allah esok kita akan menyambut Ramadhan, bila dah hari pertama berpuasa, maka makin pantas lah rasanya masa bergerak, sedar2 dah seminggu, tau2 dah tinggal 2-3 nak raya....Erkk, apa kes mat gebu ni sebut2 pasal raya pulak. Mat rasa, bulan puasa ni xtvt memasak mungkin akan dikurangkan, insya allah ada lah juga. Bulan Ramadhan ni masakan selalunya jenis yang ringkas dan mudah dibuat. Hari ni mat nak share satu resipi kek yang mudah sangat. Orang yang baru nak belajar baking pun boleh buat, tak de masalah punya. Exceli kek ni menggunakan tepung "Optima" atau tepung kek instant, ada dijual di kedai2 baking. Plan asal nak buat swissroll, tapi kan asal kejadian dia tertebal pulak dan akan memecah bila digulung. Sebagai pilihan kedua mat buat je lah ala2 sandwich cake...ok juga kann...

P1210735
Disebabkan kek ni menggunakan tepung segera, anda hanya perlu tambah telur, air@susu segar dan minyak@mentega cair sahaja. Lepas tu kan untuk melapis tu kalau dapat beli jem tanpa gula (ada jual di Tesco jenama "Smuckers") dan perisa tu terpulang pada masing2. Tapi pada mat, selain strawberry, raspberry juga amat sedap. Pasal mencorak tu pun terpulang pada kreativiti individu, mat tak dapat nak sertakan langkah demi langkah atas kesuntukan waktu. Oh yea terima kasih juga pada Kak Ummi Kuantan dan Ben atas pemilihan warna yang mereka pilih ..psttt..anda orang berdua ni ada aura sama ek?...Ok jom lihat resipi mudah ni, boleh buat untuk raya nanti yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung "Optima" (tepung kek segera)
3 biji telur + 1 putih telur (gred "A")
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 gram susu segar (mat guna susu cair)
1/2 camca teh esen vanilla
Sedikit pewarna makanan ungu
Sedikit pewarna makanan merah jambu
Jem strawberry secukupnya (kalau dapat beli yang tanpa gula)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser loyang kek berukuran (10 x 10 x 1) inci dengan mentega, alas dasar loyang dengan kertas minyak, dan biar kertas berbaki kiri dan kanan supaya senang dikeluarkan nanti. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl satukan telur, tepung optima, susu dan esen vanilla, putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik, kembang dan pekat. Masukkan mentega cair dan gaul dengan kaedah kaup balik hingga rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, 1 biar pada warna asal, 1 lagi dicampur dengan warna ungu dan 1 lagi dengan warna merah jambu. Tuang sesenduk adunan warna asal tadi di tengah2 loyang kek, kemudian atasnya dituang sesenduk warna merah jambu dan akhir sekali sesenduk warna ungu, lapiskan bergilir2 hingga selesai.
  4. Senget2kan loyang sedikit bagi meratakan adunan. Lorekkan adunan tadi dengan hujung pisau, dari penjuru loyang ke penjuru satu lagi. Buat sama untuk penjuru yang lain. Bakar 25 minit atau hingga masak. Keluarkan kek, dan alih ke atas jaringan, sejukkan.
  5. Tanggalkan kertas pengalasnya, potong kek kepada 3 bahagian sama besar, sapu jem strawberry tadi dan lapiskan. Buat sama untuk lapisan satu lagi. tekan perlahan2 supaya lekat. Kemaskan tepi2nya, potong dan boleh hidangkan....
CATATAN MAT GEBU :- Dalam gambar tu mat potong kek tadi kepada 3 bahagian sama besar yang setiap satu berukuran (8 x 3) inci. Dan ada berlebih 1 inci. Boleh juga dipotong ikut saiz yang ada ingin kan sebelum melapisnya dengan jem pilihan untuk mengelakkan kek berbaki...Selamat mencuba...

11 comments:

Raihanna said...

wow..cantiknya... warna kegemaran saya nie... =)

maz said...

npe xpos utk kmaz nga mama skit sorang..memang tgh kmpunan nk mkn layer kek yg p kelas ari tu..cma xtrbuat je lgi...hahaha..SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN BUAT CIK MAT SEKELUARGA DARI KAK MAZ N FAMILI..

Muna said...

CikMat... beautiful!!
Colour cake dan bunga on the cawan and teapot exactly the same. Terror-la kawan cheq sorang ni!!

iela said...

mat gebu thnks sbb sudi share resepi yg besh2 kat sni...sye nk mntk izin buh link blog mat gebu kat pages sye tau.. sye suke sgt2 ngn blog nie...sye nk cube sume resepi yg mat gebu bg trutamanye cheese kek..nyum3.. ^_^

Kamsiah said...

cantiknya kaler...ceria ...
ni pekena dgn teh o panas2 mmg best...

jesmondhr said...

tpg optima tu sama tak ngan span mix ?

-wardah, kuantan-

Ummi said...

Mat, teramat cantik marble atas kek nih ditambah dgn gabungan kaler yg tersangat menawan, sweet ayu gituuuu...Hehee..Sama taste pulak dgn Ben eh..suratan atau kebetulan..hahahahha...Sekali lg Mat, mmg cantiiikkk dan terus jek terliur sbb nampak cukup sedap..huhuu

emunnn said...

skali pandang memang terpegun..cantekk sangat..

Liana MD said...

colourful cake ni cik mat..lawa!:)

Orliz said...

mat, bole bagi tips camna nak potong 3 kek ni supaya sama dan cantik.. potong 2 pun seget2 mat oii..

hana said...

adus mattt... cantik sehh! camne aku leh terlepas pandang plak kek nih.. xde cacat celanyer aku nengok! ok la tuh! aku suker la kaler dier..teko2 tuh pong aku suker.. matching! erkk... aku dh puji2 nih, tpg optima sebungkus! wakakakakakakaa...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.