ASAM PEDAS BEREMPAH

Asam Pedas Berempah
Salam pagi Rabu semua, ehem ehem...kan dah kata, lauk ulang tayang, tu lahh tak caya...Haa, tu dah ada yang gossip kata cik mat dah kering idea..hahaha, aiman tak kesahh punn....dari blog sepi elok lah diisi, betul tak, dah yang tu je mat masak..Wahai blogger masak2 semua, dah join ke segmen Ben Ashaari tu...cepat, jangan berlengah2 lagi, sebenarnya mat tak de niat apa2, cuma tolong sesama blogger je..kita tak de buat apa2 pakatan sulit pun...sungguh nihh. Berbalik pada resipi hari ni, asam pedas tu kan rasa nya dah 10 ratus kali kot dah ulang tayang..hahaha, tak pe lah, tak paksa nak tengok..tapi kalau sudi tengok, syukur alhamdulillahhh...terima kasih yea pada semua..i lap u all..ahaks..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4-5 keping daging ikan duri (boleh guna ikan tenggiri)
3 kelopak sawi jeruk (optional)
1 genggam daun kesom
3/4 cawan jus asam jawa
1 cm halia, diketuk
1 cm lengkuas, diketuk
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 camca teh lada hitam biji
1/2 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca besar jintan kasar
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dicuci bersih, perap dengan garam dan limau nipis selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Sawi jeruk, dikerat2, rendam dalam air (boleh ganti terung atau kacang bendi).
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar, lengkuas dan halia. Tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya. Biar mendidih.
  3. Masukkan sawi jeruk dan juga ikan tadi, tuang jus asam jawa, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan daun kesom dan masak hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak ganti ikan dengan ayam pun boleh, nak ganti dengan daging pun boleh juga. Nak tambah tomato pun ok, lagi satu masa rasa tu kalau kurang asam, sila tambah lagi ikut selera masing2 yea. Sesiapa nak letak serbuk perasa pun tak de masalah. Selamat mencuba untuk semua...
ASAM PEDAS BEREMPAH ASAM PEDAS BEREMPAH Reviewed by Mat Gebu on July 21, 2010 Rating: 5

7 comments:

  1. Amboiiii, salam c mat...nak pitam tengokkk....saya pontianak (satu taraf tinggi sikit daripada hantu)asam pedas...

    ReplyDelete
  2. salam geraugebang...
    Waaaa kita sama taraf laa...hahaha

    ReplyDelete
  3. cik mat,
    walllaa weiii kat rembau nie sawi asin nyer tak pernah jumpa kena balik air hitam baru leh dapat mkan sawi asin tu..menjejer air liur akakkk..nak nak ikan mayong kan..ade telur nyer walllaa sanggup gaduh tau..hihihi

    ReplyDelete
  4. saje nak buat ahkak jeles taww..dah ler sini susah nak jumpa mayong..balik2 tongkol..sabau aje tunggu jumaat nk blk muo..makan asam pedas kat tanjung (",)

    ReplyDelete
  5. isk...kita pun wt asam pedas smlm!!!!
    tapi xla terer cm cik mat...
    budak baru btatih...

    ReplyDelete
  6. da lama tak singgah blog cik mat.. sekali tengok mat wat resepi asam pedas.. pergh.. yang ni pun kegemaran aibaks gaks..

    ReplyDelete
  7. Salam Mat,
    Alahai kecurnya akak tngk asam pedas ni...akak mmng peminat setia asam pedas...tiap2 hari mkn lauk asam pedas pun takpe...nasib baik suami akak pun selera sama...semua yg akak masak dia suka...tak cerewet..alhamdulillah..

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.