SAHABAT BLOGGER MEMERLUKAN BANTUAN..

Salam, tadi mat singgah di blog Ben Ashaari dan terlihat N3 pasal seorang sahabat blogger memerlukan bantuan. Blogger "Eyrigazz (Great Teacher Onizuka) memerlukan sumbangan ikhlas..berikut petikan yang mat kopipes dari blog Ben...


" Semalam saya menerima perkhabaran sedih dari kampung. Semasa saya menelefon ibuku, suara tangisannya kedengaran dengan jelas. Al-Fatihah, adik ipar ibuku (pakcik ku) meninggal dunia petang semalam ketika di tempat kerja terkena serangan sakit jantung.

Cukup sedih hatiku dan terasa begitu bersalah kerana tidak dapat pulang ke kampung atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Pagi ini, jenazah Ayah Ngahku akan dikebumikan di kampung (Terengganu). InsyaAllah, jika tiada aral melintang weekend ni aku akan pulang ke kampung.

Di entry ini, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon :


Sumbangan Ikhlas Dari Pembaca dan Semua

Serba sedikit pasal keluarga Mak Ngahku (Adik ibuku yang suaminya meninggal dunia semalam). Husbandnya dulu bekerja sebagai tukang rumah dengan gaji lebih kurang RM300-400 dan tidak menentu bergantung kepada permintaan. Mak Ngahku bekerja sebagai "Pump Attendant'' dengan gaji lebih kurang RM400. Mak Ngahku mempunyai 6 orang anak yang kesemuanya masih bersekolah. Yang sulung, kembar kedua-duanya belajar di Politeknik Dungun. Sedih hatiku, setiap hujung minggu mereka akan pulang ke rumah dan bekerja di Kedai Makan yang tidak jauh dari rumah mereka untuk menampung pembelajaran mereka.

Rumah Mak Ngah didirikan berdekatan dengan rumah nenek di atas tapak tanah nenekku. Memang sedih bila melihat keadaan mereka yang serba kekurangan. Pernah sekali saya belanja pasar malam, begitu berselera melihat mereka makan . Ditambah pula sekarang kehilangan tempat bergantung dan sumber rezeki utama. Semakin hari semakin kurus Mak Ngahku dan berkali-kali dia terpaksa memajak barang kemas, dan meminjam untuk keperluan keluarga.

Saya ada menolong serba sedikit dan apa yang termampu. Besok mungkin bermulanya bulan Ramadhan, ketika orang lain sedang mengerjakan ibadat yang mulia ini, mereka terpaksa berpuasa tanpa kehadiran Insan tersayang. Pergi buat Selama-lamanya dan dengan raya sebulan lagi, tentu semakin pening/bercelaru kepala Mak Ngahku untuk mempersiapkan persiapan raya nanti.

Jadi, di kesempatan ini, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon Sumbangan Ikhlas dari pembaca . Sekadar yang termampu, walaupun hanyalah RM1. Sikit-sikit serba sedikit membantu juga. Saya bercadang untuk mengumpulkan sumbangan ini dan akan diberikan kepada Keluarga Mak Ngah saya seminggu sebelum raya , dan semoga dengan sumbangan ini akan meringankan beban mereka dan raya dapat disambut dengan lebih gembira. Berat bahu yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. "



Jadi pada mereka yang ingin membantu atau menghulurkan derma ... bolehlah berbuat demikian .. Sila baca selanjutnya di blognya .. sila klik
Eyriqazz

Al - Fatihah juga dari saya untuk arwah....


Post a Comment

2 Comments

  1. Salam Bro/Mat Gebu,

    Terimakasih di atas entry ini..Alhamdulillah, semakin ramai yang menghulurkan bantuan dan mungkin dari entry bro/Ben Ashaari sampaikan Sinar Harian pun turut tampil mahu menghulurkan bantuan baju raya...

    Terimasih bro..Semoga Allah murahkan rezeki bro dan berbahagia/berjaya dunia akhirat...

    Selamat berpuasa dan Salam kemaafan andai ada salah dan silap...

    ReplyDelete
  2. salam eyriqass...
    Sama2 dan selamat menyambut ramadhan..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.