TABUNG KAMI BERSAMAMU - "LYA"

Assalammualaikum semua, salam pagi Ahad. Tadi masa mat bukak blog, ternampak satu N3 diblog Ben.. Terdetik hati ini ingin memanjangkan juga kesah insan bernama LYA pada teman2 blogger dan juga pengunjung blog mat ni. Yelah kita menolong sekadar yang mampu dan gunakan sebaiknya teknologi yang ada. Moga teman2 blogger lain dapat memanjangkan kesah LYA ini. Kebaikkan yang kita lakukan, insya Allah ada balasannya kelak, bak kata pepatah melayu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya...Kesah selanjutnya dibawah :-)

Bismillahirrahmanirrahim............

Dengan rasa rendah diri dan penuh harapan, Kami mewakili sahabat-sahabat Lya di alam maya melancarkan TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA.

Tabung ini bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Lya menjalani rawatan selanjutnya untuk penyakit beliau. Mudah-mudahan sumbangan sedikit sebanyak dari kalian semua dapat membantu Lya mendapatkan rawatan tersebut secepat mungkin.

Sehingga ke saat ini, Lya masih lagi ditempatkan di ICU Kemaman, Terengganu. Keadaan terkini Lya agak lemah tetapi masih stabil.

Kami juga memohon doa berterusan dari kalian semua. Semoga usaha kita semua untuk membantu Lya dipermudahkan Allah.

Hulurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Maybank Alyani Binti Amran (155014985526).

Untuk update terkini tentang Lya, klik SINI.

Kami juga amat berbesar hati, sekiranya kalian semua dapat mewar-warkan tabung ini di blog masing-masing. Jasa baik anda semua amat kami hargai.

Terima Kasih.

Post a Comment

8 Comments

  1. salam abang mat,

    terima kasih atas sokongan...

    alhamdulillah, lya sudah dipindahkan ke wad biasa semalam...

    ReplyDelete
  2. salam ain..
    Syukur alhamdulillahh...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, moga kes. Lya bertmbh baik stlh lebih 1/52 admit ward..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, dunia blogger menjadi penyambung ukhwah sesama umat Islam.

    p/s: Terima kasih Mat sebab sudi jadi follower blog saya yang tak seberapa. TQ3...*shy*

    ReplyDelete
  5. kenal kak lya mlalui belOg gak.

    sedey dgn penderitaan beliaw. harap tabah :(

    ReplyDelete
  6. salam umialya...
    kita sama2 berdoa untuk kebaikan Lya.

    salam azlina aziz..
    Begitu lah seharusnyakan, sapa kata berblog ni hanya buang masa, betul tak..."sama2" kasih juga.

    salam miss lolly...
    Tu lah kan, kita membantu sekadar yang mampu...

    ReplyDelete
  7. salam abg mat...walaupon sy baru dan x kenal ngn lya,tp sbg blogger..ingin jugak war3kan pasal tabung nie...terima kasih..

    ReplyDelete
  8. dugaanya buat liya...thanks for sharing..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.