BEN ASHAARI

Tuesday, July 20, 2010

TAUGEH KUPANG BELACAN.

Taugeh Kupang Belacan
Assalammualaikum semua, salam bersiaran kembali... Mesti ada yang ingat mat gebu dah nak tukar dari blog masak2 ke blog berita harian kan..Hahaha, tak de lah, apa2 sekali pun masak2 masih dok carta teratas. Sebenarnya beberapa hari ni masa agak ketat...Eh, koo ingat orang keje kerajaan dan swasta je kee time ketat, kita keje sendiri ni pun masa ketat. 2 - 3 hari lepas mat masak semua yang senang2, yang simple dan ringkas. Macam hari ni kan, mat cuma masak asam pedas berempah dan taugeh kupang belacan. Jadi yang tak makan taugeh tu minta maaf yea, hari ni mat guna taugeh kasar atau taugeh soya....Resipi dia sungguh senang sekali...tak caya?...Budak2 sekolah rendah pun boleh masak lauk nih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g taugeh kasar, dibuang ekor, cuci dan toskan
1 1/2 cawan isi kupang, cuci dan toskan
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci belacan, larutkan dalam sedikit air
1 camca besar sos tiram
Sedikit air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau dan cili merah hingga harum dan layu, masukkan belacan dan sos tiram, kacau rata dan masukkan kupang. Tuang sedikit air. Biar mendidih.
  2. Masukkan taugeh, kacau rata. Tambah garam secukup rasa, gaul dan masak hingga taugeh lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

4 comments:

Ummi said...

Alaaahhh kalau ko keje dgn Berita Harian pun mmg sesuaiiii...sebab ko kan amalkan konsep "tenet kelajuan tinggi", hehee...Alah, tgk kupang rasa camn nak cari kupang, tengok taugeh rasa nak makan taugeh..aiihhhss...Pggan mgkuk baru dah siap susun dlm almari Mat? Heheheee...ya ampuuuun...

Mat Gebu said...

salam kak ummi...
hahaha, tu lah ingat nanti nak buka juga blog ala2 berita harian, saya nak buat yang sensasi nya kak. Set pinggan baru habis di kemas tadi. Esok ada projek tertangguh tu, nak cepat siap, nanti kita boleh YM sambil bergebang sakan .hahaha..

cikgu isza said...

salam mat,
maaf diterima mat.. tahu kan apa maknanyer?

Mat Gebu said...

salam cikgu isza...
Oooo..faham2, tak pe nanti kita cari alternatif lain yea cikgu isza...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.